Insomnia ke aku ni? – https://iiumc.com/forumv2/
Aku ni dah nak sebulan tak dapat tidur dengan secukupnya. Adalah 2-3jam tidur. Bangun jer, pas solat dan mandi, terus pergi kerja. Kalau cuti, aku bangun kemas bilik atau tonton tv.
Macam-macam dah aku buat untuk bagi tidur. Minum susu, milo pun aku dah buat. Letak hp sejauh mungkin dari aku pun aku dah buat. Ambil wudhu, baca doa sebelum tidur aku buat setiap malam, kali ni aku tambah dengan zikir, selawat dan juga bukak bacaan al-Quran. Manalah tahu hati aku tenang dan terlelap. Pun tak jadi. Aku tak fikir apa-apa pun. Stress bekerja itu normal. Berserabut otak aku disbabkan tak cukup tidur ni. Aku ada jugak cuba bersenam dan berharap aku terlalu letih, aku akan tidur cepat. Pun tak menjadi.
Aku cuba pula makan ubat. Seingat aku, kalau aku makan ubat selsema, yg kaler kuning tu, pasti aku tidur. Kali ini tak pula mata ni mahu pejamkan mata.
Lama-kelamaan, badan aku ni terasa penat sangat. Di tempat kerja dah stress dan banyak yg perlu difikirkan dan dibuat. Dah balik, mestilah ingat akan dapat rehat dengan tidur. Namun, badan je yang rasa terlalu penat, mata dan otak aku cergas sesangat pula. Kalau boleh aku tak mahu pergi jumpa doktor. Maklumlah aku nie anti doktor, gara-gara aku pernah sakit dan doktor tu kata aku sihat je. Teros aku blacklist doktor. sian doktor lain yg baik kan. Harap-harap aku tak berjodoh lah dgn doktor pasni.
Korang ada idea tak bagi aku dapat tidur dengan nyenyak? Penat weh tak cukup tidur ni. Aku dah rasa aku mudah marah, berhalusinasi, mata pun kabur-kabur sejak aku tak cukup tidur. Kepala pun selalu sangat sakit, begitu juga perut aku ni. Aku cuma takut nanti aku akan pengsan di tepi jalan kerana terlalu penat.
Please bantu aku.
– Cik Repeaters