Aku Fira, bukan nama sebenar. Aku anak bongsu dari 5 orang adik beradik. Aku ada kakak iaitu sulung dan yang nombor 3. Kiranya abang aku juga ada dua. Yang nombor 2 dan nombor 4.
Abang aku yang nombor 4 dah berkahwin pertengahan bulan 5 2017. Time tu semua enjoy dan teruja nak dapat ahli keluarga baru.
Ye la kan. Asyik tengok dan bergaduh dengan muka yang sama je. Naik muak juga kadang-kadang.
Mak? Ayah? Mereka lagi teruja. Ye la kan. Menantu pertama walaupun bukan dari kakak sulung aku.
Time majlis bukan main meriah. Kitorang tinggal dekat kampung. Jadi ada la pakatan untuk kenduri dan rewang kalau setiap kali majlis.
Habis sahaja kenduri. Diorang berdua masih tinggal dengan kami. Mak tak bagi lagi diorang keluar cari rumah sewa. Katanya rumah besar-besar. Duduk aje la dekat sini.
Aku gelarkan abang nombor 4 aku ini sebagai “Acik” dan isteri dia sebagai “Kak Nur” (Bukan panggilan sebenar).
Kak nur ni tak ada lesen moto. Tapi cekap la juga kalau nak dikatakan. Dia lahir sama tahun dan sama bulan dengan kakak aku yang nombor 3. Kiranya dia lagi tua dari abang aku.
Time diorang kahwin, aku masih bersekolah. Kebanyakan masa balik sekolah aku, dia yang ambil. Aku pun macam okay la kan? Mungkin mak tak larat dan mungkin ada kerja.
Aku okay. Bersyukur juga sebab tak perlu menyusahkan mak bila dia dah penat balik dari menoreh terus ambik aku sekolah.
Tapi, masuk saja tingkatan 4. Aku disuruh untuk ambil lesen moto. Untuk memudahkan pergerakan.
Tapi aku masih tidak dibenarkan untuk membawa moto sendiri ke sekolah. Kiranya Kak Nur yang akan ambil aku. Hantar sekolah? Ayah yang hantar.
Mak tak akan kacau menantu dia pagi-pagi buta untuk hantar aku yang dikatakannya ni tak berapa pandai dari anak kawan dia.
Setiap kali peperiksaan, pasti akan dibeza-bezakan aku dengan anak kawan-kawan nya.
Time pkp. Time tu rakyat diperlukan untuk ambil vaksin. Time tu aku tingkatan 4 hampir tingkatan 5. Kiranya time tu covid dah tak berapa teruk. Aku bersekolah secara bersemuka seperti biasa.
Penat balik sekolah. Mak suruh aku bawa moto untuk ke pekan. Lebih kurang 45 atau 30 minit dari rumah. Sebab tatikh ambil vaksin Kak Nur pada hari itu. Tapi abang aku “Acik”, kerja seperti biasa.
Pada mulanya aku membantah. Biasalah kan. Darah remaja. Tapi bantah masih dalam kelembutan. Sebab mak, kan? Nanti ditulis dalam buku catatan amalan dikatanya derhaka pula.
Tapi mak masih berkeras. Jadi, aku cuna tenangkan diri dan bersetuju sahaja. Malas nak bertengkar lebih lanjut pun ada time tu. Biarlah aku mengalah untuk waktu tu.
Kak Nur cepat-cepat seterika tudung. Aku hanya memerhati. Dalam diam memprotes. Orang suruh ambil lesen. Dia tak nak. Katanya, nanti Acik marah dekat dia.
Lesen kot! Apa yang bongok sangat. Benda penting. Lebih penting dari baju baru kau tahu! Baju baru kau boleh beli pulak dekat Kak Nur setiap kali dia nak baju baru. Aku protes secukupnya dalam hati.
Time di dewan untuk ambil vaksin, aku tunggu. Dengan perut tak diisi makanan tengah hari lagi. Dengan panas. Dengan kedai air pun aku tak nampak. Memang naik darah juga la time tu. Hampir 3 jam juga aku tunggu.
Okay. Mungkin ramai. Pandangan aku pertama kalinya untuk menyedapkan hati.
2 jam berlalu. Okay. Mungkin lambat proses sebab ramai. Kali kedua menyedapkan hati.
3 jam berlalu. Okay. Aku dah tak tahan. Kak Nur ni boleh dikatakan kedekut.
Kenapa aku cakap macam tu? Kalau kau ingat jasa aku bawa kau pergi sana, dengan tengah tahan lapar. Dengan baru balik sekolah penat. Kau akan suakan dua tiga ringgit untuk aku.
Time ni otak memang negatif habis. Takkan la lama sangat. Kau tak boleh nak celah-celah. Selit-selit bagi cepat ke?
Lepastu, aku ada scroll fb. Nasib la bateri phone masih banyak time tu. Tiba-tiba nampak posting dia tangkap gambar dekat booth yang “Saya dah divaksin”.
Memang ternaik kening aku. Hampir jerit aku time tu. Kau dah tau kau datang dengan orang. Kau! Eyy. Ya Allah.
Aku terus call mak. Cakap aku nak balik. Nanti pandai-pandai la dia balik sendiri. Mak tak bagi. Suruh tunggu lagi beberapa minit. Aku mengadu aku lapar. Dan ya. Dia suruh aku pergi makan dulu.
Duit? HAHAHA. Aku tak bawa satu sen pun time tu. Sebab memang kami kelam kabut keluar dan ya. Kak nur tak hulurkan sesen pun duit untuk aku.
Aku terus call acik. Aku cakap benda sama yang aku cakap dengan mak. Dia diam dan terus end call.
Aku panas dah time tu. Aku terus call Kak Nur. Tapi tak berangkat. Mungkin tak dengar. Aku mesej whatsapp. Aku cakap Kak Nur lambat lagi ke? Fira dah lapar.
Dia cakap ada lagi SEPULUH orang. Aku dengar je benda tu. Meletus gunung berapi dalam hati. Aku cakap aku nak balik. Dia seen mesej aku. Hampir 5 minit berlalu baru dia mesej aku kembali.
Okay, Fira balik la. Letak helmet Kak Nur dekat Rela. Aku okay kan aja. Senang kerja aku.
Tapi balik sahaja ke rumah. Jadi pula satu isu. Mak marah aku sebab aku tinggalkan menantu kesayangan dekat sana. Nanti apa-apa jadi dekat dia siapa nak tanggung.
Aku yang baru sampai rumah tak sempat berapa minit. Punggung yang duduk tu pun tak panas lagi. Tapi mak suruh aku pergi ambil semula.
Ya Allah, aku memang barai time tu.
Tapi tiba-tiba, dengar bunyi moto dekat luar rumah. Dan ya. Acik pergi ambil bini kesayangan dia.
Time mak membebel kata dekat aku. Aku terus masuk bilik. Makan dalam bilik. Malas nak keluar.
Pukul 8 malam. Jadi pula isu, Kak Nur nangis-nangis macam kena pukul dengan acik. Kami yang tengah tengok berita terkejut la juga.
Memberontak macam budak kecil, kau tahu!
Kami adik beradik terus pergi dapur. Cakap pasal Kak Nur. Berdrama kata kami.
Pastu masing-masing masuk bilik. Malas nak tengok drama pukul 7 yang tak berapa nak jadi.
Time ni. Acik ketuk semua pintu bilik. Bilik aku yang paling teruk kena. Dia kata “kenapa Kak Nur marah? Korang cakap apa dekat dia petang tadi? ”
Aku cakap “dah lambat. Aku tinggal la. Aku dah la lapar”
Acik diam. Mungkin memproses dari jawapan aku dan jawapan isteri tercinta dia.
Dia pergi ketuk bilik kakak aku nombor 3. Dan ya. Jawapannya sama. ” Aku tengok dia post dekat fb gambar dekat booth bergambar boleh ja. Sebab tu aku suruh adik balik”
Time ni lagi kuat Kak Nur memberontak dekat bilik dia.
Mak dah lemah dah time ni. Terduduk dekat tengah-tengah rumah. Dia boleh cakap. ” Biar mak mati. Senang. Mungkin korang tak kan gaduh lagi”
Menangis semua orang time ni. Termasuk aku. Tergamam juga dengan kata-kata mak. Sebabkan menantu. Boleh cakap benda macam tu.
Ayah hanya diam. Memerhati.
Kak nur cakap kami menipu. Dan time ni. Aku ambil keputusan untuk menengking. Depan mak depan semua.
“Kak Nur! Fira ni penat tau! Penat ! Dari dulu lagi. Kak Nur tak ambik lesen. Lepastu setiap kali nak pergi mana mesti Acik pass kak Nur suruh Fira hantar. Time tu Fira tak pernah mengungkit apa-apa lagi. Tapi harini Fira penat. Tersangat penat.
Kak nur macam tak faham kami. Kak nur macam seronok buli Fira pergi sana sini. Tapi satu sen atau satu perkataan terima kasih pun tak pernah wujud dalam kamus Kak nur. Fira penat belajar lagi. Tapi Kak nur tak pernah faham ”
Aku masuk bilik menutup dengan kuat time tu. Memang hampir semua tergamam. Akak aku nombor 3 terus masuk bilik. Time ni akak sulung aku kerja malam. Kalau tak. Lagi teruk Kak nur kena tazkirah.
Time ni aku tak berapa pasti tahun bila. Mungkin 2019 atau 2018 macam tu.
Time ni akak sulung aku masih bekerja di satu hospital dekat kedah.
Masa ni akak aku cuti. Cuti tu sebanyak 3 hari. Jadi kitorang plan nak duduk rumah dan makan-makan je.
Masa ni kami balik kampung. Tapi tanpa akak sulung aku. Aku berikan gelaran samaran dia sebagai Kak long.
Time ni kak long, acik dengan Kak Nur je tak ikut.
Tapi bila kami balik. Semua tengah bertengkar. Macam suatu perkara terjadi.
Masing-masing kelu lidah. Kak long menangis-menangis time tu. Tercengang juga mak. Tak tahu nak bela siapa.
“Dia tu!! Orang nak ajar cara siang ayam. Buang pedu, tahi ayam. Tapi dia boleh jeling lepastu masuk dalam bilik buat taktahu. Dia ingat, kita ni nak sangat ajar dia yang tak tahu apa-apa tu”
Kak Long menjerit separuh hati. Sambil menangis
Acik pegang kunci kereta kak long sebab time tu memang kak long nak balik kedah balik. Ke rumah sewa dia. Dia maki hamun acik sambil merampas kunci.
Memang dia balik kedah dalam keadaan yang teresak-esak juga sebab sebelum dia keluar.
Mak ada cakap something dekat dia.
“Kau yang macam budak-budak. Bukan salah Nur pun.”
Yang lain semua masuk bilik. Aku? Memang menangis time tu.
Sebabkan orang luar macam dia. Mak boleh mengetepikan anak-anak sendiri.
– Fira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit