Paksa Su4mi Kahwin Lagi

Salam semua pembaca setia IIUM Confession.

Cerita ini tidaklah menarik jadi jangan ambil risiko buang masa jika sibuk.. Ini kisah aku, aku nak kongsi kerana rasa mungkin ada yang suka nak tahu apa cerita hidup aku.

Aku berkahwin dengan suami yang lebih muda dan lebih lawa rupanya dari aku… Kelebihan aku lebih bekerjaya dan berduit berbanding dia.

Dia sekadar kerja dengan orang dan selalu berhenti kerja…

Maksud aku, dia ada rupa aku ada harta… Jadi saling ada kelebihan la untuk jadi sesuailah kenapa tak macam pinang dibelah dua.

Rupa aku tidaklah teruk, cuma gelap hidung kembang dan rambut rosak.. dia lebih cerah hidung mancung rambut lurus.

Bila dapat anak satu ikut ayah satu ikut mak… Yang ikut mak rasa rendah diri pula kenapa tak cantik… Tapi aku pujuk dengan katakan dia lebih cerdik dan baik…

Aku bersyukur dapat suami yang boleh terima kekurangan diri ini…

Namun keluarga dia tak suka aku, keluarga aku tak suka dia. Sebab kami ada kelemahan dan keburukan tersendiri… Dia malas nak mampos, malas kerja dan tolong hal rumah tangga. Tau terkangkang je dirumah.

Bila keluarga tahu memang tak suka dia kena pula dia tak pandai ambil hati dan biadap dengan orang tua.

Dia panggil mak ayah aku dengan nama. Jika bercakap dengan aku tak panggil sayang panggil nama. Dengan anak pun tak bahasakan diri ayah, tapi dadi.

Perangai dia maaf cakap macam orang asli, tapi muka orang eropah. Aku muka macam orang asli tapi citarasa eropah.

Senang cakap dia tak cintakan aku. Dia sayang aku sebab nak tumpang rumah dan kereta aku.. Aku pun tak sayang dia sangat lebih kepada nak ada suami dan punya anak..

Jadi, aku layan dia ala kadar. Tak buat makanan kegemarannya, tak siapkan bajunya, tak ajak dia melancong dengan anak anak…

Jadi keluarga dia tak suka aku kata aku suka bebas dan tak taat suami. Padahal suami macam ular sawa belit sana sini..

Aku terasa juga macam berdosa tak layan dia. Buat hal sendiri, sibuk kerja.. Rasa lebih baik tak ada suami, cukuplah dah ada anak berpisah lebih bahagia…

Tapi, aku tak nak jadi janda. Aku pun syorkan dia kahwin lagi… Aku suruh dengan serius. Dia apa lagi gatal tak tentu arah.

Suami ni kalau betul sayang isteri dia tak akan terfikir nak cari yang lain. Mahu bahagiakan yang ada tapi dia tak mahu bahagiakanku melainkan sakitkan hati selalu.

Kadangkala aku terfikir dia ni ada penyakit mental ke… Perangai lain dari orang.

Banyak sangat benda yang lain dari orang seperti tak suka pergi kenduri atau masjid… Suka nampak salah orang. Marah perkara kecil… Jadi aku rasa ubatnya kena carikan dia isteri baru yang lebih cantik, baik dan rajin…

Jadi, walaupun ramai yang tak suka dia, aku masih sayangkan dia sebab dia suamiku bukan suamimu… Aku je dapat rasa apa baiknya dia ada untuk aku…

Bila dah suruh kahwin lain dia punya gila pergi chat hampir beratus wanita. Banyak betul yang dia layan, aku biar je walau rasa sakit hati dan curiga dan macam bodoh pun ada.

Waktu tidur, waktu makan, waktu dalam tandas dalam kenderaan sibuk melayan fon dengan awek lain. Ini bukan sunnah, punah.

Tapi, dia lebih kepada buat benda tak senonoh… Layan video luc4h, masuk group s3ks s3ksi… Permainkan anak dara orang tapi tak serius nak kahwin.

Niat aku suruh dia kahwin sebab sayangkan dia. Nak dia berubah lebih baik sebab aku tak mampu nak ubah… Nak ada orang lain jaga makan pakai tidur dia agar aku ada me time.

Sekarang ni aku dalam dilema. Suami apa macam ni. Perlukah aku bertahan demi anak-anak.

Dulu aku buruk sangka dengan orang bercerai kerana fikir mesti perangai tak baik, jadi aku akur aku tak baik juga dia pun.

Yang lebih membimbangkan… Aku tak mahu anakku perangai macam ayahnya. Pentingkan diri, bodoh sombong, miskin malas.

Kesimpulannya, aku sedar poligami ni ada baiknya untuk mereka yang layak… Terutama bab duit dan tanggung jawab.. itu hak suami.

Tapi dalam kes aku, aku tak boleh paksa sesiapa jadi isteri kedua dia sebab dia tak layak dan mungkin akan merosakkan hidup orang lain dengan menjadi maduku untuk diperguna..

Aku lazimi doa Nabi Adam, Nabi Yunus yang merasa menzalimi diri sendiri… Aku amalkan juga doa Nabi Ibrahim nak diri dan keturunan menjaga solat sebab solat dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar..

Ya Allah, jadikan kehidupan dunia akhirat kami kebaikan hasanah.. Aku banyak koleksi buku agama tinggal tak baca dan amal saja.

Aku lemah. Aku malu. Maafkan aku… Aku doa juga suamiku berubah tapi… Mungkin aku yang kena berubah.

Terima kasih yang sanggup membaca dan berkongsi kisah ini. Bukan semua isteri menolak poligami… Sedar suami adalah pinjaman boleh dikongsi dan isteri wajib taat hormat…

Tapi, aku bukan setegar golongan ikhwan yang madu boleh bergandingan di majlis nikah suami. Aku ada type. Aku ada maruah…

Ok bye, terima kasih..

– Permaisuri Suria (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *