IPTS dan persepsi.

Aku pelajar IPTS. Dulunya IPTA, memberhentikan diri atas sebab tertentu. Tapi sejak aku masuk IPTS, aku berubah jadi manusia yang tahu bersyukur dan hargai pengorbanan mak bapa. Mana tidaknya, yuran hampir 3k sebulan. Alhamdulillah, semua urusan aku dipermudahkan olehNya. Tapi tempat aku belajar, tak pernah lagi aku dengar budak "dikejar" akibat tak bayar yuran, malah diberi tempoh/peluang sama ada bayar sikit sikit atau sekaligus mengikut kemampuan atau erti kata lain difahami situasi pelajar tersebut. Biasalah, nama pun IPTS, kalau yuran belum habis bayar, memang keputusan akan ditahan tapi pihak kolej saya tidaklah sekejam IPTS yang dikatakan sebelum ini, mereka agak longgar dengan peraturan kecuali atas sebab sebab tertentu. Yang paling menarik tempat saya belajar, bila dapat keputusan "dean list" pelajar akan diberikan insentif berbentuk wang ringgit. Mana tidak semakin berkobar semangat pelajar nak dapat sijil "dean list", bukan sahaja dapat duit, malah dapat cover PT untuk jadi biasiswa pada sudut lainnya. Bekas penuntut disini ramai pun dah bekerjaya dan berjawatan tinggi. Nasihat saya, bila dapat tawaran/terfikir nak masuk IPTS, selidik dahulu sistem pengurusan, tanya bekas pelajar disana. Jangan tertipu dengan tawaran yang diberi. Satu lagi, saya faham persepsi orang ramai mengenai IPTS. Sebenarnya IPTS/IPTA tiada beza. Sama tempatnya untuk menuntut ilmu cuma dalam suasana yang berbeza. Kalau di IPTS, hampir semua menggunakan bahasa english sebagai bahasa pengantar dan hampir 100% pelajar boleh berkomunikasi dalam bahasa english dan agak "wow" begitu. Tak semestinya yang masuk IPTS keputusan merosot, kawan saya ramai yang gempak, tapi tak terpilih dalam keputusan UPU jadi masuklah ke dalam IPTS, yang "dismissed" dari IPTA pun ramai menuntut ke IPTS dan ada sesetengah orang pilih IPTS sebab mereka boleh pilih bidang yang mereka betul betul nak dalam cara yang mudah. Tidak kira dimana kita menuntut ilmu, yang penting, biarlah ilmu dituntut keranaNya :)

– Penuntut IPTS.

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *