I have a friend. My best friend. Panggil dia Doktor N.
Umur 40-an. Tapi dia jenis cool, tak seperti usia dia. Dia sangat soft-spoken. By the way, aku muda dari dia 5 tahun.
Apa yang aku boleh cakap, she is the best doctor in town. Pakar jantung. Working in the government.
Kami semua tahu dia sangat struggle untuk berada di tahap ini. Habis degree, dia sambung lagi untuk jadi pakar dan lulus dalam semua exam.
Dia ada hala tuju dan matlamat yang jelas. Dan akhirnya, kerja keras dia membuahkan hasil.
Semua orang respect dia. Bak kata mak aku, dia ada “lucky hand”.
Orang yang nak mati pun, kalau dia yang rawat, terus sihat.
Dalam bilik dia ada satu chart. Chart tu tak ada kematian hasil pembedahan dia.
Macam-macam umur pesakit dia. Dari baby sampai ke tua, semuanya berjaya. Sebab tu mak aku kata “lucky hand”.
Ya, kami tahu, memang dia sangat mencintai kerjaya dan pesakit dia. Itu dunia dia.
Dia sangat bangga dengan hasil kerja dia. Dia memang seorang doktor yang sangat berdedikasi.
She’s young, pretty, kind-hearted, dan banyak buat social work juga. Bagi bantuan dan sebagainya.
Dia tak nak kahwin sebab katanya susah orang nak faham kerja dia.
Hidup dia memang dia abdikan pada hospital dan pesakit. Tidur pun selalu kat hospital. Kerja 365 hari. Kadang-kadang je balik rumah.
Okay, tak apa lah. Itu keputusan dia. Cumanya aku baru dapat tahu dia ambil drug.
Aku sangat confused bila dapat tahu ni. Sebab as a doctor, dia lagi tahu kesan-kesan ambil drug ni.
Tapi kenapa dia buat perkara bodoh ni? Bila aku tanya dia semalam, dia suruh aku chill.
Dia kata it’s normal doctor using drug. Doktor ada tekanan dan burden kerja yang berat.
Drug bantu dia maintain energy. Memang doktor kat mana-mana pun guna drug ke??
Benda ni tak salah ke?? Normal dia boleh cakap?? Macam mana benda yang salah dia normalkan? Omg…
Kawan aku ni dulu study di Rusia. Aku rasa dia belajar guna drug dari situ agaknya. Tapi aku sayang dia.
This is not the right way for me. In the future, macam-macam boleh berlaku kerana drug. Aku ada tanya sampai bila nak macam ni.
Nanti mesti jadi habit, ketagihan dan semuanya. Aku syak dah bertahun dia dengan drug.
Dia kata sampai bila-bila. Gila dia ni. Sengaja bagi jawapan untuk provoke aku.
Aku kata, sebagaimana aku dapat tahu, nanti pasti orang lain pun akan tahu juga.
Macam mana dengan reputasi dia? Penghormatan yang dia dapat selama ini? Apa perasaan family dia? Pasti dia akan hilang kerja juga.
Entah berapa banyak orang jadikan dia mentor selama ini. Dia disegani. Pasti orang pun akan kecewa bila tahu kebenaran.
Tapi dia cakap, “I don’t care about it.” Hilang kerja ke, hilang reputasi ke, dia tak peduli.
As long as tak ada orang mati di tangan dia semasa dia berkhidmat, itu dah cukup buat dia satisfied and happy. Sebab itu je polisi dia, dia cakap.
Kalau lepas tu kena buang pun, dia terima dengan happy sebab selama ini service dia untuk masyarakat tak pernah gagal.
Ajal maut di tangan Tuhan.
Since dia macam obses dengan kejayaan dia, aku tanya, “Macam mana kalau one day ada orang mati masa kau bedah?”
Jawapan dia, “I will quit my job.”
Nampak tak macam mana drug dah ubah fikiran dia? Tapi dia tak nak sedar semua tu.
Aku dah tak tahu nak fikir macam mana dah. Tak tahu nak buat apa dah. Tak tahu nak nasihat dia macam mana lagi lah.
Aku pula yang overthinking macam sekarang ni.
Tadi aku text dia. Aku tanya, “So selama ni sebelum bedah orang, ambil drug dulu ke?”
Dia reply icon orang macam angkat tangan tu. Yang maksud dia “entah”…
Tak tahu lah dia sengaja balas macam tu ke, atau dia memang tak tahu ke, entah lah…
Sorry lah kalau panjang lebar aku tulis atau rasa melalut. Aku dalam kekeliruan dengan macam-macam fikiran sekarang ni.
– Jun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya setuju dgn kwn tt punya opinion. Selagi hidup dia xkacau org lain up to him. Sy xkata apa dia buat tu xdosa, cuma sy phm n sy xkan push dia with my opinion. Setiap org ada dosa yg dia buat n belum dpt hidayah n kekuatan utk insaf. Kita doakn semua kita dpt hidayah n kekuatan utk berubah. Ade org mslh dadah, ada arak, gila perempuan, mkn rasuah, malas, ajaran sesat, riak. U just name it. Semua kita pendosa. Selagi mana xkacau org kita jgn be so hard sgt, takut dia lagi menjauh dgn org yg nk dia berubah. Pelan2 kayuh
Kalau ikut logik ni, okay ke kalau seorang pakar bedah jantung ambil dadah sebelum masuk bilik pembedahan? Ya, semua orang ada dosa dan belum dapat hidayah, tapi bila tindakan seseorang boleh membahayakan nyawa orang lain, itu bukan lagi urusan peribadi. Bayangkan kau atau keluarga kau perlukan pembedahan jantung, tapi doktor yang operate tengah khayal. Masih nak cakap ‘pelan-pelan kayuh’? Ada perkara boleh tunggu hidayah, ada perkara perlu ditegur dan dihentikan sebelum ada yang jadi mangsa. Jangan normalisasikan benda yang salah atas alasan semua orang pendosa. Benda ni melibatkan nyawa pesakit…
Drug yang dia amek tu maybe bukan yang biasa taik dadah duk isap khayal jadi tak betul bunuh orang tu. Maybe jenis stimulant yang target muscle and nerve system to keep her awake, bertenaga and sewaktu. Bukan semua dadah bahaya, lagi kalau dos yang sesuai. Panadol pun dadah, tapi siap iklan kt TV kan? She’s a doctor, ofkos dia lagi tahu. Luahan ni lebih kepada judgemental, acah u betul manakala dia salah pilih jalan..
Minta dia berhenti ambil dadah. Abang saya kerja di pusat serenti AADK. Penagih dadah (dipanggil pelatih) yang datang ke pusat serenti ada yang berjawatan dan berpelajaran tinggi. Ada juga yang pekerja mahir. Tapi hidup mereka semua rosak kerana dadah. Ada seorang pelatih, dia adalah professor di universiti sebelum ditangkap dan di masukkan ke pusat serenti. Bila tanya kenapa dia ambil dadah walaupun dia ada kerja bagus dan gaji tinggi. Dia kata mulanya sebab nak cuba2 saja, tapi akhirnya jadi penagih. Jadi dadah ni kalau dah terlibat, susah nak berhenti. Jadi jangan mendekati dadah.
Jadi, minta kawan saudari berhenti ambil dadah segera, sebelum terlambat. Kalau dah jadi penagih, susah nak berhenti, dan kalau ditahan polis atau majikan tahu, akan dipecat, kerjaya dan hidup hancur macam tu saja. Orang pun tak nak ambil kerja.
Kalau awak lihat pelatih dipusat serenti, awak akan rasa sangat rugi bila tengok pelatih2 yang sangat berpotensi untuk berjaya dalam hidup, tapi semuanya hancur kerana dadah