Islam dan Anak

Assalamualaikum semua. Nama saya John, bekerja sebagai doktor di johor, seorang bapa kepada baby umur 8 bulan. Saya berminat dengan posting berkenaan bilangan anak dan kemampuan membela dari ibu bapa.

Saya kira, rata2 nya kalau umat kita diletak dalam ‘bell graph’, saya dapati banyak yang akan berada dalam extreme right & left side. Google image la ye bell graph tu apa.. Saya rasa sebagai umat islam, kalau kita mengaku dengan islam, tak kisah dalam perbuatan apa pun, pemikiran kita hendaklah dalam landasan yang sama. Dan islam menggalakkan kesederhanaan.

Saya suka meneliti 4 aspek kehidupan yang ada berkaitan perkara ni.

1) Allah dah kata anak itu rezeki.

2) Nabi jugak kata kita ni kalau kerja, kerja ibarat nak hidup 1000 tahun, kalau beribadat, buat mcm nak mati esok.

3) Mufti & agamawan dah kata contraceptive dan perancangan keluarga itu harus.

4) Dan Allah juga kata yang Dia hanya ubah kaum tu kalau mereka yang berubah sendiri.

Saya kira, melahirkan anak, untuk meramaikan umat islam itu tuntutan, tapi no 1 yang ibu bapa tak ada bukan duit. Tapi ilmu.

Ilmu nak cari duit halal.
Ilmu pendidikan anak.
Ilmu feeding anak.
Ilmu kesihatan anak.
Ilmu tumbesaran anak.
Ilmu kerohanian anak.
Ilmu perbidanan isteri.
Ilmu merujuk pada yang ahli sebenar.

Ini yang dimaksudkan oleh doktor bila kita tanya kepada ibu, ‘kandungan ini dirancang atau tidak?’ Jadi kalau anda dh berkahwin, dan merancang utk mendapat anak, persoalan ini yang suami dan isteri perlu selesaikan.

Jadi kalau persoalan2 ini kita dapat selesaikan dengan mudah, berserta pelan tindakan yang lengkap, kenapa nak takut untuk anak banyak? Anak banyak bukan isu, mak bapak yang ada isu. Anak satu titik dosa pun tak ada.

Soal duit? Allah dah kata anak itu rezeki, tak yakin janji Allah ke? Tapi kena ingat, nak duit lebih cari la kerja, apply banyak2 tempat, mantapkan skill yang sepatutnya..kerja macam nak hidup lagi 1000 tahun la, ibadah mcman nak mati esok..ubah diri kita, baru Allah ubah nasib kita.

Dan bagi yang ragu2 soal pil perancang, kondom la, inzal la.. satu je pesan saya. Kita kalau tak mampu nak fikir atau tak ada kelayakan nak fikir, serah sahaja pada yang ahli. Buat keputusan bersandarkan pada yang ahli. Sebab sekiranya salah, yang tanggung dosa bukan kita, org yang ahli yang salah bagi maklumat/ kepentingan sendiri tu yang tanggung.

Sebab itu kalau doktor buat salah, anda boleh saman.. sebab dia bersabit dgn segala keputusan/kata2 yang dia ucap.. cuba pergi saman pamoga ke, doula2 ke, anti vaksin ke.. boleh ke?… macamtu jugak kita ni kalau sedar diri tu bukan ahli, takutlah nak tanggung dosa kalau tersalah menyampaikan maklumat pada orang.

Saya sendiri merancang untuk anak kedua selepas 3 tahun. Kerana persoalan2 yang saya nyatakan tadi, perlaksanaannya dapat buat selepas 2 tahun umur anak, juga nak bagi isteri rehat setahun daripada menyusu badan dan punya masa sendiri lebih flexible.

Isteri juga sudah 8 bulan bersalin, dan dia tak makan apa2 pil. Bukan kami menolak, bahkan isteri minggu depan ada appointment nak ambil suntikan. Jadi selama 8 bulan ni saya guna cara natural.. timing dan sebagainya… tetapi ingat, saya buat atas kapasiti saya sebagai doktor dan saya tahu cycle isteri saya dengan TEPAT… silakan kalau anda boleh buat. Kalau tak reti, rujuk pada yang ahli.

Setiap kali saya sakit/ isteri dan anak sakit, saya lebih suka pergi hosp kerajaan.. saya sanggup ambil cuti tanpa mc/gaji.. sebab hospital kerajaan menwarkan jawapan kepada soalan2 tadi dengan bayaran maksimum RM5 la kot. Jadi nak apa lagi?

– John

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *