Salam. Saya pelawat bagi program KAEDFEST. Adik belajar disini. Seronok dapat datang UIA. Saya belajar di Australia. Pulang sebentar melawat kubur arwah ibu bapa kami. Ingat singgah sebentar di UIA.
Sedih. Itu sahaja yang saya dapat lihat di festival KAED. Ikhtilat dimana-mana. Ada juga student lelaki perempuan berdua-duaan dibahagian dalam bangunan.
Programnya hebat. Tidak dapat nk nafilah. Saya pulang Malaysia barulah nampak Islamnya. Di Australia, room mates selalu balik bilik mabuk. Tak sangka UIA tidak ada beza rupanya. Adik lelaki. Pergi Mahalah. Merokok pon bukan Masalah bagi pelajar UIA. Bukan Haram ke merokok?
Pelajar perempuannya baju jubah cantik. Tudung labuh ada yang berfesyen. Tapi baju ketat. Seluar jeans fit. Kami pelajar di Australia susah nak dapatkan baju yang syariah compliance. Solat kadang kala di padang. Orang ambil gambar kami kemudian dimalukan di fb, twitter. Dipanggil bodoh juga. Korang kat sini, tiada akal? Kalau tuhan tarik nikmat Iman korang nk buat apa? Ini contoh dari ‘Premier Islamic University?” Tak payah bazirkan duit ibu bapa koranglah. Baik berhenti belajar.
Kalau pendapat saya salah tolong betulkan.
– Abang Tarzan