Nak di jadikan permulaan cerita. Keluarga belah ayah aku kebanyakkannya hebat dalam bidang agama. Ada yang ustadz, imam dekat sebuah masjid di ibu kota dan cikgu. Nak di jadikan cerita ada seorang pakcik aku yang kami semua panggil ngah. Beliau ni memang gemas bercerita hal agama. Aku biasa dengar je dan tak kisah. Kalau yang boleh di terima aku ambik. Kalau aku rasa musykil aku elakkan.
Aku dibesarkan di kalangan masyarakat yang rata-rata bukan beragama islam dan kawan aku juga kebanyakkan bukan beragama islam. Tapi mereka ni sebenarnya takdelah anti-islam seperti yang di uar-uarkan oleh masyarakat Melayu-islam. Satu benda yang paling aku suka dengan diorang ialah, diorang sentiasa hormat dengan aku yang seorang muslim.
Ada sampai kalau aku datang rumah diorang ajak makan dan yakin kan aku benda tu halal. Iya aku makan juga tapi tak selalu. Berbalik kepada ngah aku. Dia suka labelkan ini haram itu haram. Mula-mula tu aku biarkan. Sampailah dia tegur pasal yang bukan beragama islam. Iya, dia bersetuju dengan hudud dan hendaknya non-muslim pun kena hukuman sama. Itu belum termasuk dia cakap non-muslim kena pakai tutup aurat kasi elak rogol.
Mungkin ngah aku tak tahu agaknya. Rata-rata kawan melayu aku yang islamnya keturunan nampak wanita bertudung labuh menutup aurat sempurna sentiasa membayangkan benda lucah tentang meraka. Ada yang kawan aku siap kata dia ada fetish dekat wanita bertudung labuh. Aku pun terangkan semua hal tersebut dekat ngah aku. Aku juga cakap hal rogol yang rata-ratanya pandangan melayu iaitu tak tutup aurat kena rogol amatlah bodoh nak mampus.
Dan juga aku siap bincang dengan dia pasal isu aurat dekat kelantan tentang pemaksaan dan di denda jika tidak menutup aurat. Yang bagi aku ada cara lebih sesuai daripada denda tersebut. Aurat memang wajib. Tapi kalau rata-rata wanita bertudung hanya untuk mengelak di denda amatlah mendukacitakan. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Saya ada pandangan saya. Dan kamu semua pun sama.
– Pemuda tanah melayu
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Syukur ada jg melayu yg fhm erti diversity … dilahirkan dlm fmly mix blood berbilang bngsa n agama saja yg akan fhm apa itu kepelbagaian dan saling menghormati.. dlm masa yg sama x lupa jati diri dan agama… good write up man.