Assalamualaikum… saya xtahu nk mula macam mna tp bnyk confession tlah saya bca melalui web ini. Justeru,terdetik di hati saya untuk berkongsi kisah saya di sini. Diharap kisah saya dapat dijadikan teladan.
Aku berumur dalam lingkungan 20an dan dilahirkn di kawasan perkampungan di Perak. Keluarga aku lengkap meskipun tidakla mewah. Tetapi pada dasarny keluarga aku banyak kekurangan. Ya…ap yg kami kurang adalah ilmu agama. Dilahirkan islam tp tidak mengamalkn cara hidup orang islam.
Aku jarang solat meskipun aku tahu kewajiban solat bg orang islam. Di rmh aku hanya ibu dan ayah saja yg solat manakala adik beradik aku tidak. Ayah selalu menegur tetapi kami tidak pernah peduli. Tidak lama kemudian, aku mendapat tawaran belajar dan di situ aku mula mngerjakan suruhanNya. Tetapi persoalanny ikhlaskah aku…
Soalan yg tidak dapat aku jawab… kerana aku hanya solat apabila berada di sana dan jika saya pulang ke kampung aku mula alpa. Mungkin disbabkn suasana persekitaran . Pernah suatu ketika ak nekad untuk berubah tapi perubahan tidak kekal.
Di tempat ak belajar ak merupakan seorang yg sangat mnjaga agama tetapi padahal semua itu hanyalah topeng semata-mata. Aku memakai tudung menutupi dada, memakai stoking malah memakai handsock tapi…ak hipokrit. Pernah ak pulang ke kampung memakai stoking dan diperli oleh abang.
Semua orang ingat ak sempurna. Ya pada pndangan kawan-kawan aku, aku merupakan seorang yang perempuan solehah. Bijak, baik, taat perintah Allah…tapi hati aku hanya Allah yang tahu. Semua tu umpama lakonan untuk menutup kelemahan aku.
Aku sedar ak melakukan dosa tetapi aku tidak pernah berusaha untuk berubah. Setiap kali aku menghadiri majlis ilmu agama ak nekad untuk berubah tetapi semua itu hanyalah sekejap. Aku malu untuk menceritakan masalah aku pada orang lain. Pada aku umpama membuka aib sendiri tetapi ak ingin berubah…kadang ak menangis. Kenapa aku xmenjadi seperti orang lain. Aku xnk menjadi anak yang menarik ibu dan ayah ke neraka. Aku xnak hidup berterusan membuat dosa.
Meskipun agak susah tetapi ak berubah perlahan-lahan. Meskipun dipandang serong oleh adik beradik . Aku bukan nk jadi usatazah tapi aku nak jadi islam yang sebnar-benarny.Aku mula solat walaupun adkalany ak leka. Aku sering berdoa agar diberikan hidayah oleh Allah. Aku mahu menjadi muslim sejati.
Doakan aku semoga aku diampun dosa lalu dan dikurniakan hidayahNya.
– Azrin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Setiap dari kita adalah pendosa..
teruskan berusaha, jgn pernah berhenti,
cube sis cek, kenape sis taat kpd Allah bile d hostel… mgkn krna dkurniakan sahabat2 yg baik.. sbnrnya itu adlah satu hidayah dr Allah utk sis brubh..
Tiada istilah hypokrit atau topeng dalam beribadah…ramai orang memulakan ibadah yang susah nak dibuat sebelum ini melalui banyak cara, dari rasa menunjuk, paksa malah dari rasa insaf….semua itu cara saja yg akhirnya melatih diri kepada tanggungjawab dan rasa perlu untuk melakukan…apa yg penting sis dah ada keinginan dan dah buat…tak perli risau ikhlas atau tak sebab kalau istiqamah…yg tak ikhlas akan jadi ikhlas
Imaan Syaqiereen