Isteri Derhaka

Admin minta hidekan nama dan identiti saya.

Isteri minta cerai sebab mencintai lelaki lain. Sebab mencintai lelaki lain adalah kerana berkerja di tempat yang sama dan saling berjumpa sembunyi2 hingga isteri sanggup mendakwa OT tapi diselang selikan dengan berdating dan meluahkan masalah kehidupan masing-masing hinggakan hal-hal sulit juga dikongsi bersama. Bukti sms,Whatapps,Telegram banyak dapat balik apabila install software di cpu dan cucukkan kabel pada hp isteri. Walaupun tidak menjurus ke arah seks tapi seolah2 pasangan yg sedang hangat bercinta dan kalau tidak diketahui awal kemungkinan besar akan diakhiri di ranjang.

Antara sms isteri dengan lelaki tersebut yang berjaya di detect semula berbunyi "awk saya balik dulu la line x secure", "awk jangan call no ni husband sy ada rumah" , "tido la dulu sy ngantuk lg,take care", benci la tengok dalam friendlist ada nama mamat tu(suami)", "awk xpe msg dia x boleh tengok see online", "pagi ni nak keluar makan x", "kalau boleh jangan pindah negeri lain,sy x bersemangat kerja kalau awk xde", "kerja x arini". dan pelbagai lagi sms,Whatapps,telegram yang mencurigakan.

Isteri dan lelaki tu memang dah saling mencintai sebab dah hari2 berjumpa. Walaupun tidak berkerja di unit yg sama, di belakang siapa yg tahu. Lelaki umur 40 an, isteri sebaya suami 29. Dah pergi berubat memang xde guna2, mmg tiada hati dengan suami sbb isteri dah jatuh cinta natural dgn lelaki tu, kira lelaki 40an anak empat tu ayat power.

Suami tertekan sekarang ni sbb masih mencintai isteri, tetap sabar melayari rumah tangga walaupun isteri dah x beri layanan batin berbulan2. Nafkah bagi, duit pengasuh anak bagi, duit pampers, duit susu, duit utiliti, duit rumah semua suami dah sediakan sebaik mungkin. Isteri balik rumah x pernah senyum, terus naik bilik atas dan kunci kemungkinan risau suami masuk. Suami pernah curi2 masuk 2-3 pg sebab bernafsu tapi isteri sedar dan suami dihalau keluar. Suami terpaksa keluar sebab isteri terjerit2 jam 2-3 pagi.

Suami berjumpa Pengarah utk tukarkan unit isteri untuk elak kerja lebih masa atau terlibat dengan operasi dan ditukarkan ke unit lain yang mana waktu berkerja hanya 'office hour'. Isteri tertekan dan mendakwa suami mencampuri urusan pejabatnya. Semenjak itu tiada lagi layanan suami isteri, isteri buat hal sendiri, rasa nak keluar dia keluar, rasa nak jalan dia jalan.

Anak2 dibuat seperti tidak berbapa, nak bawa balik kampung, nak bawa jalan dengan keluarga mertua x perlu minta izin suami, datang petang nak ambil kat pengasuh, pengasuh cakap Mama Tok dgm Tok Papa dah ambil bawa balik kg.

Suami akhirnya taklik isteri jika isteri pulang ke kampung dalam bulan ni maka jatuh taklik. Jumpa Whatapps isteri dgn ibunya berbunyi "kau balik je kg, lelaki kau ingat dia hebat, kalau kau balik jatuh talak tu, nnt mak uruskan rumah kau dan anak2'.

Suami baru pertama kali taklik isteri itu pun akibat tertekan dengan isteri dan telah memberi hampir 2 tahun kepada isteri untuk kembali taat. Sebelum ni kalau gaduh je isteri minta cerai. Tak bagi layanan batin kepada suami degan sebab utk seksa batin suami dan bila suami tanya ini jawapannnya "saya x boleh nak layan awak sebab mmg sy xde perasaan dengan awk, jadi awk phm apa kena buatkan (cerai), jangan seksa saya".

Panjang dan detail lagi sebenarnya, tapi saya nak dengar pandangan pasangan yg masih lagi mampu bertahan dalam perkahwinan walaupun diuji dengan pasangan yg tidak setia. Saya suami yg berumur 29, masih muda dan mempunyai keinginan. Saya risau terjerumus ke arah kemaksiatan. Walaupun boleh 'handmade' tapi sampi bila sedangkan saya mempunyai isteri yg halal. Mohon pencerahan.

Komen ikhlas diperlukan sebab kebanyakan kisah yg dikongsi melibatkan masalah dari suami, kali ni masalah dari isteri pula.

Terima kasih.

– Jobot

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *