Tujuan aku tulis disini hanya nak meluahkan apa yang terpendam dan terbuku.
Aku dah berkahwin dengan isteri hampir 3 tahun. Aku kenal wife masa tahun akhir di IPTA tetapi berbeza course. Kami tak pernah berjumpa masa di universiti, hanya di media sosial sebab kenal pun hujung-hujung degree.
Sepanjang perkenalan, benda yang aku suka dengan dia ialah aku boleh bersembang dengan dia macam-macam topik. Cuma bagi aku, dia suka mengongkong. Kahwin pun belum lagi. Kalau nak keluar mana-mana perlu inform dia dulu.
Aku tak boleh terima sebab aku bukan jenis mengongkong macam tu, jadi awal-awal perkenalan tu aku tak bagitau kalau keluar dan kami kerap gaduh. Tapi lama-lama aku cuba accept perangai dia tu normal untuk seorang wanita sebab aku tak banyak pengalaman bercinta.
Lepas dekat setahun bekerja, aku ambil keputusan untuk berkahwin dengan dia sebab bagi aku walaupun dia mengongkong, tetapi aku boleh sembang dengan dia dan dia tak berkira pasal duit.
Di awal perkahwinan, aku dah set in mind, akan ada banyak dugaan dan aku perlu banyak bersabar. Sikap dia okay cuma still mengongkong dan aku boleh handle benda tu. Cuma ada masa kami bergaduh, puncanya sama ada aku atau dia.
Setiap kali gaduh memang akan teruk-teruk. Dia akan jerit-jerit terpekik sambil menangis, aku akan diam dan balas sikit-sikit sebab aku cuba bersabar.
Aku bukan jenis suka bergaduh. Tapi dia akan provoke untuk dapatkan reaction dari aku. Dia cakap dah tak sayang dia, aku dah ada orang lain. Bila dia tuduh macam-macam, aku pun akan naik suara jugak.
Aku bukan jenis meminta maaf kalau bukan salah aku. Tapi last-last dia akan tak puas hati dan ugut nak bunuh diri. Dia akan ambil pisau atau parang dan ugut nak kelar diri sendiri.
Dia ada jugak menjerit nak terjun dari rumah (rumah apartment). Dia akan keluar dari rumah tanpa pakai tudung dan akan keluar nak pergi terjun. Terpaksa la aku halang dan pujuk walaupun kadang-kadang bukan salah aku.
Bila kami ada anak first, dia kurang sikit buat perangai macam tu sebab dia sibuk. Tapi bila kami ada anak kedua dia buat balik perangai yang sama. Aku rasa dia letih sebab nak handle anak dua orang. Tapi bukan dia handle seorang.
Kalau dia handle anak, aku akan basuh lipat baju, masak, cuci bilik, air sapu rumah. Aku pun akan benarkan dia keluar sorang-sorang kalau nak pergi healing kejap.
Ada satu hari, masa tu aku nak balik lewat sebab ada makan-makan office sebab ada officemate nak pindah, dia marah-marah dan tak bagi aku join walaupun aku nak pergi after 5, balik before maghrib. Dia siap ugut akan bunuh anak-anak kalau aku tak balik.
Memang masa tu aku rasa marah sangat-sangat. Aku dah nekad nak tampar dia bila dah sampai. Sampai-sampai, aku terus marah. Kalau nak marah sekali pun kenapa nak keluar ayat macam tu?
Aku memang hampir-hampir nak tampar dia tapi aku bukan jenis macam tu. Entah la. Mungkin aku suami yang lemah.
Baru-baru ni kami gaduh lagi, puncanya dia penat kemas rumah dan nak keluar sekejap. Aku bagi je pergi sebab faham dia letih.
Masa dia keluar tu dia wasap cakap nak pergi tempat jauh sikit nak tengok barang. Aku cakap kat dia, kalau setakat nak tengok barang tu tak perlu la. Sebab bagi aku benda dia nak cari tu tak penting.
Dia terus marah-marah, persoalkan aku boleh main game dan tidur. Padahal haritu aku yang bangun mandikan anak, cuci tandas, kemas dapur, kemas stor, keluar beli barang.
Aku letih, mestilah aku nak tidur. Aku main game pun sambil-sambil tengok anak. Aku keluar beli barang rumah, takda pun nak pergi tempat lain. Padahal dia keluar siap pergi *amily Mart beli macam2.
Aku taktau la. Aku tak faham. Aku keliru.
Aku tau aku tak perfect. Tapi aku cuba yang terbaik.
Aku tengok ramai lelaki yang tak tolong uruskan anak, tak kemaskan rumah. Memasak memang aku dan aku tak kisah pun sebab aku suka. Aku pun bukan jenis keluar melepak pun. Aku suka duduk rumah. Apa lagi dia nak entah.
Ada lagi benda lain yang aku cerita memang takkan habis.
Normal ke perempuan macam ni atau aku seorang je? Sejujurnya aku nak tahu.
– Suami Keliru (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak normal tu, something wrong tu, boleh cuba dapatkan rawatan psikatri. Org perempuan lain pun penat gak, tapi boleh lagi kekal tenang.
ada yg dia masih belum selesai dgn diri dia sendiri.
Redflag sebelum kahwin dah tunjuk dari sikap mengongkong.. Biasanya akan diikuti dengan sikap obsessed, sikap playvictim, sikap guilt-trip, ada trust issue..
Menjawab kpd persoalan; tak normal tu..Sangat tak normal. Lagi2 dah sampai tahap ugut2 nak bnuh anak2 lak..memang kena dapatkan rawatan. Seram
Mental…..
Tak normal. Bantu isteri utk dptkan rawatan kaunseling/psikatri. Sebab normal women, yg berfikiran waras, tak akan ugut2 sampai nk bunuh diri/anak. Lg 1, bantu isteri/ didik isteri tentang agama & rumahtangga dlm islam. Moga dipermudahkan urusan en.
Bawak bini tu p checkup. Hire kiddocare time korg penat nak jaga anak. Yg ni boleh ambik per hour. And stop beranak la korg.
Serious talk. Kehidupan berkahwin, adulthood dan ada anak mmg penat. P tanya semua readers dlm ni. Semua rasa mcm ni. Up to us nak tackle mcm mana. Exercise, keep fit, jaga mental, do checkup, jaga hubungan dgn tuhan, jaga hubungan dgn mak ayah etc. Good luck.
Aku rasa dia marah sbb dia xdpt kontrol ko, xdpt control situasi.. bila semua ikut apa yg dia nak, baru aman sikit dunia.. tu la, org lain pun ada hati n perasaan juga.. ni x normal.. cuba awak cakap lembut2 kat dia, jgn marah2…
Dengar pun serabut gila mcm mana ko blh serumah dgn org ada sakit mental mcm ni haaa….
Aku rs bini ko ni ada keturunan sakit mental bawaan famili belah dia.cuba selidik betul2..
Dari awal kwn dah redflag tp ko tetap nak kawen dgn dia..ni la efeknya..kaki control.
Bawa2 la dia jmpa pakar mental..dia actually marah dgn diri sendiri tp lempiaskan kat ko…mgkn dulu pernah jd mangsa seksual ke siapa tahu.
Inner childhood trauma.
Sblm ko mental juga elok seraikan la cpt2 binik mcm ni.Kang dlm tidur x bangun dah esok kena tikam…
Nak tunggu kena tikam mata terbeliak dgn minik sendiri ke abg?
Baik ko lari cpt2….anak2 tu ko jaga la nanti…
Aku nmpk possiblity bini ko ni akan tikam ko dgn anak2 suatu ms nanti…
Lps tu playvictim.Dasar gila
Kesiannya dgr luahan awak ni..elok lah bawa isteri tu utk berjumpa pakar psikiatri..bila dah menyentuh bab2 klu gaduh je,nk bunuh2 ni..nk bunuh diri lah..its something wrong..jgn ambil ringan benda2 cmni..nti lg melarat n risau akan dtg terjadi perkara yg lebih buruk..sy doa kan semoga segala urusan dan kesulitan yg dilalui awak saat2 ini..dipermudahkan oleh Allah..semoga awak,isteri,ank2 sentiasa dlm perlindungan Allah SWT..Aamiinn..Aamiinn..Ya Rabbal Alamiinn..
Takut2 lepas dia bun** ko dgn anak..dia pun terjun flat.
Bro,pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih sebab tolong luahkan untuk aku sekali.Dah lama aku nak luah tapi xtahu nak mula dari mana.
Situasi kita sama,sebijik.Aku dah bertahan 13 tahun dan hari2 berdoa agar isteri berubah.
Cakap la apa kerja rumah yang aku xbuat,hampir semua aku yang buat sebab aku kerja syif,dia kerja ofis hour.
Aku sentiasa cuba mengelak daripada dia menjadi stress dan bergaduh besar sebab kalau gaduh besar dia akan jerit terpekik dalam bilik atau bilik air dan ugut nak bunuh diri
.Dulu masa awal kawin,bila dia menjerit2 terpekik sampai 1 taman dengar,dia ugut nak keluar rumah tanpa pakai baju,bila aku tahan dan pegang tangan dia kuat2,dikatanya aku pukul dia sebab tahan tangan dan badan dia di dinding sampai tangan dia lebam(disebabkan aku pegang tangan dia kuat terkena gelang dia).
Cerita soal malu dengan jiran ni,aku rasa sangat malu sebab aku jenis pendiam,xsuka jerit2.Bila gaduh dia akan marah2 aku sampai jiran2 dengar.Sekarang ni dah 13 tahun kahwin,aku dah boleh baca stress atau gaduh tahap mana yang boleh buatkan dia mengamuk,terpekik terlolong macam orang xsiuman,bila jadi situasi begini,bibir dia akan bertukar menjadi gelap.
Sekarang ni anak aku pun dah 4 orang,masalah lain pulak yang jadi.Bini aku boleh dikatakan hampir setiap hari marah dan tengking anak.Paling kesian dan selalu jadi mangsa adalah anak no 1(perempuan) yg berumur 12 tahun,aku panggil dia kakak.
Rasa kesian sangat2 dekat kakak sebab dia seolah2 dibenci oleh ibunya sendiri.Dari segi body language,cara cakap memang bini aku xsuka dengan kakak dan sampai sekarang aku xtahu kenapa dia benci sangat dengan anak sendiri.Alasan dia selalu marah2 sebab kakak xbuat apa yang dia suruh,masalahnya terlampau banyak peraturan yang dia buat untuk budak tu ikut.
Sekarang ni hampir dikatakan setiap hari kami bergaduh adalah disebabkan anak,sebab dia marah dan tengking anak sampaikan jiran2 pun dengar pekikan dia.Aku selalu tegur “nak marah sejuta kali pun marahla tapi jangan sesekali tengking anak”.Bila ditegur dia akan cakap aku selalu backup anak,buat anak xhormat dia.Dimarahnya anak2 lagi.Anak2 lain juga selalu dimarahnya tapi xseteruk apa yg kakak terima
.Aku risau mental kakak koyak,dia akan simpan dendam sampai dia besar.Ntah la,nak tegur lebih2 takut gaduh besar,dia mengamuk jerit2 terpekik terlolong macam orang gila.Nak berpisah pun aku pulak sayangkan anak2 aku.Sampai anak pun dah 4 orang.Bergaduh pun xpernahnya dia akan rasa bersalah,mesti aku jugak yang salah,aku yang kena minta maaf dan pujuk semula.
Banyak lagi nak cerita,tapi panjang sangat.Orang diluar nampak kami seperti tiada masalah,keluarga bahagia tetapi hakikatnya tidak.Aku harap ALLAH berikan aku kekuatan untuk terus bersabar demi anak2.Sentiasa berdoa agar ALLAH buang sifat baran dia dan ditiupkan rasa kasih dan sayang kepada anak2 seperti mana selayaknya yang patut dorang dapat dari ibu kandung sendri.
She need your attention..banyyakan sabar dan bila dia naik hantu dalam apa2 situasi cuba tenangkan dan beri dia banyak kata2 semangat yang positif..bnyakkan beri kata2 cinta supaya emosi dia terus stabil dan tenang..kdg2 tak semua perempuan boleh adapt dengan keadaan baru dengan mudah..dia berkahwin pon dah satu berubahan besar dalam hidupnya..kemudian melahirkan pula,lagi emosi nya terganggu dan tak stabil..for me awak cintakan wife dan dah janji nak didik dan jaga nya kan??jadi support emosinya dengan ayat2 cinta dan bantu dia handle emosi..kesian wife awak..
Bawa dengan segera isteri kamu berjumpa psikitari. Ada simptom MDD mungkin.
bini aku pon spesies gini. Bila gaduh hal bodoh pun ambik pisau ugut nk bunuh diri . First time bergelut gak la..pastu canang aku letak lutut kt dada dia..padahal dia tak cerita waktu tu tengah bergelut dengan pisau. Habis aku kena maki dengan family. Tak pasal aku kena explain panjang, baru diaorg faham.
Berlaku beberapa kali ugutan dgn pisau ni. Last2 kali ke 4 , aku ckp tikam jek la aku ni. Aku dh tak peduli. Aku dh penat kena ugut dengan pisau ni. Nk bunuh diri ke, bunuh anak ke, bunuh aku ke, silakan. Tahu pulak dia tak buat pun. Sebenarnya aku nampak balik, dia saja nk gertak n suka bila kita mengalah. Aku plak waktu tuh dah fedup kena ugut dgn pisau.
Now lepas tuh dia dah takda nak main2 pisau.. nk cerai fikir anak2.. dan sebagai laki, xpayah la ngadu sini. In the end, semua orang akan back up kaum pompuan..haha
Mintak Maaf cakap bang, saya pernah dalam situasi yg sama. Kalau abang tak nak hilang diri abang sendiri, and masih sayang bini, nak stay dengan dia, ikut lah comment2 kat sini yang suruh abang bawak dia jumpa psikiatri. Bini abang bukan sekadar nak attention or nak control, dia mmg ada symptom2 mental illness. Tapi jangan lah sampai fikir dia gila ke apa, masih boleh diubati. Slow talk, and bawak dia pergi pakar psikiatri. Semoga urusan Abang di permudahkan. Amin