Isteri Tak Bersyukur

Assalamualikum. Lama aku fikir sebelum aku ambik keputusan untuk menulis disini. Selama ni aku pendam sorang-sorang je. Takde tempat mengadu, maklumlah masalah rumahtangga. Takkan nak dicanang-canang.

Aku dah berkahwin dengan suami selama 6 tahun, sebelum tu berkenalan dan berkawan selama lebih kurang 5 tahun.

Sewaktu awal perkenalan aku baru memulakan pengajian degree sementara dia telahpun mula berkerja. Dipendekkan cerita, akhirnya aku terima dia sebagai suami aku disebabkan aku lebih yakin dengan dia berbanding “calon-calon” yang lain.

Diawal perkahwinan, perkara yang paling membimbangkan aku sebenarnya adalah kerjaya dia. Tapi disebabkan banyak share yang mengatakan bila kita mendirikan masjid maka Allah akan memudahkan rezeki kita.

Jadi aku percaya yang rezeki dia akan bertambah baik. Dia bekerja shift dengan gaji yang agak rendah. Gaji aku sebagai fresh grad pada masa tu lebih tinggi daripada gaji dia yang dah kerja selama 3 hingga 4 tahun.

Jadi pada masa tu, akupun berusaha untuk carikan kerja untuk dia, aku prepare and update resume, register jobstreet and tolong apply macam-macam job. Masa tu sedih sangat sebab aku tengok slip gaji dia rupanya basic salary dia hanya RM450 sebulan. Total tak sampai 2k.

Dalam banyak-banyak application aku hantar tu, adalah sekali dia pergi interview. Tu pun lepas aku bebel2, time tu aku sarat mengandung. Balik interview, katanya kerja komisen, susah. So dia teruskan kerja dia tu.

Sehingga lah aku mengandung anak kedua dan seterusnya. Lepas aku dah ada anak-anak aku macam takde masa nak tolong dia cari kerja, just push dia suruh tanya kawan-kawan if ada kerja kosong. But, dia tak berusaha langsung. Lama-lama aku pun malas nak cakap hal kerja dia lagi.

Alhamdulillah, gaji aku pun bertambah setiap tahun selaras dengan pertambahan isi rumah dan perbelanjaan keluarga kami. Dia cakap kat aku yang kita kena sentiasa bersyukur, sebab ramai lagi orang susah kat luar sana tu. Hmmm

Suami aku dari tahun ke tahun seolah lepas tangan soal mengurus perbelanjaan keluarga. Dia bagi semua gaji bulanan dia pada aku dan suruh aku uruskan segala perbelanjaan keluarga.

Duit yuran sekolah anak, segala bil, perbelanjaan dan keperluan anak semua dia serah kat aku.

Bila duit dalam tangan dia abes, dia akan ambik je duit aku dalam purse. Suami aku jenis boros, dia suka beli apa-apa pada tahap membazir.

Contohnya kalau beli goreng pisang sampai RM10, padahal ktorg anak beranak je yang makan. Lepas tu tak habis simpan peti. Last -last ke tong sampah jua. Beli sayur ke buah ke, pun sama. Suka beli banyak-banyak. Alasan nya sebab “murah” and anak-anak atau aku suka.

Kalau dia masak pun dia akan masak nasi and lauk dengan kuantiti banyak, sebab takut tak cukup. Padahal dah banyak kali membazir, patut dah boleh budget la kan. Aku selalu jugak membebel hal ni, tapi in the end macam aku pulak yang bersalah and tak bersyukur.

Suami dah tolong masak lagi nak banyak complaint. Suami dah belikan macam-macam tapi ada je yang tak kena. Mungkin sebab dia tak faham. Sebab dia tak sedar, yang semua tu pakai duit aku.

Dia bagi aku manage duit dia yang 2k tu macamlah duit dia 20k. Bila tengah bulan duit tak berapa ada dia akan persoalkan, eh duit dia dah habis ke? Kadang hangin jugak aku.

Dahla kalau dia dapat mesej bil telefon tak bayar lagi dia akan bising. Tak bayarkan bil tepon dia ke? Yelah, kadang aku pun lupa sebab banyak sangat benda nak kena bayar. Dia mana reti guna online banking ni semua (Sendiri tak nak explore and ambil tahu).

Pernah dia cakap transfer je kan, Guna online je kan. Apa yang susah. Sedangkan dia tak tahu yang benda tu sebenarnya renyah jugak kadang.

TAC tak kunjung tiba, salah key in TAC, line tiba-tiba error. Benda tu semua dia tak pernah alami so dia tak tahu and tak faham. Pada dia semua benda senang.

Lepastu barang-barang rumah kadang aku beli online sebab ada offer macam pampers and barang-barang keperluan anak, toiletries, sabun basuh pinggan ke apa.

Jadi kalau barang habis je dia akan suruh aku order. Lepas suruh duk tanya mana barang tak sampai, dah order ke belum.

Dia tak tahu yang nak pilih barang online pun boleh tahan renyah, nak kena survey harga pastu tengok review lepastu compare shipping cost semua. Baju anak-anak pun aku jugak lah yang kena beli and pilih (and bayar).

Bercakap pasal baju anak-anak, benda ni yang paling aku terasa sekali sejak berkahwin dengan suami. Iaitu berkenaan baju raya.

Sejak tahun pertama kawin, aku yang kena settlekan baju raya kami sekeluarga. Ya, faham memang kebanyakan keluarga pun memang kaum ibu yang in charge.

Tapi bila anak-anak dah ramai ni, aku sedih bila suami aku langsung tak ada rasa tanggungjawab untuk sediakan baju untuk kami (Raya setahun sekali kan).

Aku pernah cerita kat dia yang dulu masa kecik arwah ayah aku tak pernah miss sediakan budget untuk sepersalinan kami adik beradik.

Selain baju kurung/melayu, baju raya sepasang and kasut. Gaji ayah tak seberapa, and adik beradik kami ramai tapi ayah akan menyimpan dari awal and make sure kami ada baju baru at least setahun sekali tu lah, iaitu pada hari raya.

At least hulur lah duit sikit kan cakap ni baju untuk baju raya ke apa. Ni langsung tak. Kalau diasak pun dia akan cakap, ambik jelah duit dia dalam bank tu. Hurmmm. Tak sama tau. Kenapalah dia tak faham.

Bercakap pasal raya pulak, tiap kali raya lah aku akan jadi sengkek. Duit simpanan aku habis dari tahun ke tahun tiap kali raya. Syukur tahun ni raya PKP, so takdelah duit aku bocor.

Ceritanya setiap kali raya wajib balik kampung kedua-dua belah. Kampung kami pulak sorang nun utara dan sorang lagi selatan.

So duit minyak tu memang banyak habis, lagi-lagi sepanjang perjalanan akan ada je rumah nak disinggah untuk beraya. Sedara mara, kawan-kawan and segala kenalan dia. Memang penat gila, sebab suami jenis beraya rumah orang tak kira dari pagi sampailah ke malam.

Bila tegur, dia kata biasalah, raya kan. Bukan selalu. Haih. Lepas tu duit raya budak-budak duk mintak kat aku. Kadang bila duit yang aku prepare habis, dia akan guna duit raya anak-anak. Pastu dia cakap nanti bayar balik. But then, tak de nya dia bayar balik.

Duit raya untuk aku and anak-anak takde dia sediakan, apetah lagi untuk parent aku. Dia tak pernah bagi, sedangkan untuk parent dia ada je aku sediakan sekali untuk adik-adik dia.

Bukan nak compare atau mengungkit tapi aku jadi sangat sedih bila dia tergamak nak mempersoalkan jumlah duit raya yang aku bagi kat family aku vs family dia. Kenapa aku bagi adik aku banyak ni, adik dia banyak tu.

Sepatutnya ayah dia dapat lebih lah sebab mak dia dah meninggal (setahun lepas kami kawen). Dia sendiri tak hulur duit kat ayah dia lagi nak persoalkan duit yang aku bagi. Kalau balik kampung time tak raya pun sama, mana ada dia bagi pun kat ayah dia.

Aku dah pernah nasihat kat dia, aku tau yang duit dia tak banyak tapi aku pesan kat dia,

“Abang tak bagi duit kat ayah sebab abang tak cukup duit kan? Tapi kalau abang tak bagi pun sama jugak. Tetap duit abg tak cukup. So lebih baik abg bagi. Mungkin Allah akan bagi keberkatan berganda.” Tapi tulah, istiqamah tak mudah…

Selain dari tu, bila raya dia lah orang yang paling sibuk nak buat open house. Nak panggil kawan-kawan and kenalan dating rumah makan. So macam-macamlah kena prepare, well duit lagi.

Bab ni aku macam boleh consider lagi sebab bagi orang makan kan dapat pahala, cuma serabut lah nak kena masak macam-macam.

Kadang nak kena beli perkakas tambahan untuk makan minum tu. Lepas tu penat sangat, of course. Setiap kali habis open house dia akan cakap tahun depan nak buat macam ni lah, macam tu lah. Tapi prepare duit nya nan hado.

Suami aku jugak sejenis yang pantang kalau ada majlis kahwin, someone masuk hospital, kematian atau kelahiran baru di kalangan kawan atau sedara, dia pasti nak pegi. Tak kira dekat atau jauh. Nak pergi majlis kawen kena beli hadiah, pegi tengok orang bersalin kena bawak hamper baby.

Gigih lah, nak pergi jugak walaupun jauh. Aku pernah kena marah dengan sepupu yang baru bersalin sebab tanya dia boleh tak nak datang melawat. Suami aku nil ah, paksa jugak aku. Katanya dekat je kan jomlah pegi melawat baby tu.

Sekali aku text sepupu aku cakap tak boleh datang sebab dia penat and baby ulang alik check kuning. Malu aku disitu walaupun sebenarnya aku paham je.

Aku pun sebenarnya tak suka pegi-pegi melawat orang ni sebab aku sejenis pendiam tak reti berborak dengan orang. So selalu rasa awkward.

So disebabkan PKP ni, aku jadi tenang sebab tak payah nak hadap benda-benda macamtu lagi. Raya pun simple sangat tak banyak membazir dan keluar duit. Rentas negeri tak boleh, so tak boleh lah balik kampung. Kalau tak memang sebulan atau dua bulan sekali balik kampung nya.

Teringat aku dulu masa nak balik kampung dia, setiap kali isi minyak dia akan mintak aku duit. Ada sekali tu cash aku dah habis. So aku bagi lah dia card. Then terminal card kat stesen minyak tu rosak, sekali atm machine problem.

Dia marah-marah kat aku sebab tak boleh isi minyak. Aku nangis kecewa and marah, aku cakap kenapa tak prepare duit sendiri. Kenapa harapkan duit aku lepastu marah-marah salahkan aku.

Dia teruskan je perjalanan nasib baik lah sampai jugak tapi mata aku dah bengkak gila sesampainya kami di sana….

Okay done throwback, sekarang back to reality. Suami aku dah lebih kurang 3 bulan menganggur sebab kena retrenchment. After that dia takde pulak usaha betul-betul untuk cari kerja.

Sekadar jadi house husband menguruskan rumah dan anak-anak. Hanya berpendapatan RM500 sebulan daripada i-lestari kwsp tu lah. Tapi langsung takde nampak kegusaran dia. Entahlah.

Sedangkan aku pulak yang kena buat kerja tambahan lain macam jadi dropship, jadi agent itu dan ini, berjualan di platform online. Kerja dia tolong poskan barang-barang tu jelah.

Dia tak tau macamna struggle nak handle benda tu semua, dari nak ambik gambar barang, upload and letak description, marketing and sampailah ke handle customer. Semua ni aku yang hadap.

Bila aku cakap aku stress dia just kata tak payah stress-stress. Tak payah banyak fikir. Kalau aku kata aku busy sangat ni dia just kata tak pe buat jelah kerja tu satu persatu. Nanti siaplah. Hakikatnya kerja aku tak pernah habis. Dan dia pun tak bagi perhatian yang cukup kat aku.

Itu yang buat aku bertambah stress sbenarnya. Aku juga stress bila hadap pembaziran kat rumah.

Contohnya dia selalu belikan anak-anak makanan yang aku tak approve (like jajan, coklat and benda2 manis) lepastu tak habis makan, bersepah and membazir. So I was like membebel ke atas daun keladi.

Akhir kata, aku nak akui yang memang ada salah aku jugak sebab tak strict dengan suami dari awal bab-bab perbelanjaan keluarga yang wajib dia tanggung and aku iku je dia cakap suruh manage duit gaji dia tu.

Banyak jugak benda yang actually aku belajar dari nasihat-nasihat yang diberikan oleh pembaca page ni. Cuma, tu lah. Bukan senang nak ajar/ didik orang dewasa ni kan melainkan dia ada kesedaran.

Kadang kalau cakap lebih-lebih nampak macam besar kepala and tak hormat suami pulak. Aku selalu tersepit dalam hal nak memperbaiki rumahtangga ni sebab end up nampak aku je yang salah, suka marah-marah, asik membebel, tak puas hati dan TAK BERSYUKUR.

Suami aku tak faham, tak cuba faham dan taknak faham apa perasaan aku. Hurmmmm.

Last but not least, doakan kebahagiaan kami. Terima kasih..

– ANA DAHLIA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *