Isteri tanpa privasi..

Salam semua..

Saya tertarik untuk cerita tentang ibu mertua rentetan dari kisah mertua dan adik ipar melampau sebelum ini oleh Mrs A.

Bila saya baca kisah beliau, baru saya tahu ada lagi orang yang menghadapi masalah mertua dan ipar yang lebih dahsyat dari saya.

Kisah saya sebenarnya tidaklah terlalu berat, mungkin sahaja saya sudah terbiasa dengan keadaan saling berkongsian ini. Tapi saja saya ceritakan bagi membuka mata semua bahawa setiap wanita bergelar isteri pastinya idamkan sebuah perkahwinan yang berdikari dalam segala segi.

Tapi dijadikan cerita, saya sebenarnya ter'pilih' menjadi menantu keluarga ini mungkin kerana memang tidak ada wanita lain lagi yang ingin tinggal bersama mertua.

Saya sendiri sebenarnya adalah orang yang amat dekat dengan keluarga. Jadi bila perlu tinggal bersama keluarga suami, saya tidak kisah dan menyangka saya pastinya boleh bercampur dengan baik dengan keluarga beliau kerana saya adalah orang yang happy go lucky, peramah, straight forward tapi masih menghormati orang keliling saya.

Tapi lama-kelamaan, tipulah saya katakan jika saya tidak punya rasa ingin tinggal bersama keluarga saya sendiri. Bercuti ke mana-mana sahaja pasti ada yang menemani. Buat apa sahaja perlu fikir oranglain yang kadangkala meletihkan bagi saya.

Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana keluarga mertua tidaklah seperti cerita2 yang digembar-gemburkan sebelum ini, tapi jauh di lubuk hati, saya pernah rasa rimas dan ingin hidup sendiri.

Pernah terlintas di benak saya, jika suami cari masalah dengan saya, saya akan keluarjan semua ketidakpuasan hati dari A-Z.

Saya akan bangkitkan tentang tanggungjawab dia untuk menyediakan rumah yang selesa bagi saya tanpa perlu memikirkan aurat dengan ipar saya setiap masa. Tentang nafkah2 yang kadangkala saya tanggung ketika dia tidak berkemampuan. Dan yang paling terkesan, saya akan ungkit tentang perangai ibunya yang pernah membiarkan saya seharian tidak makan ketika mengandung kerana mabuk, mulut beliau yang menyebabkan pertelingkahan saya dan ibu saya, perangai beliau yang terlalu bergantung dengan suami saya seolah2 tiada anak lain dan sebagainya.

Namun atas dasar cinta dan kasih pada suami, saya turuti apa sahaja asalkan semua bahagia.
Dan saya sedar, tanggungjawab saya untuk menghormati ibunya adalah perkara mulia di sisi Allah dan semoga dengan itu, anak2 menantu saya juga akan bersikap kasihan pada saya suatu hari nanti.

Cuma ingin saya sampaikan disini, bagi para suami yang mempunyai isteri yang rela tinggal bersama ibu anda satu rumah (hatta bersama adik2 anda sekalipun), hargailah mereka.

Mereka sanggup korbankan rasa berkobar2 mereka untuk menghias rumah dengan cara mereka sendiri tanpa perlu memikirkan oranglain. Mereka sanggup hidup ke mana2 bersama2 dengan keluarga anda ke mana sahaja. Masa untuk bercinta ketika bercuti pun mereka korbankan kerana ada oranglain bersama.

Mereka balik penat bekerja sekalipun tetap perlu memikirkan makan minum orang dirumah yang bertambah dan mungkin hanya rehat sepanjang hari. Mereka juga perlu bersabar dengan kerenah ahli keluarga anda hingga kadangkala memakan hati sendiri kerana takutkan perbalahan.

Percayalah,baik macam mana pun isteri anda dengan keluarga anda terutama ibu anda, pasti ada sahaja yang ibu anda tidak berkenan. Kadangkala baik dihadapan, tapi buruk dicanang pada oranglain. Belum ditambah dengan sikap ibu anda yang bergantung pada isteri anda seolah2 tiada anak lain. Perangai ibu anda dibelakang anda juga kadangkala berlainan bila dihadapan isteri anda. Malas, pura2 sakit untuk perhatian, irihati kadangkala pasti ada dalam hubungan isteri dan ibu anda. Tapi tetap jua isteri anda telan dan anda melihat dia tersenyum seolah tiada apa.

Tolonglah para suami. Hargailah mereka. Dan bersikap bijaklah menangani masa keluarga anda sendiri. Bawalah mereka ke tempat2 indah bersendirian kadangkala. Berpihaklah pada mereka jika anda yakin dia benar. Itu lebih menenangkan mereka dan menjauhkan perbalahan waima perceraian.

Itu sahaja yang mereka minta. Fahami mereka. Dan bersikap adillah terhadap mereka.

Sekian terima kasih..

– Mrs Secret

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

82 Comments

  1. True enough. Hebatnya sis masih bertahan. Moga Allah balas dengan seribu kebaikan atas kesabaran sis. Saya sendiri, bertahan hanya setahun. Disebabkan beberapa faktor, berpisah. Sebaik mana pun kita, tetap taraf sebagai menantu.

  2. Sy tgl umh mertua kdg2.. Alhmdulillah mertua baik…ms mgndung tgl umh mertua..suami yg byk jg n msk kn..selang brp jam die akn tye lapa tak..sy ckp lapa die akn mskkn..so, kt cni mmg prnan suami amt2 penting…kasihanilah istri yg sngup bkrban smuanya utk suami.

  3. sebaik2nya..menantu perempuan jgn duk skli dgn mak mertua..seperti yg confessor ceritakan..ianya realiti..bkn nk burukkan seorg insan bergelar ibu..tpi ketahuilah bila ibu & mnantu perempuan tggl skli..pasti ad perkra yg didinginkan..malah si suami akn rse tersepit di antra dua.. memihak kpd ibu atau isteri..rata2 suami akn menyebelahi ibu kerana ibu syurga bg mereka..tpi ingat wahai suami..isterimu juga punya hak untuk dibela & dipertanggungjwabkan di akhirat kelak..ibu fitrahnya mmg akn cemburu & merajuk dgn mnantu perempuannya..kbyakan ibu merasakan menantu perempuan merampas kasih syg ank lelakinya..jd seorg ibu akn mmperjuangkan ap shj utk meraih semula kasih syg ank lelakinya..sehinggakan jgn terkjut ibu mgadu ap shj kpd ank2 yg lain..justeru hbgn di antra suami dan adik beradiknya jd makin dingin, malah ipar duai xkan pernah ikhlas & jujur menerima kita sbgai ipar..kesannya, bila ibu sudah tiada lg..maka hbgn yg dingin dek kerana seorg ibu itu jd kian renggang & bahkan adik beradik suami akn tetap membenci & mrahkan kita smpi bila2 kerana tidak mnjga arwah ibu mereka dgn baik..
    kesimpulannya, perempuan seboleh2 knal dulu kluarga bakal suami mu sblum berkhwin..kenal ibunya, kenal ayahnya..kenal adik beradiknya.. seterusnya, cubalah seboleh2 nya tdk tggl skli dgn kluarga mertua..belajar hdup berdikari..isteri perlu bgkit & menyuarakan hak kamu..ayah & ibu mertua bkn tggjwb kmu utk mnjga mereka..mereka berdua adalah tggjwb ank2 mereka sndiri..
    natijahnya, jika perkra itu tdk dipertimbgkn, maka penceraian diplih sbgi jln penyelesaian yg termudah..tonton & hayatilah pgjrn dari filem p.ramlee, Ibu Mertuaku.. wallahua’lam

    • Jarang aku jumpe lelaki yg berfikiran mcm kau. Sbb td aku baru je jumpe komen ni kt page krt.

      “Jgn sesekali mengata mertua dpn suami,lelaki pantang mak dia dihina,in fact kami sayang mak kami lbh drpd isteri kami”

    • typical mmg mcm tu Angel Nirwana..tpi kite sbgai anak lelaki xbole ego..tu je kuncinya.. klau mak ayah kite ad slah..admit it..akui kebenaran & kesilapan mereka..ibu dan ayah tetap manusia.. xpernah x buat silap..rata2 ank hari ni terlalu sygkn ibu dan ayah shggakan slah pd mereka dua kite lgsg x nmpk..atau buat butakan mata & pekakkan telinga..bahkan bila ibubapa sndiri yg slah..kita pula sbgai anak menuding salah pd org lain..inilah realiti skg..ingatlah, ibu & ayah kita semua x sempurna..diri kita juga x sempurna, jd hormati smua org berpada2..jgn kerana terlalu syg & hormat ayah dan ibu kita..buat kita hilang hormat terhadap org lain.. sama2 kita memperbaiki diri in shaa allah..

    • Seriously saya terkesima baca komen encik. Beruntung isteri encik nanti. ? Menjadi suami itu patutnya lebih rasional dan bijak. Terima kasih atas pandangan encik yg sgt adil.

    • Yup.. Suami/anak lelaki memainkan peranan dlm hal ni..
      Fikirlah baik buruk tinggal serumah dgn org tua bila dh berkahwin.
      Jgn nnt isteri jd mangsa mcm citer viral baru2 ni yg isteri bergaduh dgn mertua & kakak ipar.
      Kandang mertua ok tp ipar duai pulak cucuk.

    • Saya juga pernah merasai keadaan serba x kena sepanjang duduk serumah dgn mertua.. Sangat2 tersepit. Sampaikan apa kami buat semua di bawah pengawasan mertua.. Saya tak dibenarkan balik berjumpa ibu abah saya kerana bagi nye suami penat kerja, saya habiskan duit.. Saya sgt ingat dialog tu… Oh ya saya x kerja kerana saya pregnant berisiko. 2 bulan kemudian saya nekad pindah rumah demi jaga hubungan saya, suami dan mertua.. Tapi masa tu tak habis sampai tu.. Ada lagi masalah yang datang hinggalah kami kemalangan dan saya nekad tinggal bersama keluarga saya. Suami pun dah kerja disini.. Alhamdulilah, hubungan dgn mertua bertambah mesra, hubungan saya dan suami bertambah kasih serta hubungan dengan ibu dan abah saya bertambah2 cinta…. Bak kata pepatah, jauh bau wangi, dekat bau busuk… Saya sangat bahagia sekarang.

    • Untung isteri encik dapat suami berfikiran macam neyh…saya tinggal dengan mertua…ibu tunggal…memang betul apa yang dikatakan encik…saya dianggap merampas anaknya kerana suami saya anak bongsu dan sejak kecil hingga sebelum kahwin suami sahaja yang tinggal dan menjaga ibunya..justeru lepas kahwin beliau meminta untuk tinggal bersama2 ibunya oleh kerna ibunya tinggal keseorangan dah sudah tua…akan tetapi pengorbanan saya ingin tidak dihargai langsung….ada sahaja perkara yang tidak disenangi..bahkan saya berkorban pelbagai perkara termasuk masa bercuti…untuk makluman saya dan suami baru mendirikan rumah tangga dec tahun lps..setiap hari ada sahaja perkara yang akan membuat saya makan hati tetapi saya hanya dapat pendamkan sahaja..kadang2 terasa kesan kepada bayi yang saya kandungankan sekarangan akibat tekanan yang saya hadapi…

  4. Uii dgn mak sndri pon boleh jd gaduh2 mnjaaa bab dapoq bab hiasan umah. Hahaha ni kan plk dgn mak mertua yg tk bela kita dr kecik. Kita nk letak sabun basuh piggan kt sni tp skli mak kita masuk dapoq dia letak kat lain. Kita dh jet2 kemas nk letak piggan kt sni tp mak kita masuk2 dapoq alih ubah tmpat lain. Hahh gaduh2 mnjaa jgk laa jd nya tu.

  5. terima RiEn Erin sbb sudi tinggal kat rumah ibu dan tlg tgk2 kan ibu. budi baik rien, kami adik beradik xkan lupakan. we always love u rien. maaf kalau ada tlebih atau tkurang selama ini. <3

  6. Sabar… laki kena utamakan ibu…. isteri kena utamakan suami selagi x langgar agama…cuba pujuk suami dgn cara baik..insalah suatu hari anak n menantu kita pulak akn lyn kt dgn baik … :)

  7. tu sebab kalau boleh nak kahwin tu kna juga tgok mak mertua. kalau dpt yg anggap kita mcm anak sendiri x pe la. dpt yg mengganggap kita kena sempurna dpan mata poning kpla huhu

  8. Sbb tu la mak sy xnak duduk skali ngn menantu..die ckp mertua ni ibarat madu..nnt beli isteri something, mak berasa hati..kalo ikutkan kata mak sgt, isteri kecik hati..so lebih baik dok asing2..

  9. Pernah tggal dgn mertua….alhamdulillah dia teramat baik.pg2 siapkan bekal utk ke ofis.kita plk naik segan dan takut susahkan dia.dkt stgh thn je duk sama sbb suami sblm kawin mmg dh siap2kan umah utk duduk asing

  10. Alhamdulillah. .dh 4 tahun kahwin n duduk dgn mertua sbb ayah mertua dh x de n suami ank bongsu.sy sgt brsyukur sbb suami seorang yg sgt caring n penyayang dan mak mertua plak sgt sporting n x berkira..terasa skit2 tu biasa sbb pemikiran org tua n muda jauh beza kan..namun lapangkan dada n fikir klau x sbb mak mertua,kita x dpt kecapi nikmat kebahagiaan berumahtangga..bnyakkn brsabar..

  11. Ustaz ustazah pun ada ckp.seeloknya dah kawen dduk la.asing. kalau dpt mertua baik itu rezeki. Kalau sebaliknya itu diuji. Chill up je. Huuuuuu(hampa)

  12. Pernah dengar ceramah utz di TV alHijrah. Tentang pernikahan. Katanya mana mungkin ada 2 permaisuri dalam sebuah istana. Maknanya apa? Duduklah asing walaupun hanya belakang rumah.

  13. Moga Allah gantikan segala kesabaran dan pengorbanan sis dgn nikmat yg lebih manis utk sis dan anak-anak.Yes, so true bila tinggal sebumbung kita kne jd selfless, byk hati yg perlu dijaga, byk pengorbanan yg perlu dibuat, jadi bawa lah berbincang dgn suami apa yg terbaik utk ms depan anda berdua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *