Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali, sy bukam pelajar uia, tpi selalu baca confession kat laman ni.
Kisah sy seperti ini.
Sy bernikah dgn seorg lelaki pilihan keluarga. Atas sebab memberontak memandangkan sy punya pilihan lain, tpi tak boleh menolak pilihan mereka, sy tidk prnh ambil tahu tntg perihal bakal suami sy. Atas sebab yg tak dapat dielakkan jugs, family mempercepatkan pernikahan kami. Of course belum daftar kat pejabat agama.
Suami sy dikenali sbg ustaz, prnh belajar di luar negara dalam jurusan agama. Beliau juga kata yg beliau seorang duda. (Berdasarkan apa yg mak bgtahu)
Pada awal pernikahan, semuanya ok. Sy juga tidak memberontak lagi memandangkan tnggungjawab sy sbg isteri, beliau merupakan suami yg wajib utk sy cintai dan taat. Apatah lagi org selalu kata, cinta selepas nikah itu indah. Itu orang kata. Tapi tidak bagi sy.
Masalahnya, suami sy selalu berjanji akan uruskan urusan pendaftaran pernikahan kami. Dan urusan itu tertangguh sehinggah setahun. Awal tahun ini juga sy baru dapat tahu rupanya isteri dia sebelum sy, belum diceraikan secara rasmi di pejabat agama. Yg ni sy dpt tahu d sebabkan sy terjumpa sijil nikah mereka ketika mengemaskan fail2 lama beliau. Sy juga dpt tahu rupanya isterinya lari dri rumah. Sebelum ni dia kata bekas isteri dia yg buat hal.
Namun, dsbbkan pernikahan kami yg blum berdaftar, dia selalu buat sesuka hati dia. Pukul terajang tak payah cakap, bila dia kantoi ada perempuan lain, sy jd mangsa pukul. Walhal dia yg buat hal. Sy juga terjumpa gambar lucah dia yg dia kongsikn dgn perempuan lain. Sy juga dapat tahu, bukan stakat perkongsian gambar, dia prnh berzina dan gemar tgk video lucah.
Dia juga pernah bagi amaran agar sy tak mengganggu privacynya. Sy pelik, sebagai orang yg prnh dan ada pengalaman tentang perkahwinan, sepatutnya lebih matang dan tahu, apatah lagi dia seorang ustaz.
Disebbkan ingin tahu dan tdk berpuas hati, sy menghubungi bkas isterinya. Bekas isterinya bagitahu yg dia kerap melempiaskan nafsu (berzina) sebelum menikahinya. Dan dia lari disebabakn sikap suami sendiri.
Sy betul2x tertekan. Sy tidk dilayan sbg seorg manusia punya perasaan. Setiap perkara akan salahkn sy. Tidak tahu nak buat apa. Bila ditanya ttg pendaftaran nikah, dia kata dia ada masalah kewangan utk membayar peguam. Seriously, sy memang tak tahu dan tak ada pengalaman ttg urusan ini. Sy juga tidak dapat mengadu dan melaporkan perbuatan dia. Jujur sy sendiri tidak tahu apa sy punya hak utk mengadu.
Pada yg tahu khasnya peguam syariah, tolong tglkan komen. Inshaallah sy akan baca satu persatu.
Setakat ini sy masih bertahan disebabkam sy terlalu malu pada masyarakat.
:(
– Hamba yg hina