Isteri teraniaya – 2

Assalamualaikum. Terima kasih admin kerana sudi approve confession sy sebelum ini. Terima kasih juga kepada yg sudi memberi komentar. Moga Allah merahmati kalian.

Sebelum ini sy terlupa hendak bagitahu, suami sy(sy gelarkan mr. M) dah berkahwin sebanyak 3 kali, dan sy adalah yg ke-3. Baru-baru ini, Allah telah menemukan sy dgn isteri pertama Mr.M. Kami berbual banyak perkara. Sebagai bekas isteri (kak Liya) yg pernah hidup bersama mr. M hampir 10 tahun, beliau kenal sangat dengan perangai mr. M. Rupanya perangai hantu mr. M dah bermula sejak dulu. Bila baran, tangan kaki senang naik, kaki perempuan. Bila bercakap jarang jujur.
Kak liya bercerita tentang kisah hidup mereka dulu. Pada awal perkahwinan, mereka bukanlah orang yg senang. Beberapa tahun kemudian, Allah bagi rezeki lebih, mr. M dah mula berubah. Kak liya juga bagitahu, ketika dia sedang mengandung (mereka punya seorang cahaya mata), mr. M sibuk bercintan cintun dgn seorang janda. Disebabkan kemaruk cinta, pernah sekali perut kak liya dipijak sehingga beliau tumpah darah. Alhamdulillah, anak itu selamat. Janda ni pula jenis kaki fitnah. Disebabkan percayakan si janda ni, mr. M pernah juga belasah kak liya sehingga beliau menerima 12 jahitan.
Suami sy bukan manusia. Dialah manusia paling zalim. Bukan sy seorang saja, tapi kesemua isterinya dizalimi. Sy respek kat kak liya memandangkan beliau bertahan bertahun2. Akhirnya beliau diceraikan, dianiaya oleh mr. M dan janda tu.

Sy mengambil kesempatan utk bertanya tentang pendidikannya. Kak liya kata, mr. M memang pernah mendapat tawaran belajar ke luar negara, tapi disebabkan keluarganya miskin, beliau tidak dapat menyambung pelajaran. Dan disebabkan perkara tu, memberi efek dan tekanan pada dirinya.

Bila mendengar kisah lama hidup dia, dan asbab beliau jadi begitu, entah kenapa sy menjadi simpati. Ternyata, setiap perkara yg beliau bagitahu, tentang pelajaran dlm jurusan agama hingga ke Master, rupanya hanya satu khayalan yg dicipta agar beliau dipandang mulia oleh masyarakat. Setiap keindahan sejarah hidup yg beliau pernah cerita, hanya satu dogengan yg dicipta dalam dunia fantasinya. Suami sy sebenarnya sakit. Sakit mental. Terlalu tertekan. Apatah lagi hidup beliau sebelum ini tersepit dengan kemiskinan. Bila Allah dah bagi rezeki lebih, dia jadi lupa diri.

Dia juga tidak pernah rasa bersalah menzalimi orang lain. Malah, dia yg rasa dirinya dizalimi.

Entahlah. Sy menjadi bingung. :(

Utk perempuan diluar sana, berhati-hati bila excited layan lelaki lain, terutama di laman sosial. Ramai saja lelaki yg dah berkeluarga tapi mengaku bujang. Jika punya pilihan, selidikilah latar belakang bakal suami anda. Jika dulu kita dibagitahu pilihan mak bapak merupakan pilihan terbaik, tidak pada zaman sekarang. Kerana zaman ini zaman 'plastik'. Tidak realistik dan tidak jujur. Hati-hati.

Terima kasih pada yg sudi meluangkan masa membaca luahan hati sy.

Wassalam.

– Hamba yg hina

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *