Assalamualaikum Admin dan pembaca budiman.
Beberapa hari yang lalu, terdapat luahan seorang isteri yang menanggung perbelanjaan rumahtangga. Sementara si suami pula amat boros dan tidak menunaikan nafkah si isteri.
Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/tanggungjawab-suami/).
Sedikit perkongsian, saya merupakan seorang isteri yang gaji saya lebih tinggi dua kali ganda daripada suami. Saya bukan nak bangga diri, jauh sekali takbur dan bongkak. Saya menerima suami seadanya.
Suami seorang yang baik. Bukan kaki pukul. Bukan kaki dadah. Cuma mata keranjang dan selalu bercinta senyap-senyap di belakang saya. Tapi bukan ini yang saya ingin kongsikan.
Perkahwinan kami sudah memasuki tahun ke-15 dan dikurniakan 3 cahaya mata. Segala perbelanjaan dari segi rumah, bil dan utilities, anak, kereta, minyak kereta, makan minum dan pakaian anak, saya yang tanggung.
Saya ibarat tulang belakang keluarga kecil ni. Jika ditakdirkan saya berhenti kerja, lumpuhlah kewangan keluarga ni.
Suami pula bila dapat gaji setiap bulan, dia hanya topup sikit-sikit sahaja. Amat bertentangan dengan tanggungjawab suami dalam Islam yang mana suami perlu menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makan minum.
Jika saya tak beli barang dapur, maka kering kontang la dapur tak berasap. Anak-anak tengah membesar dan asyik nak makan. Balik kerja, saya kene buat segala kerja rumah dan pantau kerja sekolah anak-anak.
Mungkin peranan ayah pada masa kini, balik kerja dan main handphone. Entah apa yang dilayan di telephone bimbit, tidak pernah saya ambil peduli. Jika dia berbuat sesuatu yang tidak baik, itu antara dia dengan Allah.
Untuk pengetahuan pembaca, keluarga suami orang susah. Ayahnya malas bekerja dan hanya tau lepak di kedai kopi. Adik beradik suami juga tidak bekerja. Hanya tinggal dirumah dan menonton TV sahaja. Solat dan amal ibadat entah ke mana. Biarlah, itu antara mereka dengan Allah.
Mak mertua kerap meminta duit untuk belanja dapur mereka anak beranak. Disebabkan inilah suami amat berkira dan kedekut dengan saya dan anak-anak.
Pernah saya utarakan hal ini, katanya dia anak lelaki. Tanggungjawab anak lelaki menjaga keluarga. Dia asyik mengatakan Ibu paling utama. Jika dia meninggal, dia akan dipertanggungjawabkan ke atas ibunya dan adik perempuannya. Hebatkan? Menggunakan agama untuk lepaskan diri.
Mak mertua pula asyik merendah-rendahkan saya. Cakap saya pemalas, dan tidak tahu mengurus perbelanjaan rumahtangga. Saya berdiam diri kerana tidak guna bergaduh dengan wanita ini. Bila saya beli apa-apa, adik beradik suami cakap saya membazir duit abangnya.
Pada tanggapan keluarga mertua, saya menghabiskan duit anak/abang diorang. Sedangkan anak dia yang menumpang hidup saya, makan minum saya yang tanggung. Bukan saya bodoh, tapi anak-anak sangat sayangkan ayah diorang.
Ayah diorang sangat baik dengan anak. Hujung minggu, kemana anak nak pergi, dia akan layan. tapi dari segi perbelanjaan untuk keluar saya yang kene tanggung. Saya turutkan demi anak-anak.
Saya pernah bertanya dengan anak sulung, macam mana jika ibu ayah ambil jalan hidup asing-asing. Anak-anak tidak sanggup kerana sayangkan ayahnya. Anak sulung tingkatan 3. Anak-anak menganggap perkahwinan ini bahagia sebab saya tidak pernah sama sekali bergaduh di depan anak-anak.
Jadi, saya mengorbankan hati dan perasaan demi anak-anak. Even anak yang bongsu lelaki tak boleh tidur tanpa ayah di sisi. Saya akan bertahan sehingga mereka faham.
Jika suami masih tidak berubah, dan keluarga mertua terus-terusan meminta-minta duit. Saya tidak akan teragak-agak untuk keluar dari persekitaran negatif ini.
Keluarga mertua juga menganggap rumah yang saya beli, kereta saya hak milik anak mereka. Saya dianggap menumpang.
Mereka mengganggap kerja kerajaan itu kaya dan banyak duit. Kerja swasta itu gaji sikit. Suami penjawat awam tapi staf sokongan. Saya pula pegawai executive di Syarikat Multinasional.
Dulu saya stress. Sekarang saya terima semua perbuatan manusia terhadap saya dengan berlapang dada. Hidup kita hanya 1 tujuan, iaitu menjadi hamba Allah. Biarlah apa orang nak kata. Sentiasa doa, sentiasa zikir dan sentiasa topup iman. Apapun perbuatan manusia terhadap kita, biarkan.
Allah itu Maha Adil. Allah Maha Mendengar. Saya percaya 1 masa nanti, akan ada sinar bahagia untuk saya. Jika tidak di dunia, mungkin di akhirat yang kekal abadi. Apa jua dugaan kita, terima dengan hati terbuka.
Dekatkan diri dengan pencipta. Inshaa Allah. Kita akan tenang. Mendapat anak-anak yang soleh dan pandai juga 1 ketenangan. Dalam hidup ni, kita takkan dapat semua yang kita nak. Mungkin ini ujian saya di dunia.
– Isteri bukan Mithali (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit