Isteriku Dan Skim

Lama aku pendam semua ini. Aku buntu. Umpama diluah mati mak, ditelan mati bapak. Tapi aku harus meluahkan bagi menghilang rasa yang aku tanggung.

Jujur, aku kurang gemar dengan skim Multi Level Marketing (MLM) ni. Aku tahu, ada yang akan bersetuju dan tidak kurang yang mengecamku. Yang mengecam tu mungkin orang-orang MLM juga. Kenapa aku tak setuju? Biar aku jelaskan.

Untuk pengetahuan, aku hampir-hampir join MLM yang famous di Malaysia ni. 8 tahun lepas mungkin. Tapi menjadi diri aku yang sekarang, aku seorang yang suka membaca, mengkaji dan berfikir.

Apatah lagi sekarang ini banyak perkongsian dari page-page tertentu dan individu-individu berotoriti seperti doktor, farmasis, ahli sains dan sebagainya yang memberi kesedaran pada masyarat mengenai produk-produk overclaim tersebut.

Tapi ada di antara ahli keluargaku pengikut setia MLM bertahun-tahun. Dari satu ke satu. Mereka percaya kepada semua claim-claim tersebut dan terus menggunakan produk itu. Sebab itulah aku banyak mengetahui mengenai produk MLM.

Ini adalah faktor-faktor aku kurang gemar pada MLM:

1) Produk overclaim.

– Anda sendiri tahu kan, macam2 mereka reka supaya produk laku. Pad boleh sembuhkan demam, turunkan bil elektrik, selimut hilangkan kencing manis, turunkan darah tinggi, shake boleh kurus kan badan (kajian terbaru menunjukkan menyebabkan masalah hati dikemudian hari) dan sebagainya.

2) Harga overpriced.

– Harga memang tak masuk akal. Terlalu mahal. Berkait rapat dengan produk overclaimed tadi. Sebab overclaimed, harga Yahudi ditawarkan. Alasan, untuk membayar bonus upline-upline kerana produk tidak diiklankan di TV.

Jadi kos iklan tersebut diberikan pada upline-upline sebab berkongsi dengan ramai orang mengenai produk. Contoh mudah, iron steam kalau di shopee model yang sama hanya berharga rm599. Tapi dijual oleh syarikat MLM dengan harga rm1400. Mahal berganda-ganda.

3) Sesetengah produk kurang berkualiti.

– Contoh sabun basuh pinggan keluaran syarikat MLM. Dah la mahal harga sebotol, perlu dicampur air sehingga cair pula. Supaya jimat katanya. Bila basuh peralatan dapur, masih lagi rasa kesan minyaknya.

Harga? Memang 4 kali ganda harga sabun biasa di pasaran. Tapi sabun biasa di pasaran lebih pekat dan hebat menanggalkan kotoran dan kesan minyak. Katanya produk tersebut organik, tetapi bila baca ingredients, hmm.. Tak pasti mana organiknya. SLS, paraben semua ada!

Aku tak nafikan ada yang berkualiti tapi bukan brand keluarkan syarikat MLM tu sendiri. Sebaliknya jenama-jenama terkenal lain yang dibawa masuk oleh syarikat MLM tersebut dan dijual dengan harga mahal.

4) Perlu hadir ke kelas dan seminar.

– Ya aku tahu ke kelas dan seminar itu untuk naikkan semangat. Berjumpa orang sekapal yang positif dan sebagainya. Bertepuk, panjat kerusi dan melaung bila ada yang buat sesi perkongsian. Dari miskin jadi kaya. Dari tiada apa jadi berjaya. Dari naik motor jadi naik kapal terbang melancong serata dunia.

Tapi yang aku nampak, hanya beberapa orang sahaja berjaya ke puncak. Yang ramainya masih di bawah.
Membayar duit minyak dan tol lebih mahal dari bonus yang dapat. Seminar di serata tempat. Masa juga terbuang.

Aku masih tidak nampak mana untungnya. Tu belum kira lagi perlu mencari downline ke sana sini serata Malaysia. Semua atas kos sendiri. Perlu belanja minum/minum pula bila di kedai. Masa bersama keluarga juga semakin kurang dek aktif beraktiviti mencari downline. Akhirnya memberi impak kepada ahli keluarga terdekat dari segi masa dan kewangan.

5) Pakai produk MLM.

– Semestinya mereka yang menjadi ahli kena menggunakan produk tersebut. Katanya belanja isi rumah sebulan boleh jimat dengan menukar kepada semua produk MLM. Aku tak nampak jimatnya di mana.

Kalau dulu kos beli sabun pencuci, dan barang harian lain RM200 sebulan, sekarang menjadi lebih tinggi kerana harga produk MLM tersebut lebih mahal dari produk biasa. Jika kirakan dari segi point, berbelanja di pasaraya juga dapat point. Setelah beberapa amount, point tersebut bertukar voucher.

Okay setakat ni je aku nak cerita pasal MLM. Korang boleh sambung lagi. Masalahnya sekarang, aku penat. Penat dikelilingi orang yang asyik dengan MLM. Aku pulak dikatakan tidak beri support.

Bukan aku tak pernah terlibat dengan MLM ni. Aku pernah pergi seminarnya, kelasnya, sharingnya. Ada yang aku pernah telan. Ternyata berat aku tak turun-turun juga. Haha.. Tapi kalau aku jaga makan, baru berat turun.

Pada anda yang pernah hadapi orang terdekat yang asyik dengan MLM, harap dapat nasihatkan aku bagaimana untuk hadapi. Terima kasih.

– Hamdan, suami tak minat MLM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *