Jimat RM80,000 Kerana Terlambat Beli Rumah

Jimat RM80,000 Kerana Terlambat Beli Rumah

Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM confession. Aku nak kongsi pengalaman aku terlambat beli rumah dan jimat RM80K.

Kisahnya bermula March 2019, member2 kat pejabat ajak usha rumah mampu milik di bawah program kementerian wilayah iaitu Residensi Wilayah atau nama lamanya Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP). Rumawip yang kitaorg usha ialah Residensi Inspirasi yang terletak di Jalan Gombak, Setapak.

Kemudian, weekend tu kitaorang terus ke sales gallery rumawip berkenaan yang terletak di Setapak. Lokasi rumawip berkenaan agak strategik kerana berada di tepi jalan utama (Jalan Gombak) menuju pusat bandar KL, dalam 10 minit dah boleh sampai KLCC.

Sekeliling ada masjid, sekolah, kedai makan dan sebagainya. Nanti bakal ada bangunan komersil DBKL di sebelah (termasuk pasar besar Gombak). Kemudahan yang ada seperti kolam renang, taska, gym dan sebagainya.

Dengan harga RM300K untuk apartment fasiliti, 3 bilik 2 bilik air, luas 829kps, agak berbaloi jika dibandingkan harga per kaki persegi kawasan sekitar. Kalau apartment RM300K di Kajang, Bangi dan seumpamanya, memang tak berminat dah, tapi ni di Kuala Lumpur, ibu kota.

Bagi aku rumawip agak selamat untuk dibeli, sebab itu banyak projek rumawip habis dijual, ada projek rumawip dibuka selama 8 bulan dah sold out. Harga rumawip pula sama untuk semua unit, semua tingkat. Kalau projek lain, makin tinggi makin mahal, naik setingkat, naik harga RM500/1000.

Kemudian kami terus booking unit yang kami berkenan. Alhamdulillah, rumawip ni boleh pilih unit, tak semua projek rumawip boleh pilih unit. Minggu2 seterusnya, kitaorang hantar dokumen2 untuk DBKL dan pembiayaan rumah (loan).

Banker kata kitaorang boleh dapat full loan under jaminan Cagamas (program Bank Negara). Dengan syarat harga rumah bawah RM500K, gaji maksimum RM5K untuk single loan dan RM10K untuk joint loan.

Tetapi apakan daya, semua member2 aku lulus loan, semua full loan, hanya aku yang tak lulus semua bank yang aku apply. Banker kata CCRIS aku ada masalah, dia cadangkan cuba apply balik selepas 3-5 bulan. Kawan2 aku semua happy lulus loan rumah, aku menangis bucu katil.

Bulan Oktober 2019, aku cuba lagi nasib apply loan untuk rumawip ni. Banker semak permohonan aku, dia kata,

‘Awak layak apply loan rumah mampu milik BNM, bulan September lepas kerajaan baru sahaja tukar syarat gaji daripada bawah RM2300 kepada bawah RM4360, harga rumah maksimum pula dinaikkan daripada RM150K kepada RM300K.

Gaji awak bawah RM4360, rumawip ni pula harga RM300K, so awak layak apply loan under dana BNM, maksimum rate 3.5%, memang sangat2 rendah. Kerajaan peruntukkan dana sebanyak RM1 billion dan dana ni selama 2 tahun. Dana ini untuk membantu golongan B40 beli rumah terutamanya anak2 muda yang baru berkerja’

Alhamdulillah, akhirnya pinjaman aku lulus, aku dapat rate 3.5%, loan 100% cover sekali dengan legal fees, installment dalam RM1240 sebulan. Kalau ikut rate paling rendah yang member aku dapat, installment dia RM1430 sebulan. Beza RM190 sebulan!!! Kalau 35 tahun, lebih RM80 ribu beza!!!

Ya Allah, nikmat apa lagi aku hendak dustakan. Alhamdulillah. Kerana terlambat beli rumah berbanding member2 aku, installment bulanan aku RM190 lebih murah daripada diorang. Emak aku yang kerja kerajaan pun terkejut aku dapat rate 3.5%, rate loan rumah kerajaan (LPPSA) lagi tinggi iaitu 4%.

Sesiapa yang layak, yang beli rumah tahun 2019-2020, banker akan suggest pinjaman mampu milik dana BNM ni. Antara Syaratnya ialah Rumah pertama, rumah dibeli daripada pemaju, gaji isi rumah/individu bawah RM4360, harga rumah maksimum RM300K. Alhamdulillah, ringat sedikit beban untuk memiliki rumah sendiri.

Sesiapa yang nak beli rumah dan menepati syarat kelayakan, dah boleh usha2 rumah!! Jimat sehingga RM80K!!! Hehe.. Cepat!! Mungkin dana ni habis, takkan ada dah..

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Share via
Copy link
Powered by Social Snap