Istiqamahkah kita untuk berubah?

Harap admin app post ni. Walaupun missF dah penah post sebelum ni heheheh.

Hari ni dah hari ke 15 puasa. Maknanya lagi beberapa hari lagi je Ramadhan nak tinggalkan kita. Semestinya semua orang harapkan Ramadhan tahun ni jadi Ramadhan yang terbaik. Nak dapat Malam Lailatul Qadar, impian umat Islam termasuk hati kecil ini. Tapi bila direnung, difikir dalam2, cukup ke amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ni? Penuh ke puasa kita? *bg yang tiada keuzuran. Kon sisten ke terawih kita? Baru pergi sehari dua dah mengadu penat. Lenguh kaki. Solat pun tak khusyuk fikir bila nak habis. Tak kurang ada yang tersengguk2 tahan mengantuk. Allah, terlalu besar khilaf kita sebagai hamba untuk kita meraih Lailatul Qadar yang didamba semua orang. Bangunkah kita untuk buat solat sunat? Kita mampu tahan mata nak tengok EURO tapi kenapa sukar kita tahan mata nak buat solat sunat? Kenapa kita boleh hafal lirik lagu tapi susah nak baca Al-Quran? Zikir? Kenapa bukan kalimah suci ALLAH yang bermain di mulut tapi umpatan2 yang mampu merobek sanubari setiap hamba ALLAH . Tahu tak bila awak umpat orang, sama mcm awak makan daging saudara awak sendiri. Sanggup ke awak makan daging darah daging awk sendiri? Yang sama2 membesar, bermain & kenal erti hidup sama2? Mungkin hati tak terasa getar tapi cuba awak bayangkan awak meratah daging saudara awak. Sedangkan utk menyentuh arak & daging babi pun kita jijik. Inikan awak yang sanggup meratah daging saudara sendiri. Masya ALLAH. Moga dijauhkan dari menjadi pengumpat. Kita busy main fon, seronok sangat msg kekawan kan. Baguslah kalau untuk bertanya khabar & discuss benda baik2. Tapi lupakah kita di dapur ada seorang wanita yang mengandungkan kita 9 bulan, yang menahan sakit sebelum & semasa melahirkan. Yang terus kuat menjaga kita dgn penuh kasih sayang tgh bertungkus lumus memasak di dapur. Masak seorang diri, awak. Seorang jedari pagi(sahur) . Kalau boleh dihitung berapa titik peluh yang jatuh, tak terkira awak. Yang sediakan makanan fav anak kesayangannya. Mana pergi anak2 yang dijaga bagai ditatang mnyak yang penuh. Iye, mungkin ada sesetengah kita tidak sebulu dgn mak. Tapi itu bukan alasan utk bermalas-malasan. Andai mak sakiti awak, maafkan dia. Sakit hati awk tu tak mampu bayar sakit mak awak bertarung nyawa lahirkan awak. Sekarang bila fikir, layakkah kita nak capai Lailatul Qadr sedangkan hati kita tak istiqamah pun untuk berubah? Benar, hanya insan bertuah je yang mampu dapat malam Lailatul Qadr tapi masih belum terlambat kita sebagai hamba yang byk salah silap untuk berubah. Mana tau Ramadhan ni mampu ubah kita yang tak penuh solat, jd penuh. Yang tak tutup aurat, tutup aurat. Yang jaga aurat mungkin jadi lebih baik dr segi akhlak. Buat yang hatinya sedang bersedih di bulan mulia ini, ingatlah awak insan terpilih. Takde tips utk bagi awak melainkan jaga hubungan dgn Allah & manusia. Insyaallah awak tenang nanti. Percayalah. Sebelum akhiri penulisan, niat saya bukan nak cakap diri ni hebat tapi saya pun sedang muhasabah diri sebab byk sangat khilaf diri ni. Jadi sama2 kita berubah ye. Masa sentiasa ada. Tapi ingat satu ye awak, awak semua. Masa mmg sentiasa ada tapi kita taktau bila ajal kita. Selagi jantung awk masih berdegup, berubahlah awak. Sebab bekalan kita yang akan bantu kita di akhirat nanti. Berubahlah awak, agar awak tak menyesal nanti. Berubahlah awak, agar awak sedia bila nafas awak terhenti nanti. Berubahlah awak, agar mak ayah bangga punyai anak sebaik awak. Berubahlah awak….

-missF

– missF

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *