‘ISU CABUL’ dimana silapnya

Dah lama menjadi pembaca setia iium confession terdetik untuk berkongsi atau memberi pandangan mengenai isu ‘CABUL,ROGOL’ skrg.
ALHAMDULILLAH aku dibesarkan dalam keluarga yg mempunyai 5org adik beradik,2 lelaki 3 perempuan.nak kata keluarga yg teramat bahagia tu x lah sbb memasing akn ada msalah keluarga tersendiri ,xperfect tp disini ak nak sentuh isu AURAT sesama adik beradik dan dalam keluarga aku ALHAMDULILLAH dikurniakan abah yg sgt prihatin dgn aurat anak2 perempuan dia.
Dari kecik memang abah larang anak2 dia pakai jeans,hatta nak pakai seluar biasa bila nak kluar rumah pun abah xberapa suka.kadang2 x dgr cakap pakai je walaupun kena larang.tudung memang sah darjah-darjah lagi dah wajib pakai,nak dijadikan cerita abah aku ni,anak2 nak bergaya tudung fesyen2 pun dia xbagi.maksudnya selepang tudung,dulu2 mmg trending pakai bawal pastu letak dekt ats kpla la,angkt letak dekt bahu la dan bila aku kakak dan adik bersekolah agama,masing2 dah faham penjagaan aurat secara xlangsung.walaupun bersekolah agama kami masih on off tudung labuh juga stoking.sampai 1 tahap semua dah habis sekolah menengah faham sendiri kenapa kena tutup aurat sepenuhnya dan kenapa abah larang itu ini.
Seterusnya hubungan adik beradik perempuan dgn lelaki.aku ni jenis clingy juga,rapat dengan abang mungkin sebab beza kami hanya 2 tahun .kalau boleh tidur pun nak sekali masa kecik2 tapi nenek,mak setiap kali aku nak tidur sekali dgn abg mesti kena larang katanya x elok kamu dah besar dah nak anak jadi anak dara pun,masa tu buat-buat faham je nasihat tu maklum la umur sekolah rendah.di situ family ak cuba letak jarak antara adik beradik laki dan perempuan seperti yang islam sarankan.
Mak aku kalau kami nak berseksi2 dekat rumah pun kena jelling-jeling,maksud aku pakai singlet sahaja n seluar pendek yg atas lutut tu.secara xlangsung aku adik perempaun kakak memang segan nak berseksi2 dekat rumah,even depan tv pun kalau baring-baring tiba2 abah muncul atau adik beradik laki, cepat2 bangun sebab timbul segan.maklum bila kita baring pun dah nak sosok tubuh kita yg bahagian dada ,xpun pinggul.paling simple pun ambik kain kami tutup part yang sepatutnya.dalam situasi memaksa untuk tidur sekali bila balik rumah nenak ke apa memasing akan cuba selimut badan sebaik mungkin.
Aku perati jugak jenis yang yang tanpa segan silu keluar bilik air BERKEMBAN walaupun dgn adik beradik laki.yang ni aku tgk sendiri bila balik cuti raya sepupu perempuan slumber badak je kluar berkemban.kita yg terasa segan even dgn adik beradik dia je pun.tapi aku xsalah kan diorang.kami adik beradik nak berkemban depan abah abg adik pun segan yarabb.kalau nak keluar bilik cari baju pun intai dulu abah abg adik ada x kt ruang tamu ke memanalah,xada baru lari2 g bilik sebelah nak cari baju ke apa.mak aku geleng kepala je tgk bila anak dara dia buat camtu.haha.Apa-apa pun semua ni xmenjadikan aku dgn abang adik laki xrapat,kami sgt rapat.abang aku pun sekarang dah anak 2,adik laki aku dh 23 even xpernah couple kalau dia suka memana perempuan mest nak cerita dekat mak aku.hai la adik..terima kasih abah mak didik kami sebegini walaupun kita sekeluarga juga masih punya masalah.
Meleret dah confession aku,apa yang aku cuba nak sampaikan dekat sini jangan pandang remeh ISU AURAT SESAMA ADIK BERADIK, TANAMKAN SEDIKIT JARAK ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN supaya LELAKI tidak memandang adik beradik perempuan mereka sebagai suatu ‘OBJEK SEKS’ semata malah timbul rasa hormat nak protect adik beradik perempuan dan juga anak2 perempaun diorang bila dah berkeluarga nanti.perkara yang dipandang mudah oleh sesetengah ibu bapa atau individu sebenarnya ada impak yg sangat besar bila kita membesar KERANA IA TERDIDIK DAN TERBINA BERMULA DARI ASAS INSTITUSI KEKELUARGAAN itu sendiri.
Aku masih xnafi dlm dunia sekarang byk penyumbang lain tapi aku masih berfikir institusi keluargalah penyumbang terbesar dalam mendidik.apa-apa pun moga wanita diluar sana yg teraniaya kita masih ada peluang dan ruang untuk DIDIK KELUARGA KITA SENDIRI DENGAN METHOD KITA SENDIRI.
sorry panjang pulak confession aku.moga apa yg aku mengarut kat atas ni ada orang nak baca 

– miss m

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

10 Comments

  1. Silapnya sebab lelaki xhormat perempuan. Baguslah klu dalam institusi kekeluargaan tu dah ajar benda macam ni. Tapi menutup aurat, jaga aurat sesama adik-beradik belum tentu dapat membendung kes cabul, rogol dan sebagainya. Cukup-cukuplah hanya expect anak perempuan yang kena perfect segala-galanya ajarkan sekali anak lelaki kenapa dorang kena hormat perempuan?kenapa dorang kena tolong jugak kemas rumah, kerja dapur dan sebagainya nak melatih supaya hormat perempuan. Ajar anak lelaki supaya jangan merendah-rendahkan kaum perempuan dan buat komen hanya perempuan yang layak duk kat dapur. Sedikit sebanyak benda ni mengajar lelaki hormat perempuan. Dan isu cabul, rogol dan sebagainya bukan sebenarnya sebab x boleh kontrol nafsu semata-mata tapi lebih kepada nak insert dominance ke atas perempuan. Sekian.

  2. Di mana silap nya? Kalau dlm institusi keluarga mmg ketua keluarga wajib mainkan peranan. Mcm family awak.. mak ayah alhamdulillah jaga bab aurat sbb ada kesedaran agama. Tp malang kpd family yg ibu bapanya tidak atau kurang kesedaran agama. Tu pasal la penting belajar dan faham agama sebelum menikah. Tapi tu semua kehendak Allah.. kita cuba la baiki mana yg kita boleh baiki. Cuba belajar drpd kesilapan org lain.. wallahualam..

  3. aku setuju dengan confession ni…tapi aku tak lihat ia sebagai satu isu yang utama..

    Zaman teknologi ni…dunia merentasi zaman…ibu bapa kurung anak 22 jam..2 jam di luar mcam2 anak dapt dengan internet..dgn kawan..

    Bagi aku semua kne main peranan…yg ibu bapa bila dh terjadi sekali ap solusinya…yg isteri kalau dah jadi sekli ap solusinya…dan cukuplah masyrakt yg memandang wanita yg ada kisah silam sbgai jahat…kerana pemikiran masykrt yg x membela..mangsa takut nak bersuara…mangsa takut berdepan masyrakat

  4. Biasa kes rogol cabul ni, terjadi faktor utama mungkin jugak disebabkan kurang didikan agama..tapi kalau tengok banyak2 kes, boleh tahan jugak yg terlibat ni pak2 ustaz bilal2 yg sememangnya dapat didikan agama kan..jadi aku rasa mende ni mula2 kena ajar anak2 lelaki hormat perempuan. Bab aurat tu memang kena jaga..tpi jangan tekankan penjagaan aurat perempuan je, tekankan sekali anak2 lelaki supaya tak melihat perempuan sbg objek tapi sebagai manusia.. jadi kalu diorg jumpa perempuan pesen mana pon diorg akan cuba hormat tak kira siapa.. skarang ni yg kes haruan makan anak pon banyak which is faktor utama bukan aurat yg terdedah..bila anak kecik jadi mangsa, kita tau ini memang hasil dari nafsu dalam diri mereka yg tak dapat dibendung.. tak mampu control diri. So.. kena betul2 tau la punca masalah tu dari mana. Sy rse dalam waktu moden skarang ni..sbhgian wanita malaysia dah buat yg terbaik dalam menjaga aurat..org cakap, pakaian appropriate la..tinggal kita nak didik kaum lelaki je biar nampak perempuan tu sbg kaum yg perlu dilindungi..bukan sbg objek seks.

    • I pun setuju dgn pendapat you.Isu nak ditekankan disini adalah lelaki itu sendiri.Ok kalau nak difikirkan kebanyakan confessor yg pernah dicabul tu mereka dicabul dr kecil which is since primary school lg.You boleh bygkan tak mcm mana bdak2 darjah 1 2 yg kita tgk comel tu tiba-tiba dirogol.I mean diorg pun belum ada apa2 lg,baligh pun belum..Mcm mana si pemangsa pandang diorg as a woman sedangkan diorg ni hanya budak kecil comel yg tak tahu apa2?I think Maybe this is abt philodophia cases or whatever it calls…

  5. Tak perlu kot nak Alhamdulillah-Alhamdulillah terang-terang kat sini. Ucap dalam hati sudah. Takut nanti kawan-kawan yg nasib kurang baik tu sakit hati baca confession ni. Anyways, good one.

  6. Saya siap bawak baju masuk bilik air kot hahaha..nice,Alhamdulillah saya pun dri keluarga seperti saudari saya 3 lelaki dua perempuan..semoga kita sama2 istiqamah menjaga aurat dan hubungan sesama keluarga,aamiinn

  7. Saya di ajar oleh mak pasal aurat..kami adik beradik semua habis sekolah smpi spm..semua sekolah agama masa kecil..silap kat sini jujur bukan kurang didikan agama tetapi lelaki x diajar utk hormat perempuan… saya tahu sebab cabul tu yg jadi kat saya..even saya tidobkat rumah sendiri katil sendri…dia boleh masuk bilik senyap2 nak cabul..masa mak saya sakit tau…betapa x waras nya dia…yg kelakar dia selalu hina saya bodoh sbb belajar smpi spm je..dia ade diploma je pun…tapi perangai mengalahkan anjing…sekarang dah bahagia dah kahwin…anak pun dah 5 tahun dah..saya mengadu kat ayah dia xpeduli xpercaya pun…mungkin kena campak duit kat muka kot baru percaya..tapi saya stress saya hust buat report polis..jujur yea..polis dan doktor pun ramai yg bodoh…so waktu tu saya stress saya xteruskan report tu…masa tu pun mak saya dah sakit teruk so saya risau…sekarang mak saya dah meninggal saya still xteruskan report tu tapi saya harap dia dapat bala setiap hari dalam hidup dia..amin…dan saya foa dia mati jijik dan hina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *