Isu Duit Punca Rumahtangga Musnah

Hi semua.. saya baru berkahwin selama setahun lebih belum sampai pun dua tahun, dah dikurniakan seorang anak.

Selama setahun lebih berkahwin ni saya tak pernah rasa bahagia.

Selalu pendam, selalu sakit sendiri, selalu menangis sampai kadang kadang saya sendiri mempersoalkan apa sebenarnya erti bahagia tu?

Bila tengok orang lain bahagia, saya selalu berharap yang satu hari saya akan rasa bahagia macam tu.. tapi tak semakin hari semakin sakit perasaan saya.. saya selalu bertahan demi anak saya je.

Kami selalu bergaduh sebab isu duit. Saya ni housewife dan tak berkerja. Walaupun macam tu, saya guna duit nafkah saya untuk tolong suami. Padahal duit nafkah tu patut saya simpan untuk diri saya sendiri.

Tiap kali masalah duit suami cari gaduh dengan saya, jadi baran, sakitkan hati saya..

Kadang saya fikir kenapa saya dapat nasib macam ni, padahal mak bapa saya jaga saya dengan baik tak pernah sekali pun sakitkan hati saya.. tapi orang lain berkali kali sakitkan hati saya.

Banyak kali dah saya fikir untuk bercerai, lebih baik saya hidup sendiri dengan anak dari selalu disakiti macam ni..

Entah apa yang saya fikir untuk terus pertahankan rumah tangga ni dan berharap benda yang tak mungkin terjadi.

Suami selalu salahkan saya bila ada masalah duit tanpa dia mencari solution untuk dapatkan duit..

Sampai mas kahwin saya semua saya dah gadaikan untuk bantu dia.. tapi saya pelik dia tak pernah hargai.

Bila duit habis je mula la naik angin, marah marah cakap saya tak fikir yang dia tengah stress fikir nak bayar ini itu. Habistu saya? Dia tak fikir saya penat jaga anak tiap hari..

Ikutkan wife orang lain tu lagi la langsung satu sen pun tak tolong suami. Entah la mungkin saya ni terlalu baik selalu memaafkan sampai kena pijak kepala.

Saya cuma harap saya di beri kekuatan satu hari nanti untuk tinggalkan rumahtangga ni dan bahagia dengan anak saya, anak saya adalah segalanya bagi saya..

Satu satunya kebahagiaan yang saya ada sekarang. Kadang bila saya menangis anak saya la yang akan buat saya happy balik.

Kepada lelaki kat luar sana hargai la pasangan yang selalu ada susah senang dengan awak, jangan sampai satu hari bila hilang baru nak menangis baru nak hargai sebab pada hari tu nanti mungkin dia dah bahagia tanpa awak.

Dan mungkin orang lain kat luar sana lagi boleh bahagiakan dia berbanding awak.

Bila perempuan dah tawar hati dia akan boleh hidup tanpa awak, jangan ingat sekarang dia ada dan selalu memaafkan dia akan sentiasa macam tu sampai bila bila..

– Nadha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *