Kewujudan Jemaah bertujuan baik dengan tujuan antaranya untuk membina budaya gerak kerja berpasukan . Ia juga bertujuan melahirkan generasi yang prihatin dan beramal dengan usaha dakwah yang sebenar.
Selain daripada tujuan utama untuk meletakkan islam 'on the ground' berasaskan al quran dan sunnah dalam segenap aspek bukannya hanya berteori aje .
Memang tak dapat dinafikan masalah peribadi adalah masalah peribadi seseorang , jemaah tidak boleh dipersalahkan .
Ekstreme atau taasub atau wala' membuta tuli kpd jemaah atau pimpinan jemaah atas kapasiti syakhsiah tertentu memang satu perkara menjelikkan sehingga kemuncaknya dilihat memperalatkan agama untuk kepentingan satu satu jemaah .
Utamakan 'orang kita dulu' tanpa memahami maudhu' dakwah dilihat berada dalam pasaran utama ahli2 jemaah yang akhirnya jemaah dilihat dengan pandangan negatif oleh masyarakat awam .
Oleh itu, kita sebagai 'rijaluddakwah generasi kedua' perlu berhati hati supaya kita tidak tersasar dalam penglibatan kita sebagai ahli jemaah . Ini adalah kerana 'madhuwwin' yang merupakan sasaran dakwah kita sedangan menanti nanti sentuhan daripada kita .
Urusan 'kejemaahan' atau dalaman satu satu jemaah tak perlu di 'published' oleh setiap ahli jemaah dengan penuh rasa penuh 'accountability' kerana perkara ini bukannya 'keutamaan' malah dibimbangi boleh menyuburkan lagi suasana fitnah atau persepsi negatif.
Kewujudan dan pertambahan jemaah jemaah di Malaysia khususnya, pastinya tidak dapat dielakkan malah sepatutnya dilihat dengan pandangan positif , penyuburan budaya perbezaan pandangan, pendekatan dan strategi dakwah yang pelbagai, semangat meraikan dan bertolak ansur dalam gerak kerja dakwah .
Persaingan antara gerak kerja jemaah mestilah diihat dan ditanam dalam hati ahli ahli jemaah sebagai persaingan positif yang menepati ayat alquran iaitu 'Fastabiqul Khairat' yang memberi motivasi supaya semua ahli setiap jemaah supaya bersungguh-sungguh melakukan kebaikan termasuklah berfikiran dan berpemikiran positif .
Di samping itu, jauhkanlah daripada label melabel , kata mengata , caci maki, sindir menyindir dan umpat mengumpat samada secaravlisan atau pun tulisan kerana ia boleh merencatkan perkembangan usaha dakwah dan merimaskan mad'uwwin dalam mengenaili islam atau jemaah islam atau beramal dengan islam.
Bersambunggg ..
Mengkelan.Com
– Jemaahadalahwasilahaje
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
https://www.facebook.com/suara.alazhar/videos/602151003284446/