Isu mahasiswa – 1:27 PM

Isu mahasiswa

Assalamualaikum. Isu mahasiswa tahan lapar, tak ada duit. Mudahnya orang menghakimi. Bukan semua mahasiswa jenis yang suka membazir. Kita tak tahu masalah orang. Masalah keluarga, masalah kewangan. Tambah dengan keadaan ekonomi sekarang ni, jangan cakap la.

Mohon sangat insan-insan yang dah graduate dan dah kerja tu jangan bandingkan zaman anda dengan zaman sekarang. Keadaan ekonomi sekarang teruk. Ptptn tak akan pernah cukup. Aku setakat ni alhamdulillah masih mampu makan walaupun kadang makan maggi sebab aku nak elak keluarkan duit sebab sekali keluarkan duit, sekejap sangat habis, sampai tak tahu duit tu pergi mana.

Tapi aku tahu disekeliling aku ada insan yang ikat perut sebab memang tak ada duit. Jadi tolonglah hentikan tomahan terhadap mahasiswa. Aku ulang lagi sekali, bukan semua kaki membazir! Bukan semua anak orang berada tunggu call mak ayah bank in duit.

Aku sendiri berasal daripada keluarga yang susah, tapi alhamdulillah Allah mudahkan urusan aku. Kepada mahasiswa yang sedang membanting tulang mencari rezeki, aku doakan kalian bersabar dan semoga Allah mudahkan urusan kalian.

?

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *