Salam.
First, aku lelaki. Selama ni aku sekadar jadi silent reader je dalam page ni. Jarang rasa nak komen apa-apa bila baca confession kat sini sebab biasanya org lain dah komen dulu apa yg aku fikir. Tapi buat pertama kalinya aku rasa nak tulis kat page ni bila baca confession pasal teman lelaki yang dah terlanjur dgn ex-gf dia.
Mula2 bila baca confession tu aku rasa biasa je sebab boleh agak apa komen para reader sebab banyak confession yang lebih kurang kes dia cuma terbalik bila confessor selalunya adalah lelaki teruna dan yang terlanjur tu adalah pihak perempuan. Tapi rupanya aku tersilap. Bila baca komen2 especially beberapa komen dari female reader terus aku jadi confuse. Bengang, marah pun ada.
Ok, bagi yg belum baca pasal confession tu, biar aku terangkan di mana kebanyakan dari komen tu suruh tinggalkan je lelaki tu sebab dia dah pernah terlanjur manakala confessor pulak masih dara. Siap ada yang komen, "selera ke dengan sisa orang?". Lebih kurang macam tu lah ayat dia. Dan contoh komen lain "pandai bila nak kawin cari yang dara je". Aku macam.."Eh, kau ingat mamat tu periksa dulu ke dara perempuan tu sebelum diorang bercinta?"
Seingat aku, mostly female reader akan bash confessor lelaki teruna yang hesitate samada nak teruskan hubungan dengan wanita terlanjur. Malah ada yang suruh dia lepaskan sebab wanita tu deserve lelaki yang lebih baik yang boleh terima dia seadanya. Ada jugak yang hentam confessor tu konon acah2 alim dan macam2 lagi. Macam tu jugak bila ada confessor perempuan yang dah tak ada dara dalam dilema nak ceritakan perkara sebenar pada bakal pasangan diorang. Macam2 supportive comments diterima dari para reader. Sebab dia dah berubah, dah bertaubat so suruh tutup buku lama buka buku baru. Secara ringkasnya, tak kisahlah masih dara ke tak, tak penting, yang penting dia dah bertaubat so dia deserve lelaki dari kalangan yang baik2.
Berbalik pada confessor tu yang ragu2 nak teruskan hubungan dengan lelaki terlanjur ni, honestly aku expect yang kebanyakan reader akan suruh dia terima lelaki tu sebab dia dah berubah. Dan aku yakin dia betul2 ikhlas dan serius dengan confessor tu. Fikir sendiri, lelaki boleh je diamkan status 'teruna' masing2 sebab bukan boleh detect pon masa malam pertama. Tapi, lelaki tu jujur bagitau kisah silam dia pada confessor. Tu bermakna dia betul2 nak confessor accept dia, dan kesilapan dia. Ada jugak yang suruh lelaki tu bertanggungjawab dgn ex-gf dia tu, yang mana aku pun setuju tapi ada kemungkinan jugak ex-gf yang dia dah terlanjur tu dah move on dan dah kahwin dengan lelaki lain(mungkin masih teruna). So teruk sangat ke lelaki yang dah terlanjur ni sampai tak boleh kahwin dengan perempuan yang masih dara? Alangkan ada female confessor yang dah banyak kali berzina dengan bermacam teman lelaki pun ramai je female reader yang support bila dia nak kahwin dengan lelaki teruna yang baik2, sebab dia dah berubah dan bertaubat. Tapi peliknya kenapa bila situasi terbalik jadi pada lelaki rata2 komen tak support pulak?
So apa yang aku nak sampaikan kat sini, kenapa ada double standard bila isu wanita terlanjur dengan lelaki yang terlanjur ni? Seolah-olah cuma perempuan yang dah terlanjur je ada peluang kedua untuk berubah dan dapatkan lelaki yang baik2 dan masih teruna sedangkan lelaki yang dah terlanjur ni cuma layak dapat wanita yang dah tak ada dara. Pada aku, as long mereka dah benar2 bertaubat, masing2 berhak dapat pasangan yang baik, tak kisahlah dara ke, teruna ke, atau yang dah terlanjur jugak. Siapalah kita ni nak judge jodoh diorang ni dari kalangan mana. Oh, lagi satu apa yang aku pertikaikan kat atas pasal komen yang support pada wanita yg dah terlanjur tu bukan bermakna aku judge perempuan tu, cuma aku nak tunjuk komen double standard daripada para reader sebelum2 ni. Aku tak pernah nak beza-bezakan wanita single yang masih dara atau tak. Bagi aku sendiri, sifat dan sikap kriteria utama untuk aku nak cari calon nanti(yes, i'm still single). Tak kuasa aku nak cek dia masih dara ke tak. Sebab apa? Sebab aku sendiri ada beberapa kawan perempuan yang dah terlanjur ni. Dan takde sekelumit pon perbezaan layanan aku pada diorang sebelum dan juga selepas aku tau pasal diorang pernah terlanjur (diorang tak tau pun aku dah tau pasal tu). Kalau ditakdirkan salah sorg dari diorang ni jodoh aku pun aku terima sebab aku percaya Allah dah tetapkan yang mana terbaik untuk aku. Aib dia tu biarlah antara dia dengan Allah, bukan terletak pada kita nak tentukan status dia tinggi atau rendah.
– Pogo
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
perbuatan zina diindahkan dgn perkataan terlanjur…
guys, rilek2. bawak bertenang. korang kena ingat, dalam apa2 jua keadaan, lelaki sentiasa salah.
kbai.
HAHAHAHAHA. JANGAN GADUH DENGAN PEREMPUAN LAH. PEREMPUAN WILL ALWAYS WIN. KAU CAKAPLA APE PUN ???
Terus menderu rasa simpati dekat kaum lelaki lepas baca komen ni hahha
Lelaki salah sebab ambil kesempatan ka prempuan yg bangang. Lebih tepat.
Boley ambik kesempatan..nt ambik je tiket ke neraka law xsempat taubat..simple.
Nabi dh kata wanita adalah FITNAH TERBESAR..ada paham??so atas iman kita la..law atas nafsu sume kita nk layak..tp hati2 la..sbb ape yg kita buat kita akn dapat..xadik perempuan kita anak kita..jgn smpai bini ang pon makan luar..sy tegur tok sy beringat..maaf salah silap..selamat hari raya..hehe..soory ea
Hamzah Mohd Borhan everywhere.. damn..
ok. biar aku terangkan. cmni weh…laki mlyu bkn spesis yg sng berubah. dorg salunye berubah acah2. ade big probability dia bole revert ke perangai dia yg dlu. tp, prmpuan plak, skli dorg da brubah, dorg mmg btol2 brubah. dorg insyaAllah xkn jd cm mse dlu. sng cite, laki mlyu ni jnis yg malas b’pk.
ckop ar tgk bab solat weh. prmpuan lg ramai solat bbanding laki. nmpk yg prmpuan pk psl agame tp laki x ramai weh. x ramai. aku tgk pon malu ngn kaum laki. nasib bek aku bkn lahir2 jd laki. malu doe. pstuh en, aku klo dga de sspe pregnant n ank tu gender laki, aku kesian ngn prmpuan pregnant uh. sbb anak laki salunye bmasalah.
aku tgk kwn2 aku especially yg adikbradik prmpuan je or sorg je sibling laki, idop dorg aman damai. x macam yg siblings sume laki or rmi laki. bbeza sgt weh. aku ni mmndgkn sorg je prmpuan yg len laki, bole kate aku da kire expert da psl laki.
so, to answer ur question, mmg ade double standard. sorry bro, aku xde niat nak sakitkn ati or kecikkan ati mne2 laki but this is the truth.
again, I’m sorry..
Jenis bukan buat bini.otak kampung parit dusun.??
knp parit dusun?
Ihsan Amin aku sendiri pon xtahu kpg parit dusun wujud ke x..hahaha sng ckp mmg blh tahu budak ni duduk bawah tempurung.
Kau pakai logic apa? ?? confirm suda otak kau tabole pakai. Tolong reboot haha idiot. Sendiri punya logic yg tah apa2 tiba2 claimed ‘this is the truth’. Expert pasal lelaki konon. Aku menyampah betul la feminist mcm kau ni yg suka kasi own species a bad name. Diam2 je la situ. Your 2 cents tabole pakai untuk topic ini. Untuk mengumpat dengan jiran sebelah ataupun kawan office boleh.
ye meh ..sllu org ckp anak laki la bgus .it depend on what ur parent teach their kid .to be better or hancus … laki pompan sama je .tade beza .
Senang je kawan2.. berhenti generalisasi kan sesuatu sikap kepada sesuatu kaum.. macam susah nak berubah kepada kaum lelaki, etc… salahkan kepada individu. Begitu lebih adil dalam kita nak hakimkan manusia
Lahanat punya komen..hahaha,suka2 kau je ckp perempuan lg ramai yg solat dr lelaki..kau tgk adik beradik kau mls solat kau claim semua laki mcm tu..manusia ke apa punya comment ni..hahaha
Anak sapa atau bini sapelah ni?
Wow. Tuhan komen. Kau lebih tuhan dari tuhan.
tu sbb persekitarn awk yg cmtu so jgn nk samakn ape yg awk nmpk. acah ecpert je. cousin sy family dia semua laki elok jer semua bnde dorg bole wt dr keje perempuan n lelaki n solat jaga je. tlg pegi tmbah ilmu. yg awl rse bermasalah tu semua sbb individu bkn jantina seseorg.
what?!this is the truth?expert?watde..sembang mcm ada scientific findings..its just ur opinion based on ur xperiences la cik kak..dont overgeneralize
Ni ambk statistik dri mane or just assume je ke?
Tlg bertenang. Fake profile jenis xda gambaq laguni mmg tujuan dia nk jd keyboard worrier. So jgn dlyn
Aku rasa pertimbangan si asha anwar ni ada berat sblah la..ada je ppuan awalnya nak brubah..bila dh diterima seadanya..sikap dia caaam tuuu jugak..xde beza..tp jd lbih teruk dr sblum diterima..
Brubah seseorg tu bukan pada jantinanya..tp pada niat dn amalannya..jangan hina org disebbkan jantina..sebb masing2 bpasangan2an..
Lelaki wanita kalau nak banding pada peel perangai..mmg la x sama..tp mukjizat allah tu kan x kenal org..jantina..dan pangkat..semua org boleh berubah jika bersungguh2..
Reaksi korang ni macam mengiyakan aje dia punya generalization. Relaks dah la. Reply dgn facts dan logic. Kalau guna emosi, macam sama je dgn dia. Klaka korg ni.
anak sapo la ni..
Logiknya tak berasas. Acah2 doktor fb sangat. Adik perempuan aku aman damai je dari kecik. Takde pulak otak masuk air acam awaa. Ehh
Bagi kami pihak lelaki..kami tolak anda untuk jadi lelaki..please refer other gender.
Disebabkan bbrpa kerat yg x elok, habis semua laki berjuta kt Malaysia ni jd mcm tu. Emm. Ye mmg dorg semua tu sme je perangai, semua x solat, semua malas, semua xleh berubah, semua sama. Please jgn kawin langsung dgn laki. Bahaya.
Mmg bill gates, steve jobs, dr mahathir, hilal asyraf, mufti negara, imam negara, dan pelbagai tokoh2 dalam pelbagai bidang org perempuan punn.. tapi dalam mimpi kau je lah
Haha,, dah ada phd la kot pasal lelaki. Ok je family aku laki ramai…logik akal 200% nie
Bg aku pompuan xyh ambik risiko. klo laki tu xberubah,yg merana pompuan gak. So baikla ko usaha cri yg baik. Klo jd jnda pon paling x ko dh cuba yg tbaik. Dpd ko dh tahu laki tu sisa org, ko bkorban terima dia pastu prangai dia xberubah. X ke sia2 pgorbanan ko tu. Lgpon isu pasal sisa ni sape dlu yg bangkitkan? Pompuan touch n go la, wt sedap2 la, lelaki sejati xknpndg masa silam pompuan tgn di bahu la.. ni sume sape yg mula dlu. Dh lama pon dr dlu. So skg ponpuam dh ada kesedaran tau plak terasa. Mase kenakan pompuan dlu, xde pk pon double standrd ke ape.
“aku ni mmndgkn sorg je prmpuan yg len laki, bole kate aku da kire expert da psl laki.”
fml
Cik Adik mohon bezakan pendapat yang disertai pengalaman luas dan pendapat disertai kecederungan peribadi
Oh ya, lelaki melayu seperti saya ini tidak akan menjelikkan wanita melayu yang lain hanya kerana adanya satu wanita melayu yang bermasalah hingga sanggup menjelikkan lelaki melayu keseluruhannya
Mohon jangan kahwin dengan lelaki melayu kami tak layak untuk cik adik :)
Hmmmmm..nice word to say bro
Zina itu adalah dosa besar. Jangan hampiri zina. Pesanan buat semua…
Astaghfirullahalazim… Sedih betul dgn masyarakat kita… Maksiat bermaharajalela…
Kan,macam takde apa
kau ada kawan .tp kau belom ada bini yg telanjur . terus trg aku ade kawan pmpn yg telanjur .bila kawen .laki dea tau yg dia takde dara .pastu kau tau ape laki dia buat ? ari3 sindir kawan aku pedas2 .spai makan hati kawan aku .depresss ..hmpir na bunuh diri sbb trauma .. masa laki dia ckp mcm tu dia lari ke rumah aku nangis2 .. aku jaga dia .malam masa dia tidur pon dia nangis ..ksian kawan aku .. skrg dia msing lg depress .. n laki dia cerai and aibkan kat kluarga dia n mertua dia . mlu dia . ex mertua sindir ckp aku habis beribu nak aanak aku bahagia last skli dapat durian busuk yg ditebuk tupai . apa kau rasa msa tu … aku tau manusia ni takpena lari dari buat silp .. tp takkan kita sbg manusia takbole na maafkan .. hmmm .. sedih aku tgk keadaan dia .bukan ta cntik ..kerana telanjur org buat dia mcm tu ..
Kes cmni patut bgtw bakal laki. Sbb niii laa contoh yg akn brlaku
Hopefully wife tu akan dapat husband yg lagi baik drpd ex-hubby dia tu. Asal takde dara jer nak cerai. Suami tugasnya membimbing. Allah dah bagi dia satu ujian utk dia belajar menerima, memaafkan, membimbing dan menjadi kekuatan kepada seorg perempuan yg dah sedar & insaf atas kesalahan dulu. Tapi lelaki ni pilih utk lari dari dugaan… Lelaki ni spesis kahwin sebab seks, bukan sebab diri perempuan tu sendiri.
Sb tu aku tekan kt cni, pompuan jgn mudah trima laki bks2 org. Ni slh satu contoh, bila pompuan bks2 org, merana pompuan tu laki kejekan. Klo laki bekas org, ape pompuan blh bt kt laki mcm ni? Ape2 hal kesan kna kt pompuan gak. So pandai2la nk idop.
cmne suami dia boleh tahu dia xdara? bkn ke lelaki y dh pernah sentuh perempuan je tahu dara ke @ x? entah2 suami dia pn.. (xmo la tuduh2 kan)
Blh tau klw pmpn 2 xad dara.sbb laki dia ad kelebihan 2.kita perempuan je yg xad kelebihan blh tau dorg ad teruna ke x.lg 1 selalunye perempuan yg xad dara ni emmm longgar pas2 mcm bpengalaman.( maaf jika lucah)
Ulasan dr kwn2 lelaki sy..
Sb nye dia dh rase yg dara dgn xde dara. Kelebihan apebendanye. Hebat btol ada klbhn bagai. Pcaya sgt dia punye temberang tun
” pilihlah lelaki yang baik agamanyaa . Bilaa dia memarahi tidak akan menghina , bilaa dia mencintai diaa akan memuliakan . ”
– hasan basri –
yeee setujuu. Dia dah rasee dah la tuu.. lelaki kalo xde pengalaman xkan tahu. Huhu
lelaki yg tak pernah buat “ehem” tu pon bleh tau pompuan tu maeih dara ke tak , sbb lelaki ni cenderung “kongsi ilmu” bila dah lepak sesame ..
alahai kau pmpuan naifnya..
dalam google pn jumpa laa
jenis2 dara.. bentuk.. rupa.. ciri2.. ape yg spttnya jadi mlm pertama..
tu kau taktau, ada kitab2 ilmu yg mengajar bende2 mcmni..
alaahai sedih kau @NurKahfi
naifnya kau sampai tuduh menuduh..
Bila lelaki cuma khwin sebab nak dara wanita bkn hati nuraninya.
Lelaki ego mcm ni lah.Puihhhh.
Moga kwn ko jmpa lelaki yg lbh baik dan menerima dia seadanya.Tkpe pas jd janda xkn ada isu dh psl dara
Sbnrnya cukup Allah bagi jawapan&guideline surah An-Nur ayat 1-3…. Klo kita nk ambik tindakan yg lain dari tu, atas tgjwb & pertimbangan diri kita sendiri… Jika pasangan menolak, itu mmg hak masing2… Jika kita btl2 dh berubah, xperlu kita buka balik aib kita yg dh lepas sbb Allah sendiri dh tutup aib kita….tp klo nk bgtaw jgk, itu pn tpulang pd psgn msg2..Islam ni mudah n adil…
Well said pogo. Ramlal mana ? Mendobi ? Hahahaha
Sokong juga cara kau cakap tu bro cuma aku risau gak laki tu tak berubah.. Sebab lelaki laim sikit dr perempuan bila kata nak berubah. Apa pun aku sokong kau juga..
Sama la mcm aku. Aku ada kerisauan yg perempuan yg mengaku daj taubat tu taubat kejap je. Sbb ada fakta aku jumpa kata percentage wanita curang kat dunia ni Malaysia juara. ??
Definitely bro. Xperlu nk rasis sgt. Y jahat ke baik ke ada je laki n pompuan. Bukan pompuan je baek llaki xde y baik. Kemon la. Say no to #racism
Sekarang ni banyak aje isu perempuan curang timbul, sampai siap suami kena letak cctv dalam bilik sendiri. Ko bayangkan, turn out betul, dgn technician baiki paip pun jadi…cuaknya rasa nak cari calon.
Alaaaaa korang ni jgn la terasa sangat aaaa pasal percentage curang tu tak betul okay hahah memandai je kaji ??? tkde la racist cuma pd pendapat saya lelaki ni susah sikit berubah tu je tp tak semua lelaki ok dah dah jgn condemn ??
same la perempuan ni susah sikit nak berubah tu je tp tak semua pompuan ok , dah jgn double standard ☺☺☺☺☺☺
HAhhahhhaha
Menunjukkan masalah social d malaysia ni semakin teruk samada pelajar n yg sudah bekerja..macm bangga plk duk cerita2.
Aku sedih sebenarnya sbb ramai sangat yg terjebak dgn terlanjur @ berzina nih..tahu tak dosa zina akan diampun bila direjam sampai mati kalau dah kawen dan disebat kalau tak kawen..itu kalau ikot hukum allah lah..tapi rahmat Allah luas berdoalah bila kita benar2 bertaubat Allah ampun..maybe selamat kat sini kita bimbang kat sana nanti..disbbkan kita guna perkataan “ter” mcm bende tu remeh terlanjur..seolah-olah tertumpah,terjatuh seolah kita buat bende tu tanpa sengaja..Setiap dari kita diberi peluang yang sama manfaatkan sebaiknya..Allahuakbar..
Klo lelaki tu berubah? Klo x? Ko nk tgung risiko lepas pompuam baik tu jd bini dia? Ko nk tgung risiko dia di 2, 3, 4, 5 kan..? Ko nk tgung risiko dia d jandakan dgn ank bderet? Ko nk tgung risiko dia d sepak terajang? ko igt sng nk berubah? bg pompuan aku mmg xsetuju n xsuka korg pilih lelaki yg bekas2 org sb effect pd pompuan jgak. bila pompuan dh kawen, ko kna igt kehidupan dia lps tu dlm tgn suami. Untg nasib pompuan klo laki tu xberubah mmg meranalah idop ko. So bg aku, pompuan, lebih baik ko slmtkn diri ko. jgn ambik risiko. kena igt, rmai yg hina keji pompuan tlanjur ni lelaki ” lelaki sejati xkn pndg mase silam pompuan, tgn kt bahu ” “pompuan touch n go” dr mane dtg sume quote2 yg myakitkn ht ni?. Perempuan, pk baik2. Pk pk n pk.
Akhirnya ada jgk yg perasan benda double standard ni..
Maybe kena tgk dlm konteks power relation. Lelaki selalunya akan ada lebih power dlm sesuatu hubungan. Jadi risiko dianiaya utk perempuan yg kawen dgn pasangan jahat lagi tinggi berbanding lelaki. Sbb tu la kot most people will have the tendency to side with women’s side.
maybe
Benda ni lah yg cuba nk rungkaikan dr semalam lepas baca. Terima kasih sb masih ada org yg perasan benda ni semua
Lelaki dan perempuan (bujang) yg berzina kena sebat 100 kali.
Dan yg dah berkahwin kena rejam sampai mati..
Hahaha…jgn bergaduh nga prmpuan, kita lelaki akan kalah…so, diam jer lah…klu bising nti, feminism buat isu plak..hahaha
Sebenarnya saya agak curious. Kenapa ya ada yang pernah terlanjur, tak berusaha nak nikahi pasangan yang mereka dah rosakkan tu? Saya tahu bukan semua tapi ada juga manusia yang saya kenal macam tu. Kenapa nak pilih pasangan yang baru instead of bertanggungjawab kepada yang sedia dirosakkan? Tak ke tu means selfish and irresponsible? Mohon sesiapa berikan pencerahan. Terima kasih. :)
Jodoh itu rahsia Allah. Dan apa yg berlaku tntu skali ada hikmah disebaliknya. Yes, mmg patut yg dah terlanjur melangsungkan perkahwinan dan bertaubat, tp mgkin juga itu penyebab kpd hidayah Allah yg menyebabkan mereka tersedar dri kealpaan dunia.
Sy sokong..tp bg sy..golongan lelaki perlu bertanggungjawab tp ssh nk jmpe..serius 1 dalam 30 kot..wanita nie..jgn termakan pujuk rayu lelaki..study lelaki nie mcm ane..agamanya sifatnya/akhlaknya keluarganya kawannya..sy lebih suke letak agama dibelakang bkn xpenting tp agama atau iman akan hancur kalau dye dkelilingi oleh sahabat yg jahat,keluarga yg xberakhlak,sifat lelaki tu sendiri..tp law keluarga yg baik akhlak yg baik dan kawan yg sentiasa mnganjak ke arah kebaikkan tp dye akan hampir dgn Allah dan agama terjaga..tp tu pendapat sy lah ann..sbb sy pnah alami..berkawan dgn kawan2 yg…so iman tak terjaga..iman ikut2..dan alhamdulillah apabila kita dh bt keputusan kita akan mnjaga iman dgn baik..wanita sebelum terima perlu cari/accept lelaki yg berakhlak..akhlak adalah buah drpd iman..tp check keikhlasan..tu element terpenting..sbb boley je lelaki nie berlakon..so be careful ea ladys..assalamualaikum☺
Masyaa Allah panjangnya..haha
Nurul Asyiqin Abu Bakar
Ur thought same with me.
Kemain alasan….
Nice observation .Tapi selalu perempuan kena abuse walaupun mereka yang berusaha untuk halalkan hubungan tu .Kadang tengok lelaki tu pun tak terurus ,takde kerja tetap , panas baran ,kaki pukul ,jadi lumrah la perempuan tu seek wise man to protect her. Lain pula lelaki yang terlanjur ,I don’t know ,apa effort dia untuk perbaiki diri , maybe ye la perbaiki diri pastu cari fresh girl .Tak rasa selfish ke? Baca la banyak confession sini pasal pengorbanan isteri ,sedih baca ,asyik isteri yang pendam rasa ,tu belum masuk yang takde pendirian asyik sokong ibu membuta tuli .I’m not saying takde lelaki yang baik ,cuma makin lama makin pupus .
aku pernah bercinta dgn sorang laki ni, lama lah jugak bercinta , tapi ada satu hari dia jujur semua tentang diri dia, dia pernah terlanjur. aku terus tak boleh terima even dia kata dia dah berubah. bg aku, aku memang tak boleh terima. slow2 aku tinggal kan dia, bg aku, aku xnak keturunan aku drp benih yg buruk, seks rambang ni byk penyakit..tambah pulak masalah. ye, terima dugaan allah tp sesetengah benda kita boleh elak boleh ubah. ingat tuhan xkan ubah takdir jika seseorang itu sendiri yg mengubahnya
Masalahnya..knp laki tu xbertanggungjwb dgn perempuan yg dh dia sentuh?? Knp nk yg masih dara…huhu..yg dh sentuh biar meroyan sorg2
Prempuan yg dh trlnjur slalu bgtau..”lelaki yg baik xakan ungkit ksah silam prempuan itu”.. tpi klau lelaki nk kta ap..emm
Bg aku pompuan jgn perjudikan ms dpn korang dgn lelaki bekas2 org ni. Klo dia dh berubah alhamdulillah slmt idop ko tp klo x, ko bsediala utk merana. Dijandakan dgn ank bderet, di 2 3 4 5 6 kn, d sepak terajangkan n mcm2 cobaan mental n fizikal. Better ko usahakan cri lelaki yg btl2 baik agamanya. Klo kecundang gak skurg2nye ko dh berusaha yg tbaik. Drpd ko plh lelaki yg bks org, ko dh bkorban terima dia tup2 pas kawen xberubah. Sia2 pgorbanan ko tuh. Isu lelaki trima pompuan tlanjur, ssh lelaki nk trima pompuan bks2 ni, susahhh. Lgpon isu psl bekas2 org ni laki gak yg mulakan dlu. Pompuan barai la, bt penyedap la, touch n go la, test drive la. Dan2 pompuan dh ada kesedaran, kna cop double standart pulak. kesian ko pompuan. Btabahla
Bertepuk klu sebelah tgn xkn berbunyi bhai..
Gunakan cinta utk dptkn sex, mane xtumbang
Jangan disalahkan sebelah pihak je. Masing2 salah. Pernah dengar hadith yang lebih kurang maksud dia “bukankah di dalam badan manusia itu ada seketul darah, jika darah itu baik maka baiklah keseluruhannya, jika darah itu rosak maka rosaklah keseluruhannya, tidak lain tidak bukan iaitu hati”. Jelas nabi kata semua bermula dari diri sendiri. Kadang2 agak terkilan bila wanita terlanjur, dia still deserve dpt lelaki alim. But bila lelaki terlanjur, dia tak layak dpt perempuan alim. Setiap manusia berhak diberi peluang. Masa zaman saidina umar pun ada kes zina ni. Just my opinion :)
Lain kali baca biar pakai akal lah readers sekalian..bknnya emosi! Heh
Pakai mata jangan lupa. Nnti tak boleh baca. ?
Nur Dalila haah kan? Lol
Fatimah Azzahra Shafie
lelaki yg mencemuh perempuan tak dara ni, kalau janda secantik che’ta nak kat dia dia pon terlupa dah soal dara ke ape, nama pon janda nak dara apanya.
yg dipersoalkan skang bukan pada dara nya, tapi pada akhlaknya, masih menjual apam murah atau sudah berubah. kalau udah bertaubat apa lagi kau persoalkan? sedangkan tuhan semesta alam telah menerima taubatnya, siapa kau makhluk hina yg nak mempersoalkan?
pompuan(bkn keluarga aku) mmg bangang. kahkahkah
Sekarang dah akhir zaman.. Nafsu tu lumrah semua manusia.. Nak kawal nafsu bukan semua org mampu.. Fitnah terbesar adalah dari kaum wanita.. Rasulullah pon dah cakap awal2 dlu.. skrg pon dah terbentang buktinya depan mata.. tak perlu nk salahkan lelaki dan perempuan.. asalkan lelaki pandai jaga pandangan dan perempuan elak dari dipandang.. Apa apa pun datangnya dari niat diri sendiri.. Bukan mudah seseorang nak berubah.. Macam2 dugaan org nak berubah.. kita patut bantu.. sekadar pandangan.. salah silap mohon ampun
Aku tak tahu lah ajaran mana yg macam dah jadi trend dah sekarang ni dok bukak aib sendiri pekung sendiri busuk sendiri,Allah dah buat kerja elok tutup aib kau orang,kau pergi bukak kat manusia yg lepas tu pegi canang aib kau dekat confession IIUM online wakaka..
Maybe because perempuan2 yang support perempuan terlanjur ni spesis yang sama. Lulz.
Yeah yeah people make mistake, people can change blah blah blah tapi jujurnya unfair untuk perempuan2 lain yang jaga ikhtilat, jaga pergaulan bila wujudnya perempuan2 yang dah terlanjur ni and lepastu guna tiket ‘dah bertaubat’. Kau dah sedap2 pastu dapat kahwin lelaki baik2. Yang anak dara terkulat2 takde siapa nak sebab tak reti nak gedik2 dengan lelaki compared to orang berpengalaman macam kau
Lelaki ke, perempuan ke sama je level dia bila dah terlanjur. Patutnya ada rasa malu sendiri lah kot kalau dah diri tu bekas orang, cari je lah yang sama2 bekas orang. You guys share the same history, mesti banyak story boleh share kannn lolol
Takpelah. To each their own. Kalau both parties tak kisah then proceed. Kalau ada rasa secebis pun kisah dengan status virginity seseorang tu, then don’t go with the relationship. Takut esok lusa dah kahwin jadi bahan mengungkit pula
I wonder, at the first place why terlanjur?
Sebab best nak cuba & enjoy kan sebenarnya.
Fatin Zahir kannnnn. Okay macam jahat je tapi i wonder if orang lain boleh jaga, why dia tak boleh? Tu je.
Aku x nak komen pasal sape back up sapa or sapa bash sapa. Ni je yg aku concern.. Nape eh sekarang ni kes2 terlanjur ni dah sebati ngan umat Islam n masyarakat kite nowadays? Kadang2 aku rase mcm dah kat hollywood plak. Seks bebas ni dah jadi satu bende yg norm buat org Islam sekrng nihh. Seram woo, ngalahkan cite conjuring 2 plak.
Ohhh lupe plak, zaman mata satu nak keluar dah semakin hampir.
Pogo? Tringat dlm cter Dilwale plk.. yup!tidak berhak sesorang hamba mnghukum saudaranya yg lain yg telah benar2 bertaubat..andai beliau benar2 taubat..mnyesali prbuatannye…mna mungkin taubat nye lbih diterima oleh Allah dr kte yg blum thu amal kte dtrima atau tidak…skiranya kte dpt seseorg yg tiada dara atau teruna..ketahuilah..percaturan atau takdir hidup telah di tntukn Allah…ada sebab kte ditemukan dengan dia…
Sama ada kita mengubah dia atau dia yg mngubah kita.. ;-)
Hurm..alhamdulillah..ramai yg komen berakhalak..
Haha…maafkan dendam feminism kaum aku. Mungkin itu manifestasi kecewa berkurun2 ‘orang kita’ yg patriarki. Akhirnya media sosial membuka ruang. Haha…stay cool confessor. Hakikatnya confessor2 perempuan yg pernah terlanjur hanya disokong kuat di laman social. Realitinya x macam tu. So, apalah sangat kau biar aje sokongan tu? Sekurang2nya adalah jugak safe-haven diorang. K?
Aku ragu laki yg dah terlanjur ni cari anak dara sbb dia tak bertanggungjawab pada wanita sblm ni. Dan aku menyokong wanita terlanjur berkahwin laki y lebih baik supaya buleh dpt bimbingan. Ala kulli hal, jodoh ketentuan Allah. Ayat ni dah di nasakhkan. Just utk renungan.
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” Annur 26
Bagus la kalau boleh terima sesapa saja yg terlanjur utk jd isteri.. Selalunya lelaki memang kisah kalau perempuan tu ada dara ke tak.. Yg lainnya kali ni awak memang tak kisah.. Maknanya tanggapan saya silap la.. Tak semua lelaki tu teruk pon.. Ada je yg memang jujur nak kan perempuan tak kisah apa pon sejarah silam perempuan tu..
Bagus la yg penting ingat salah silap sendiri dan muhasabah. Jadi la yg lagi baik dr sebelum ni..