Terima kasih admin sebab approve.
Aku bukan lah pelajar IIUM, aku pelajar Universiti lain dan menuju ke graduation sekarang ni. Alhamdulillah, 5 tahun di universiti, berbekalkan loan dan biasiswa, aku berjaya untuk survive. Walaupun kadang kadang aku mengharapkan duit daripada ayah aku masa dah hujung sem. Aku ni daripada Tingkatan 1 duduk asrama penuh. Makanya, korang boleh kira je berapa kali aku duduk rumah. Habis SPM, aku dah mula buat kerja part time, aku beli telefon bimbit pertama aku masa aku umur 18 tahun lepas SPM berbekalkan duit gaji part time aku yang pertama. Cliche kan? Tapi itulah hakikatnya. Aku takde telefon bimbit masa sekolah. Balik rumah pon sebulan sekali atau sebulan setengah sekali. So aku dah biasa tak duduk rumah. Bila naik Universiti, dalam satu semester tu, sekali dua je aku balik rumah. Kalau lebih tiga kali aku balik rumah, tu memang wow la. Haha. Masa aku masuk universiti, aku buat part time masa cuti semester, every cuti even cuti sem seminggu, aku kerja. Nafsu shopping aku tinggi, so aku kerja la untuk tampung apa aku nak beli. Cuti yang gaji triple, CNY, Hari Pekerja, Raya Puasa, semua aku kerja. Kerja ni best, sebab aku huha kt tempat kerja. Dgn kawan kawan. Masa aku dengan family sikit sangat. Entah lah. Aku pun tak tahu. Masa aku semester akhir, aku risau, risau sebab aku akan duduk rumah. Kenapa tak cari kerja? Sebab aku masih belum boleh kerja seba aku ada komitmen lain. So bila aku duduk rumah ni, memang nampak la aku tak ngam dengan mak ayah aku esp mak aku. Sebenarnya memang daripada dulu, tapi aku abaikan je sebab aku kerja dan aku tak duduk rumah.
Aku ada baca kt laman media sosial, tak sure kt mana, "Janganlah dgn kawan kawan kau gembira banyak celoteh, ttbe kau balik rumah, kau tak bercakap dan marah marah". Aku sentap jugak la, sebab tu aku. Aku suka keluar rumah, kadang sampai balik malam, tapi memang kena marah la. Sekarang ni la. Dulu aku kerja shift, so balik malam dah biasa. Dkt universiti pon kadang aku keluar je sampai 2-3 pagi tengok wayang ke apa. Dengan perempuan, bukan lelaki. Aku tak liar, cuma bab keluarga aku fail.
Kadang kadang aku jealous bila kawan aku cakap, "nak cepat balik rumah. Mak nak masakkan itu ini untuk aku", "mak masak sedap hari ni", "ayah hantar pergi situ sana sini", "pergi shopping/date dengan mak", "ayah mak belikan makanan favourite", "ayah mak belikan telefon/baju baru". Semua, semua aku jealous. Aku diam kan je. Aku simpan, sebab aku pendiam orang nya kalau bab family. Jealous tengok diorang excited nak balik rumah. Aku takde pon rasa mcm tu. Mak ayah aku belikan aku baju setahun sekali, masa Hari Raya. FYI, mak ayah aku mampu, gaji okay alhamdulillah. Tapi mungkin sebab aku berdikari, so aku dibiarkan sendiri. Tapi adik beradik aku pun sama. Semua setahun sekali je ayah belikan baju. So baju aku pergi class, pergi jalan, pergi mana mana, semua aku beli sendiri. Masa awal awal masuk universiti dulu, baju tu la aku ulang sampai tiap tiap minggu sampailah aku degree. Minggu ni kau nampak aku pakai merah, baju tu jugak la aku pakai minggu depan. Seluar? Aku ada satu je seluar. Itulah aku rotate. Baju kurung, aku recycle baju asrama punya buat pergi class. Bila aku dapat biasiswa, duit tu la aku start beli baju, baru la menarik sikit locker aku banyak baju warna warni. Alhamdulillah.
Raya. Kadang aku tak raya pon, aku kerja. So baju raya, aku pakai pagi raya je. RM50 je ayah aku bagi beli baju raya.
Makanan. Ini aku paling sedih. Kadang aku balik kerja ni, malam, lapar ni, takde makanan pun dekat meja dapur. Takpela, aku masak maggi. Aku kalau duduk rumah, maggi la kawan aku. Sebab tu kadang, aku balik kerja shift malam atau shift petang, aku mesti makan dulu, sebab aku tahu takde makanan kt rumah. Takpelah. Mak aku masak sekali je sehari, kalau habis, habislah, malam tak masak da. Kadang da nak balik kerja petang tu, mcm teringin nak makan nasi berlauk pauk kt rumah, tapi dalam mimpi je la dapat. Sebab tu aku suka duduk universiti, duduk hostel, duduk rumah sewa. Makcik kedai makan banyak masak lauk pauk untuk aku pilih. Kt rumah, memang tak dapat tu. Kadang rasa nak belajar balik sebab makanan ni je.
Selalu aku balik kerja je, mesti ada je aku kena marah denga mak aku. Kadang aku cuti sehari dua, mesti ada je yang tak kena. Mesti aku kena marah. Mungkin sebab keputusan SPM aku tak megah mcm adik beradik aku yang lain, so mak aku memang ignore aku sejak tu. Aku perasan benda ni dah lama, tapi aku senyapkan. Bila kawan aku kata nak duduk rumah, nak jaga mak ayah nanti even bila dah kahwin dah ada suami pon, aku pulak sebaliknya. Belum kahwin lagi dan aku rasa nak bla dari rumah ni. Aku nak rumah sendiri, dapur sendiri, semua sendiri. I'm quite selfish dalam apa pon. Aku pon berkira. Barang aku kt rumah ni, janganlah sentuh. Sabun, iron, basuh baju, motor, semua aku sendiri punya. Kadang aku perasan, makanan aku beli, mak takut nak makan sebab takut aku marah. Aku selalu bawak balik makanan, aku tak kedekut bab makanan, so kalau aku beli tu, aku memang bawak balik bagi family aku makan. Kadang aku bawak balik set KFC, ayah aku cakap membazir. Sejak tu aku jarang bawak balik makanan. Ada jugak bawak balik, tapi aku makan sorang.
Birthday, reward. Birthday aku jarang mak ayah aku wish. Kek dan hadiah mestilah takde. Aku konvo pon tak dapat sejambak bunga mcm kawan kawan aku dapat. Birthday adik aku, ayah aku belikan kek belikan ayam goreng. Birthday kakak aku, mak aku buatkan bubur merah. Aku? Takde. Haha. Aku okay je sebab aku dah biasa. Okay la sangat. Tapi takpela. Takpe takpe. Kalau birthday aku, result semester aku Dean, aku reward diri sendiri je. Beli la kek satu slice tu, belanja diri sendiri makan sedap cafe hipster sorang sorang, cukupla. Cukupla untuk aku yang kurang kasih sayang ni. Even boyfriend aku pun perasan aku tak rapat dengan mak ayah aku. Tapi nak buat mcm mana. Kau tahu kan ayat ni, "kalau kau tak tahu nak berbual psal apa dengan bestfriend kau, maksudnya dia bukan besrfriend la tu". Ini ialah aku dan parents aku. Mak aku senyap, aku senyaplah. Takde apa nak cakap. Aku lagi petah cakap dengan kawan kawan aku tbh. Aku orang kampung, mak ayah aku dulu tak sekolah, english pon tak okay. So bila benda dkt universiti semua english, aku jadi kekok nak cakap nak cerita nak bagitahu. Dengan makcik makcik aku, aku cakap je semua. Gap between me and my parents. Bila kawan aku cakap, nak request mak dia masak itu ini. Ini lagi jealous. Aku tak pernah request. Aku masak sendiri, tak pun, aku pergi beli. Masakan makcik kedai dah hadam dengan lidah aku. Aku dah biasa.
Duit kadang aku sempit jugak lah, pernah je aku ikat perut. Mintak maggi rumet, sehari makan nasi bujang je dah cukup. Aku ikat perut jugak. Walaupun aku kerja, aku banyak hutang bank, so duit banyak habis kt situ. Yuran Universiti pon aku bayar sendiri. Kadang aku sempit sangat dah ni, aku berkias dengan ayah aku, "ayah tak nak bagi Minah duit ke?". Nanti ayah aku mesti cakap, "duit kau kan banyak". Okay takpelah. Aku guna je apa yang ada dulu padahal masa tu aku nak balik Universiti dah. Sedapkan hati, minggu depan duit gaji masuk. Bertahanlah. 5 tahun aku duduk universiti, aku balik rumah cuti semester, dari Uni sampai rumah, semua kenderaan awam. Rumah aku dkt kampung, agak pedalaman. So dari Uni aku, naik bas pergi terminal, sampai satu terminal, naik bas lagi, sampai lagi terminal, naik teksi atau bas untuk sampai rumah. Tiga terminal aku kena lalu. Bus berhenti berhenti penuh denga Bangla Nepal Indon? Semua aku pernah naik. Duduk sebelah bangsa lain dalam bus? Pernah. Semua pernah. Satu yang aku bersyukur, Allah jaga aku. Alhamdulillah, aku tak pernah kena cabul dalam bus mcm confession before ni, yang buruk berlaku semua, alhamdulillah aku tak pernah kena. Aku selalu balik sorang dari Uni sampai rumah. Total journey aku adalah dalam 6-7 jam jugak. Aku berani? Taklah. Aku penakut, aku selalu jaga diri. Pakai seluar dan kasut kalau nak balik rumah. Aku ignore orang sekeliling. Aku elak lalu jalan yang bahaya. Kalau dalam bus, aku dikelilingi orang asing, aku tak pandang diorang pon. Aku tundukkan je kepala aku abaikan diorang. Sebab aku takut. Banyak case yang jadi, so aku selalu jaga diri. Mak ayah aku tak pernah hantar pergi terminal, even terminal dari bandar kampung aku sendiri. Adik adik aku, mak aku hantar. Aku tak. Takpelah. Aku boleh hidup sorang sorang. Dekat universiti pon aku sorang sorang. Lingkaran aku kecil je. Kawan kawan aku ada 4-5 orang je. Cukuplah. Lagi pun, aku selalu bersocial (shopping makan wayang) sorang sorang. So takpelah. Aku dah biasa.
Kt rumah. Aku selalu kena marah sebab mesti ada je tak kena pada aku kt mata mak aku. So aku diam je. Mak aku marah, kadang aku diam, kadang aku buat muka, kadang aku memberontak. Aku diam je la. Sebab aku malas nak gaduh. Esok aku kerja. Takpe, hari ni je aku duduk rumah. Esok kerja jumpa kawan, then aku okay la balik. Pastu nanti balik rumah, bad mood balik. Haha. Entahlah.
Okay. Tu je. Aku rasa nak luah sebenarnya, tapi aku takde kawan yang tahun the inner part of me act towards my family members. So aku decide to confess. Masa confess ni pon, aku nangis. Sebab aku sedih. Sedih sebab mak ayah aku tak manjakan aku mcm mak ayah kawan kawan aku yang lain.
– Aminah
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
In the end, you see, it’s your and Him. Treat those around you like how you want to be treated, try your best to do so, although they don’t do the same to you.
Sabarlar…cuba face to face dgn parents…luahkan apa yg terpendam dalam hati…
Ini yg aku nampak la. Mak abah kau menjauh dgn kau. Lepastu kau pun menjauh lg dgn dorg. Apa kata kau try la dekat kan diri dgn dorg. Tiap kali balik rumah balik keje, ce salam, peluk dorang. Pastu kalau ko xnk sembang panjang pun, senyum je pastu masuk bilik. Api jgn lwn dgn api.
Jgn bndingkn life kita dgn orng lain..mmng selalu rasa kita kurang..orng lain lebih
Belajar baiki diri..ubah diri..kita x boleh ubah dunia utk kita…benda yg baik selalunya dtng kemudian
Perkara biasa yg trjd utk bdk2 yg sklh asrama sejak form 1…..kwn2 adlh keluarga…….bg aq bkn slh ko tp slh parents ko…..umr 13 ke 17 wktu yg trbaik utk matching btul2 dgn family tp time tu ko matching dgn kwn2…..bla dgn family mmg jd xngam……kewangan pn ko xpndai urus sbb ko xsempat amik teladan dari parents…..nsihat aq, cuba elak brhutang dri along2 brlesen (bank)…..klu trdesak sgt pinjm duit kwn2 dlu dpt gji trus byr…..ssh sgt nk fix keadaan ko skrg ni sbb ko dh bsr ego pn dh tggi mlainkn folo the flow je laa…..nnt mjlis ko kawin pn ko akn nmpk parent ko double std kn antara ko n adk brdk lain…..bkn xsyg tp xngam….mk ko slalu mrah sbb cara ko bt sesuatu tu tdk spt adk brdk yg lain….tdk spt acuan yg mk ko bentuk kpd adk brdk yg lain…..
sis, cuba pandang wajah mak n ayah dgn penuh kasih syg.. tengok kedutan di wajah mereka.. listkan kebaikan mereka spnjg ko hidup ni sis.. jgn pndg keburukan mereka.. listkkn pulak pe kebaikan ko pd mereka? mane lebih byk? pernah x ko gembira kn parents ko? doakn mereka?
parents ko sentiasa doakn ko.. mungkin diarg xpandaikn luahkn love tu.. pe kata ko mula dulu.. ambik peluang ni selagi kite masih hidup sis..
jgn menyesal bila mereka dh xde nanti..
kite kan nak masuk syurga same2..
good luck sis.. doakan aku exam esok..
dik…akk sejak umo 10 tahun sampai abih degree duk asrama..semua bayar sendiri…registration..yuran sem..duit poket jarang2 dapat..baju raya pun lebih kurang gak ngan adik dapat setahun sekali..bday mmg xpernah sambut…9 beradik..maunya kopak sambut bday anak2..tp akak xrasa nak marah ke kecik hati ke..sbb tahu yg family akk bukanla senang sangat..kalau mampu ade saving..pakaila duit sendiri nak beli apa2…& my parents are very proud of me for that :)
dulu akk pun jenis introvert..cuti pun xmau balik..betapa jarangnya akk balik sampai ummi kena call dulu suruh balik baru akk balik..tp..bila dah kahwin & ada family sendiri..masyaAllah…betapa menyesalnya akk sbb xluangkan masa dgn parents & family dulu..sungguh..nyesal sangat2..sekarang..nak balik umah 2..3 bulan sekali pun susah…mak ayah makin tua tapi…akak xde disisi mereka.. T_T
hargailah masa yang ada ngan family skrg nie dik..bina balik bonding ngan parents ngan adik2…sbb…bila kita susah nanti..belum tentu kawan2 yg 3..4 org tu akan tolong tapi yang pasti..famliy insyaAllah akan berada disisi..all the best ya :)
Stuju sgt sis.. the best solution is kawen.. pastu baru tau parents care ke x. Well, been there.. done that.. syukur Allah bg peluang lg utk tgk my parents senyum.. bg sy, bkn dorg x syg @ sengaja lupakn.. dorg ingat kita x kisah psl semua tu.. oh ye, sy still tuntut hadiah besday yg penah janji masa umo 12 thn dulu.. haha
Tapi mak ayah dia layan adik beradik dia lain drpd dia. Dia tak dpt kek, adik dia dapat, kakak dia mak dia masak special. Dia tak pernah kena hantar ke terminal, orang lain kena hantar. So mmg patut la dia rasa kecik hati dgn parents dia.
Yep. Setuju dgn hana ? confessor bukan berkira sgt bab duit or nak sgt reward dr parents dia tp sbb dia x di layan seperti adik beradik yg lain. Mungkin tu yg dia kecik hati n sedih sgt..
of koslaa adik2 akan dapat lebih dr kita..adik2 akk ummi akk selalu gi ziarah kat asrama tp seingat sy..13 tahun duk asrama…2x je ummi akk datang ziarah..tu pun sbb ada meeting kat sekolah..hadiah birthday adik2 siap dapat kek secret recipe lagi walaupun akk x disambut..tapi..akk x rasa yg parents x sayang..they show their love by their own means..its not how they show it but how we interpret it..chill dik…kalau nak compare..sampai bila pun x habis..kan..
skrg anak akk dah 3..walaupun akak sayanggg semua anak2 akk tapi still..layanan mungkin berbeza..sbb masing2 ada character sendiri..kemainn…hahaha
u’ll understand enough when u walk through these stages of life…so..be patient k :)
rasanya dia kecil hati bab kasih sayang. Ia sangat menyakitkan. Lagi dia perempuan
Kadang2 kita ni ada berkat dalam hidup sebab ada doa dari mak ayah untuk kita yang kita x pernah sedar dan tahu.
Munirah Kholid adakah and a turut merasa begini? I guess no? tapi cara dia bercerita tu is cara mcm you bercerita tapi I think your relationship with ayah mak(esp ma) is not like this confessor. I think u have a better rship. but cite confessor ni is like an echo to your voice haha
Taklah. Jauh beza kot. What im having is more of ‘childhood emotional neglect’ (google it!). Haha. Bab2 lain ok je.
ohhhh nak kena Google plak dah,OK nantilah saya Google. Dari segi detail mmg byk beza (e.g makanan x pernah takde, hantar ke terminal/sekolah Tue xde hal,and baju xde hal)
lesson Dari cerita confessor ni ialah jgn lah kita yg lain2 ni rajin Sgt menunjuk nikmat keluarga/nikmat kasih sayang sbb bkn semua org dapat begitu kan. kbai,nak buat air Milo (tak nak offer or buat for you. coz I’m a mean sister)
Geez i dont even like Milo :p
Saya ada suggestion mcm mana nk selesaikan masalah aminah ni.. Cadangan saya jer lah.
1. Saya cadangkan aminah cube salam dengan mak dan ayah awak tiap kali nk kluar rumah.
2. Cube awak appreciate mak dan ayah awak tnpa nak harapkan balasan dari parent awak.
3. Doa lah banyak sikit utk parent awak agar parent awak boleh rapat balik sebab saya rase awak nak benda ni berubah sebab tu awak buat confession ni kan…
Apa apa pun wish you the best of luck sis…
Sedih cerita awk.. Awk try laa bina balik relationship ngn parents tuu… Sebelum g mana2, keluo rumah ke apa salam diorang, peluk cium diorang, biar laa diorang nak cakap awk buang tebiat ke apa kan.. Try ehh…
Dorg yg tak lalui tak faham situasi yg kita hadapi dgn parents. Sis buat je la yg terbaik utk jaga hati parents. In the end, they are the only out parents. But no need to push urself. Dorg xnak dah la. Ikut je hati sendiri.
Norzaifa Nizamudin kisah dia macam kisah kau campur kisah aku. Kau kisah makanan, aku kisah pergi semua sendiri tukar2 bas. haha
dugaan mnusia lain-lain, pekakkn tlinga and keep moving on. btw kan, crita kamu ni, errr~ err. xpe la huhu