Pada petang itu,saya diminta oleh tunang saya – yang kini sudah menjadi suami saya lebih dua abad – untuk pergi ke rumah yang bakal kami duduki selepas bernikah nanti. Menurut beliau segalanya yang ada di rumah itu adalah hadiah dari beliau untuk saya.Beliau akan menyusul kemudian, katanya. Sayapun pergi bersama adik perempuan saya.Bergerak dari satu ruang ke satu ruang dirumah itu.Fast forward, ketika itu, tunang merasa hairan.Air mata mengalir deras.Tiada tissue,jadi tudung yang saya pakai, saya gunakan untuk menyapu air mata.Dia hairan mengapa dan saya maklumkan yang saya menangis kerana terharu dan sebak.Saya terangkan pada beliau bahawa sebanarnya saya rasa bersyukur.Saya beritahu padanya lagi bahawa sejak kecil saya tidak pernah ada tilam atau katil sendiri apatahlagi bilik tidur yang serba lengkap.Saya menangis kerana tilam dan katil yang dihadiahkan pada saya ketika itu adalah seperti tilam yang saya impikan dan jauh lebih manis lagi,tilam itu akan saya kongsikan bersama bakal suami yang saya hormati dan cintai.
Sebetulnya bukan tilam tajuk cerita saya ini.Saya sudah berjanji akan tetap akan hidup bersama bakal suami saya itu walaupun perlu tidur di lantai.Tetapi yang mahu saya kongsikan ialah dalam hidup, segala yang pahit akhirnya akan menjadi manis apabila kita tabah dan sabar mengharunginya. Orang tua-tua kata, yang pahit itulah bagus,jadikan ubat ! Suka tak suka telan juga.Sakit hilang , hati pun riang. Macam hidup kita juga.Mesti rasa manis,masin,masam dan pahit.Baru hidup namanya.Saya sangat percayakan itu.Semua orang mahu yang manis-manis dalam hidup tapi percayalah terlalu banyak manis boleh mengundang macam- macam penyakit.
Cikgu saya pernah kongsi analogi hidup dengan pelangi.Kata guru saya itu ,hidup mesti macam pelangi-bewarna –warni .Satu tona saja membosankan.Maknanya mesti ada hari –harinya kita senyum, menangis, ketawa, sedih dan gembira.Semua itu ketentuan Yang Maha Kuasa.Ada hari diatas,ada hari dibawah.Ada hari kita redha dengan semua ujian Allah dan ada hari kita rasa mahu menjerit kerana rasa tidak tertanggung segala susah payah.Pengalaman ajar saya,walau sesusah mana ujian Dia beri, akhirnya tiba masa,kita akan tanya diri sendiri..”Bagaimana aku dapat kekuatan untuk harungi semua itu dulu?’. Jawapannya sudah saya temui setelah saya mengenali diri saya sendiri.Allah itu Ada dan Dia bersama kita sentiasa.
Zaman kanak-kanak dan remaja saya bertemakan kemiskinan dan kepayahan hidup tetapi tidak sesekali saya menyalahkan sesiapapun kerana ketika itu saya tahu ada ramai lagi yang lebih susah dari saya.Tidak perlulah saya ceritakan apa saya lakukan untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari , kerana saya sudah boleh terima bahawa segala keperitan hidup itulah yang telah menjadikan siapa saya sekarang.Cabaran meniti hari-hari yang sukar menjadikan saya manusia yang mensyukuri walau sekecil manapun nikmat yang diberi.
Cikgu Ila
– Cikgu Ila
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Aah,itu tilam awak.
2 abad??
2 dekad.Silap…manusia?
Hahahaha
fail math ni. ko dari zaman mana ni?
dh 200tahun khwin AWan UnGu Nur Nadhirah Shabri Anis Amri Nor Fadhilah MH
Ats toto lmbek jew ni
baiklah anak2
2 abad? Jgn le cite imaginasi mcm kak kapal terbang tu lagi..hermmm
2 dekad.Silap…manusia✌
Atas ni mesti cikgu ila. Ahhaha
Jin ni.. Hidup lama hahaha
haha..hai cikgu ila :D
Sapo yg cikgu ila 2 abad tu?
Den nak gak tgk maknusia yg idup sampai duo abad ni haa..kikoki
Cikgu ila ngaja subjek ape ye?
English.Tersilap taip dekad yg benarnya tu..hihi.Manusia?
Wan Hamiza insprng.
Dua dekad kot…haha
Hehe…silap.Dekad tu…manusia?
Cikgu. Kita sama.. aku hidup tnpa tilam..shgga kan aku masuk u. Duk asrama.. baru dpt tilam..
Pelangi datang lepas hujan panas.Life’s too short.Live it and say Alhamdulillah always…;-)
Kan dah taw sapa confessor nyer..hehehhe..
Kahkahkah.confessor guna identiti sebenar plak nk komen
ado sokmoo
Adoooo
boringggg
1 abad bersamaan 100 tahun
So 2 abad 200 tahun …….
Mungkin typing error kot……
Sebenarnya nk tulis 2 dekad……….
Husnuzon ya …….netizen semua……