Aku nak cerita pasal kisah diri aku dimana aku ni bukanlah anak orang kaya mahupun berada. Aku cuma nak beri nasihat untuk anak muda supaya jadikan iktibar terutama pelajar universiti.
Aku tengok pelajar universiti sekarang terlampau demand. Nak pakai handphone yang canggih untuk nampak mewah tetapi hakikatnya berhutang.
Tak cukup dengan hutang PTPTN, pergi tambah lagi dengan hutang handphone.
Aku bukan anak orang senang. Pernah aku nak ikut kawan-kawan pergi main ice skating di Sunway Pyramid dan ayah aku hanya bagi duit belanja RM20 sedangkan kawan-kawan lain semua dapat RM100 dari ibu ayah mereka.
Ayah aku pesan, “kita bukan orang senang. Ayah bukan orang senang macam ayah orang lain. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan, guna la duit sendiri. Kumpul. Bukan hanya tau minta saja. Ayah bukan bank negara”
Aku jadi tersentap dan dari situ aku terfikir untuk buat bisnes. Aku belajar dari meniaga jual barang orang. Dapat untung dalam RM5. Tak lama lepastu, aku berbisnes dengan jual tudung sendiri. Ketika aku umur 16 tahun, aku ambil langkah berani untuk berbisnes sendiri.
Lama kelamaan, bisnes makin maju dan aku dah tak minta duit dari ibu ayah untuk beli apa-apa keperluan. Yuran sekolah pun aku tanggung sendiri. Bila ada rezeki lebih, aku akan belanja keluarga makan sebab itu adalah salah satu punca murah rezeki.
Aku dah tak lagi minta duit dari ibu ayah tapi aku pula yang beri duit pada mereka walaupun mereka menolak. Aku belajar tak pandai. SPM aku banyak gagal. Aku kecewakan ibu ayah aku tapi aku pegang pada impian yang aku akan berjaya juga macam orang lain.
Habis saja SPM aku masuk belajar di Giatmara dalam bidang menjahit selama 6 bulan. Dalam tempoh 6 bulan tu bisnes aku masih lagi berjalan seperti biasa. Aku hanya ada ilmu kemahiran bukan ilmu akademik.
Selepas tamat 6 bulan aku ditawarkan ke salah sebuah Universiti Swasta sebab aku tak diterima di Universiti Awam disebabkan keputusan SPM aku yang sangat teruk. Macam biasa, nak masuk ke Universiti Swasta yuran memang mahal. Masa nak daftar masuk saja, dah 2K.
Nak dijadikan cerita, ayah aku kekurangan duit masa tu. Nasib baik aku ada simpanan jadi duit untuk masuk ke Universiti, aku guna duit sendiri. Yuran 1 sem dah 4 Ribu. Kadang-kadang bila dah due date untuk bayar yuran, ada lagi yuran aku yang masih tertunggak. Sedih aku tengok ayah bekerja keras untuk bayar yuran aku. Ditambah pula dengan aku yang tak pandai untuk meminta-minta.
Sedikit sebanyak duit yang aku peroleh semasa bisnes, aku akan tambah. Kalau baki masih 2 ribu maka 2 ribu lah aku labur.
Aku taknak bercakap tentang makanan sebab aku memang orang susah jadi makan telur kicap dengan nasi pun tak ada masalah.
Aku sangat tak suka bila ada pelajar yang kata tak cukup duit untuk makan tapi aku tengok pakai handphone mahal, cuti sem pergi travel, pergi outing dekat KLCC, Pavillion dan tempat mewah. Aku pun tak nampak dekat mana yang tak cukup duit tu.
Lepas 8 bulan aku belajar di Universiti, aku buat keputusan untuk berhenti dan teruskan impian aku. Kawan-kawan ada yang kata “boleh ke hidup dengan impian kau tu?” Dan aku membalas “Kalau nanti kau dah habis diploma dan tak ada kerja, boleh datang cari aku”
Orang sekarang terlalu memandang rendah pada golongan yang belajar kemahiran. Untuk pengetahuan, aku belum lagi kerja makan gaji dan aku belum lagi pernah merasa jadi penganggur. Sekarang, ibu ayah aku dah tak kisah sama ada aku masuk ke universiti atau pun tidak kerana nak berjaya ukurannya bukan hanya di Universiti semata.
Jangan dihina orang yang tidak berpendidikan kerana di zaman ekonomi merudum ini, bukan akademik yang dipandang tetapi kemahiran. Mulalah dari ZERO dan bertukarlah menjadi HERO.
Umur aku 19 tahun sekarang dan sudah memiliki jenama sendiri. Aku harap, kisah yang aku kongsi akan buka mata anak muda masa kini. Jangan lah buang masa dengan benda yang tak memberi apa-apa manfaat. Isi setiap masa yang berharga itu dengan sesuatu yang memberi pulangan lumayan.
Aku doakan semua anak muda akan jadi jutawan di dunia dan di akhirat. Amin.
– SL
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit