Teringin Tapi Tak Kesampaian

Assalamualaikum.Hai semua.

Sebenarnya dah lama nak hantar confession dekat sini,cuma tak bersedia lagi. Okay straight to the point,saya Da.Anak bongsu dari 7 beradik. 4 kakak 2 abang dan semuanya kerja kilang.Kakak nombor 2 dah lama meninggal sebelum saya lahir lagi.Ceritanya macam ni, masa saya form 2 ayah saya diserang penyakit strok sebelah badan (belah kiri). Masa tu hilang dah punca pendapatan.4 hari abah saya masuk wad sebab masa tu takde symptom kena strok,sampaikan doktor pelatih semua berkumpul dekat katil abah.Abah jadi bahan uji kaji,padahal kaki dan tangan abah masih boleh rasa lagi.Lepas semua ujian dah buat doktor sahkan abah kena strok akibat salah makan ubat disebabkan kecuaian pihak klinik.Disebabkan itu, sampai harini saya takut makan ubat.Hahaha.

Abah dulu kerja sebagai pekebun sekolah dengan gaji RM450 sebulan. Duit tu la yang abah guna untuk sara kami adik beradik. Kami tak ada kereta dan motor. Dulu,nak kemana-mana naik basikal je.Dengan basikal lah abah ulang alik dari rumah ke sekolah yang jauhnya 3km. Hari-hari sanggup tunggu abah balik sebab nak berebut surat khabar. Hahaha. Kekadang ada rezeki lebih abah beli roti.Dapat roti pun dah happy dah masa tu.

Lepas abah keluar wad,kami adik beradik cuba mohon socso untuk abah tapi tak dapat sebab majikan tak daftarkan nama abah dan pekerja lain. Allah,kecewa,marah semua bercampur aduk. Mujurlah cikgu sekolah ramai datang melawat. Rezeki abah gamaknya,tak putus putus sumbangan yang dapat. Lepas setahun dua abah sakit,abah dah boleh berjalan tapi still kena pakai tongkat sampai sekarang. Tipu lah kalau tak sedih,orang lain cuti sekolah family bawa jalan-jalan tapi kami duduk rumah jaga abah,ajar abah berjalan semula.

Perbelanjaan rumah kakak dgn abang yg tanggung.Alhamdulillah semua pakat bahagikan nak bayar bil-bil semua.Kadang-kadang kesian jugak dekat mereka, sebab kerja kilang ni gaji pun cukup-cukup makan je, nak survive sampai ke hujung bulan memang tak cukup sampaikan nak beli barang untuk diri sendiri pun kena tengok budget dulu.

3 tahun lepas mak pulak kena barah payudara.Allah je lah yang tahu macam mana rasa downnya.Seriously, kuatnya mak masa tu sebab sikit pun saya tak pernah tengok mak menangis.Lepas mak operate,kami adik beradik jaga mak bergilir-gilir sampaikan kakak atas saya berhenti kerja sebab nak jaga mak.Yang lain tak boleh cuti selalu sebab kerja kilang kalau cuti berderet maunya kena terminated terus.So,saya dengan kakak saya ni (achik) yang jaga mak time yg lain kerja. Dah la nak dekat SPM,memang takde masa nak study. Balik rumah memang tak sentuh buku langsung. Tengah malam baru nak study sikit-sikit..Sebulan lepas operate,mak kena buat check up dekat klinik 1 Malaysia.Setiap kali check up tu,abang yg bawak naik motor ulang-alik setiap bulan sampai jahitan terbuka. Bayangkanlah baru lepas operate naik motor.Ikutkan doktor pakar memang tak bagi,sebab tak sihat plus tak boleh kena hentak means mcam kena bonggol apa semua.Tapi dah takde kereta redah je la naik motor. Nak sewa teksi mahal, tambah lagi tengah-tengah bulan mana nak cari duit lagi.

Bila result spm keluar, A semua orang lain kebas.Tinggal saki baki lepas A. Hahaha.Alhamdulillah,at least takde gagal. Mak cakap, ” Takpe, adik dah jaga mak, mak tak kisah pun takda A”.Kemudian saya sambung tingkatkan 6 di sekolah harian.Mungkin ada hikmahnya tak dapat sambung U,sepanjang form 6 saya la yang teman mak pergi HKL,ulang-alik Perak ke KL naik bas. Setiap 2 bulan pergi KL.Mak siap pesan lagi, takpe nanti sambung degree terus. Masuk dulu form 6,tak pakai banyak duit. Dekat pun dekat.

Baru-baru ni saya dapat tawaran sambung degree dekat salah satu universiti tempatan. Hati ni dah melonjak-lonjak gembira dapat sambung belajar lagi. Ye lah,adik beradik yg lain semua takat SPM. Dari dulu lagi saya nak ubah nasib keluarga,nak tolong kakak abang. Semua mengharap dekat saya masuk U. Mak abah orang yang paling gembira bila saya bagitau dapat U. Ikutkan hati memang nak pergi.Tapi mana sempat nak sediakan semua dalam masa seminggu ni, duit simpanan pun banyak dah habis untuk bawak mak abah pergi berubat.Dapat bantu sikit-sikit pun dah syukur dah.

Tadi abah bagitau,” abah takde duit nak hantar kamu masuk U. Nak masuk U memang pakai banyak duit. Jauh pulak tu U kamu,kalau abah ada duit abah usahakan. Abah kerja pun takde.Nak mohon yayasan, baitumal bukan kejap tu kamu dapat duitnya. Ambik masa jugak dik. Fikir elok-elok.Mana cari duit dalam masa seminggu ni..Kalau nak pinjam kat orang pun tak dan.” Allahu.bergenang air mata.Peluang datang sekali ni je.Dah penat kecewa gagal upu sejak form 5 sebenarnya.

Habis stpm bukannya tak pernah kerja,pernah. Tapi dah resign sebab nak jaga mak dgn abah.Risau sebab masa tengah kerja abah pernah jatuh kat rumah. Itupun mak cerita lepas saya balik kerja. Sekarang abah dah 7 tahun sakit stroke,mak pula dah 3 tahun bertarung dengan kanser.Nak bebas kanser bukan mudah, tapi Alhamdulillah,kesihatan mereka semakin baik.
Saya cuma harap ada hikmah disebalik semua ni.

-anak bongsu mak abah

– Da

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit