Jadi Sifu Perlu Ke Berlagak? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/jadi-sifu-perlu-ke-berlagak/).

Assalamualaikum dan salam hormat, Terima kasih admin sebab paparkan perkongsian saya sebelum ini. Dan terima kasih juga kepada semua yang komen posting tersebut.

Saya setuju dengan komen sorang tu yang kata sifu-sifu ni tunjuk kemewahan untuk buat kita rasa lack atau kekurangan dalam diri. Lagi banyak kemewahan yang dia tunjuk, lagilah kita rasa diri ni banyak kekurangan.

Ada juga sorang tu kata kalau tak berlagak macam mana nak nampak macam sifu. Jadi, untuk jadi sifu perlu berlagak ker?

Oorang yang berfikiran mcmtu la yang sifu2 ni suka, yang mudah terpedaya dengan gaya dan kemewahan. Sedangkan ada aja sifu2 yang berjaya tapi low-profile tanpa perlu berlagak pun.

Ada 2 jenis sifu yang saya lihat, dan saya namakan diaorang ni:

1. SIFU ‘FAST FOOD’ –

Makanan fast food biasanya mempunyai branding yang terkenal satu dunia. Tapi harganya mahal, kurang berkhasiat dan tak mengenyangkan sangat pun.

Sama macam sifu2 glamer ni, kos nak belajar dengan diaorang ni mahal tapi konten macam tak berapa berbaloi dengan harga. Harap branding jer lebih dengan Iklan diaorang yang merata2, dari TV, radio, Facebook, billboard, dll.

Bila dah join workshop diaorang ni, tak habis2 promosi workshop lain dan asyik tayang kemewahan, dari rumah, kereta, pakaian, aksesori, dan cerita hartanah2 yang dia ada, makanan2 yang dia makan, tempat yang dia dah pergi, dll.

Sifu ni jenis eksklusif, bukan senang nak jumpa depan2. Kira taraf selebriti la gitu. Kalau dapat bergambar aja dengan diaorang pun dah kira bertuah. Kalau nak connect secara dekat, kena la join program sifu yang mahal2.

2. SIFU ‘REAL FOOD’ –

Makanan simple yang mungkin dari warung atau gerai tepi jalan aja. Takde branding2 pun. Harga pun murah, sedap, berkhasiat, dan mengenyangkan.

Sesuai bagi sifu yang low-profile, tak banyak fokus untuk branding bisnes bina impian (diaorang lebih banyak fokus business produk/ servis sebenar yang dijalankan).

Bila ajar, takde sekat2. Memang bongkar habis dengan kos yang murah, malah ada yang percuma! Diaorang boleh letak kos murah sebab mereka ada bisnes produk/ servis sendiri dan bisnes ajar orang buat duit ni sekadar sampingan aja.

Takde pun tayang kereta, rumah, harta benda, dll, walaupun bisnes diaorang ni bukan kaleng2. Nak jumpa dengan sifu2 ni pun boleh, takde nak eksklusif bagai.

Ok, macamtu la gambaran sifu fast food vs sifu real food dari kacamata saya.

Kebanyakan teknik dan strategi pemasaran dan juga trend2 terkini bermula dari Amerika. Dan rata2 sifu2 di Malaysia pun dapat maklumat diaorang dari situ.

Contohnya, bagi product launch, ramai yang guna strategi yang diajar oleh Jeff Walker (Product Launch Formula).

Bagi soal marketing funnel, nama Russell Brunson (ClickFunnels) memang tak asing lagi. Kalau sebut tentang pemasaran online in general, siapa tak kenal Ryan Deiss (DigitalMarketer).

Dan kalau nak belajar tentang copywriting, sifu2 antarabangsa, seperti Dan Kennedy, John Carlton, Gary Bencivenga, Clayton Makepeace, antara nama2 yang sering diikuti.

Ada juga buku2 yang sifu2 ni keluarkan yang boleh anda belajar.

Juga menariknya, kos belajar dengan DigitalMarketer, sebagai contoh, lebih murah bagi orang US berbanding kos sifu2 glamer bagi orang2 Malaysia. Dan anda boleh dapat ilmu yang latest dan cutting-edge secara online terus, tak perlu nak tunggu ilmu tu dibawa ke Malaysia.

Selain tu, ada juga platform lain untuk belajar bab pemasaran dengan kos yang rendah, contohnya seperti di Udemy. Ada banyak kursus2 dalam bentuk video yang disediakan, boleh cari mengikut topik yang diinginkan.

Beza yang saya nampak antara sifu2 antarabangsa ni dengan sifu glamer di Malaysia, sifu2 luar ni ada bisnes produk/ servis yang diaorang jalankan. Bukan hanya fokus bisnes ajar orang buat duit aja.

Kalau sifu glamer di Malaysia kata diaorang ada bisnes produk sendiri selain bisnes ajar orang buat duit, sepatutnya jenama bisnes produk diaorang ni mestilah dah cukup terkenal sebab sifu2 ni kan pandai branding. Tapi kenapa yang menonjol hanya bisnes pemasaran diaorang aja?

Ada juga sifu yang saya lihat ikut sebiji2 dari otai2 antarabangsa ni. Bezanya cuma diterjemah bahasa ke BM.

Tapi ada sedikit tambahan kalau nak target pasaran di Malaysia. Kalau nak kejarkan pasaran Malaysia dan nak dapatkan kepercayaan orang, penting kena berpewatakan Islamik.

Kena sentiasa keluarkan hadith, ayat2 dari Al-Qur’an, dan ditambah dengan doa sambil nangis2, memang orang akan terus percaya. Orang melayu kan baik, lembut hati dan senang percaya orang.

Ada sorang yang komen dalam posting asal saya, katanya di Amerika dulu waktu zaman gold rush semua orang sibuk melombong emas.

Untuk melombong emas perlukan cangkul. Jadi ramai orang sibuk beli bercangkul untuk mendapatkan emas, dan akhirnya yang kaya adalah si penjual cangkul. memang betul tu.

Sama juga dengan sifu pemasaran. Kita sibuk cari ilmu pemasaran untuk berjaya dalam bisnes, dan yang kaya adalah si penjual ilmu tu sendiri.

Macam yang saya pernah kongsikan sebelumni, saya pernah join workshop sifu2 tempatan ni. Dan ada sifu2 ni yang keluarkan buku dan ada yang saya beli juga buku diaorang ni.

Lepas baca buku, saya join workshop dengan harapan ilmu di workshop tu lebih padu lagi. Tapi rupanya ilmu dalam buku tu sama aja.

Kalau awal2 saya tahu, tak payah bazir duit banyak2 join workshop yang makan masa beberapa hari. Baca aja buku tu berulang2 kali. Masa saya pun tak membazir.

yang saya lihat workshop tu banyak bunga2 aja – dengan cerita sejarah hidup, kisah kejayaan sifu dan mula tayang kereta la, cerita aset la, dll, kemudian mula sedikit perkongsian ilmu, lepastu masuk bab promosi workshop yang lebih advance,

kemudian rehat 2 jam, lepas rehat sambung cerita ntah apa2 (kisah janda sebelah rumah la, contohnya), kemudian sambung dengan perkongsian ilmu, kemudian promosi workshop lagi, dan begitulah selama 3-4 hari.

Sifu ni mcm tak tau nak hormat masa peserta sebab banyak habiskan masa dengan pengisian yang tak perlu.

Bila selesai workshop 3-4 hari tu, saya perasan tak banyak ilmu pun yang dikongsi sebenarnya, dan yang diajar tu sama aja mcm dalam buku.

Ada juga sorang yang komen kata sebaiknya kalau nak belajar bisnes, cari mentor atau sifu yang memang jalankan bisnes yang kita nak buat tu. Saya setuju sangat dengan pendapat tu kerana orang yang buat bisnes yang sama aja yang faham selok belok sesuatu bisnes tu.

Juga yang sedih bila tengok ramai yang sanggup bergolok bergadai, dan ada yang pinjam duit dari keluarga, semata2 nak join workshop.

Memang sifu cerita tentang student2 sifu yang dah berjaya. Tapi pernah tak sifu ambik tahu berapa ramai yang tak berjaya lagi dan terpaksa tampung kerugian dan kena bayar balik duit kepada orang yang dipinjam duit tu.

Bagi anda yang memang nak juga join workshop sifu2 ni, saya nasihatkan kalau belum mampu join workshop, tak perlu join. Kalau nak juga join, kumpul la duit sendiri baru join.

Jangan bimbang, workshop2 ni tetap akan dijalankan pada masa akan datang dan tak akan berhenti sebab disinilah untung besar sifu2 ni.

Kalau tak buat workshop, sifu nak makan apa nanti?

Saya kadang2 panas juga tengok ayat2 sifu ni yang selalu nak menakut2kan dan buat orang panik, sedih. Contohnya macam ni, ‘Bisnes bakal meninggal kalau… bla bla bla”, “Sampai bila nak hidup susah… bla bla bla.” Cukup2 la guna scare tactics macam ni para sifu sekalian.

Bagi yang nak jadi sifu, begini lebihkurang flow nya ya (kalau ada yang terkurang boleh la sapa2 add di komen) :

* Buat Facebook page

* Buat iklan Facebook ads ke page tanpa henti untuk awareness untuk tarik fans. (belajar ilmu tulis iklan)

* Buat live di Facebook hari2 sebaiknya. Kalau boleh berlatarbelakangkan kemewahan, contohnya: kereta, kawasan rumah, dll.

* Buat satu website mini dengan opt-in form dan bagi ebook atau video percuma. Ini untuk dapatkan nama dan alamat emel prospek (belajar ilmu email marketing).

Email autoresponder system biasanya langgan secara bulanan, antara yang popular seperti Aweber, GetResponse, MailChimp, dll.

* Buat minisite untuk jual pakej pemasaran anda. Sediakan dalam 3 jenis pakej dan bonus2 (untuk bonus boleh juga bagi topi yang ada gambar muka anda). S

ediakan harga istimewa untuk fast action taker yang buat pembelian dalam tempoh 48 jam (contoh). Tahniah, anda dah otw untuk jadi sifu!

* Buat iklan Facebook fokus kepada fans sahaja untuk promosi pakej anda.

* Juga buat promosi pakej anda di emel.

* Kena kreatif sikit untuk buat promosi. contoh: boleh buat kuiz ke. Mintak prospek buat video cerita tentang bisnes anda ke. Boleh juga suruh prospek share post anda, dsb.

Begitulah seterusnya. untuk jadi sifu pemasaran mcmni, sebaiknya ada team. Susah nak buat sorang2.

Awal2 memang tak ramai yang join workshop anda sebab masih baru lagi. Benda ni kena istiqomah. Bila followers anda makin banyak, sales pun banyak la nanti. Ingat, hasil yang anda dapat tu kena invest balik dalam bisnes (boleh tambah dengan buat iklan tv, radio, billboard, dll)

Bila hasil dah besar nanti boleh la beli kereta, rumah yang mewah2. Penting tu, sebab bila orang nampak anda hidup mewah, tu tanda anda seorang yang berjaya. Dan makin ramai yang nak belajar dari anda.

Teringat kata2 Hussain Lempoyang, “Dunia dunia, berniaga manusia lagi bagus daripada unta. Hehehe. Wow!”

Ok yang atas ni sekadar gurau2 aja. Tak perlu la nak jadi sifu2 ni untuk berjaya. Buat la proper business selling real product. Itu lebih baik dari bisnes menjual impian dan harapan.

Sebagai penutup, banyak ilmu yang kita boleh dapat kalau kita rajin. Banyak buku2 pemasaran yang bagus2 kat luar sana. Cuma perlu beli dan baca. Kalau nak belajar direct dari sifu, carilah sifu yang dah berjaya dari bidang yang sama dengan anda (seperti yang saya nyatakan awal tadi).

Ingat tak awal2 saya cerita tentang sifu real food? Sifu yang ada bisnes produk sendiri dan jenis low profile.

Kebanyakkan mereka menjalankan bisnes dalam pelbagai niche, ada yang jual makanan, pakaian, produk kecantikan/ kesihatan, dll. Dengan diaorang ni yang bagus anda ikut dan belajar.

Just model after someone who is already successful in the market you’re in.

Itu saja perkongsian dari saya. Saya doakan kita semua dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati. Dan semoga kita semua kaya dan berjaya, dunia dan akhirat. Aamiin.

Terima kasih.

– Shahid (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *