Jaga Anak

Assalamualaikum.. Harap admin approve confession ni, sebab benda ni susah nak tegur kalau ada identiti boleh mengakibatkan tarik muka dan tak senang hati tetambah laa dalam keluarga.

Aku ibu muda walaupun dah tua sikit (late 20’s). Anak kecil lagi, baby yang belum pandai buat apa apa lagi, senyum jee pandai, senyum yang takde gigi tu, somel!

Dulu kan masa aku belum bersalin, masa raya tahun 2016 (aku tengah sarat masa tu- dah trimester 3) ada satu post yang banyak ibu ibu share. Post lebih kurang “jangan cium anak saya kalau awak tak sihat”- that time i was like…. EHHH, TAKYAH LAH CAKAP CAMNI HABIS LAH ORANG LAIN TOUCHING!
Lepas tu masa satu open house rumah uncle aku, ada few cousins aku tak datang. Alasan anak eh demam, tak sihat. Aku masa tu…. “ish tak patut betul! Event keluarga kot, mesti kena pergi. Apela sangat anak tak sihat tu.”
Sampai lah anak aku keluar. Sebabkan aku ni suka nak please orang lain…. aku bagi je anak aku passing sana sini. Dalam pantang tu, sapa je datang aku bagi je main. Malah excited kalau ada anak sedara yang kecik-kecik yang suka dekat dengan baby. Aku pantau la, tapi sikit aku tak kisah kalau dorang cium kee apa.
Sampai la pada satu hari yang indah……………….

ANAK AKU SAKIT. Selsema je. Kalau belum ada anak sendiri kita akan pikir selseme JE, tapi kalau dah ada anak sendiri….. haa tau lah kau! Tetambah laa baby. Baby dah la tak reti nak bernafas ikut mulut, tak reti hembus hingus, tak reti nak cari posisi tidur yang sesuai kalau selsema. Dorang hanya tau melalak… melalak yang takde reason. Tapi masa ni aku ok lagi sebab masa tu kan dalam pantang, dalam pantang ni banyak free time and helpers. Apelah sangat baby menangis, ramai yang akan tolong and aku pon takde kisah sangat dia nak bangun sampai 4 5 pagi, esok aku boleh qada’ tidur.

Pokoknya masih belum sedar. –bawak anak lepak sampai pagi dekat kedai-kedai open air (downtown belum penah bawak lagi), passing anak sana sini tak kisah lah orang selsema ke batuk, macam macam lah.

Sampai lah detik yang super mencemaskan datang which is last 3 days.
Start Isnin, anak aku asyik menjerit jeee. Ingatkan nak pandai bercakap, tapi dia bercakap menjerit-jerit (aku dah menyesal dah jadi cikgu yang garang masa mengandungkan dia, kan dah terkenan. HAHA) rupanya bukan sebab tu. Start Isnin dia taknak letak langsung, nak dukung jeee, nak dukung yang kena tepuk-tepuk badan dia. Ingatkan peralihan bulan. Selasa langsung lahh meragam, Rabu lagi teruk sampai pengasuh dia cakap “kalau macam ni tahun depan, akak tak boleh nak jaga, sebab susah nak buat kerja lain” –sentap iols!
Oh aku cikgu yang tak ikut cuti sekolah. Korang ni kena cerita detail sikit, karang benda-benda ni jadi point bash. (Counsellor- Chancellor, ahem)
Balik tu berendam air mata lah sikit. Tapi malam tu tetiba badan dia PANAS. Suhu 37.8 – 40. Cemas laa weols apelagi! Batuk sampai termuntah-muntah. Selsema meleleh jeee. Sedut lahh hingus dia guna nasal aspirator tu. Melalak-lalak kena sedut hingus. Esok pepagi buta kiteorang ke klinik, kena Neb, ambik ubat berserta long explanation from the best Paed in the town, kiteorang pon balik rumah.

Belum berakhir kisahnya. Mula dari tu dia start lah semput, kadang-kadang sampai tercungap cungap. Malam jangan lah kata nak tidur, nak baring pon mengamuk. Ibu eh sampai bengkak susu, sebab baby langsung taknak minum susu. Mula lah kiteorang berjaga malam sampai nak ke subuh. Nasib cuti panjang Christmas ni.
Tapi bila cuti panjang banyaklah pulak event family. So we decided for not to join any of the events, just stay at home and focus of her health. Next week is the busy the day for me nak start tahun baru kan, banyak preparation nak kena buat- tak boleh ambil cuti, sebaiknya nak lah dia sihat sebelum Selasa. Aminn.
Unfortunately, tak semua family members yang faham ye. Ada yang kecam- “alah relax lah, budak-budak memang salu demam camni, jalan je nak jalan!”

Sorry i don’t like that. Aku memang pantang orang yang anak dia tak sihat, hingus meleleh berjalan ke rumah orang. Virus lah! Tolong laa stay away. Dari anak kau je tak sihat kang jadi satu rumah. Tu belum lagi yang kena chicken pox pon selambaa jek jalan-jalan. Please laa kuarantin lah!
Tolong lah dear parent, kalau pon kau jenis tak kisah nak bawak anak kau kemana-mana kalau sakit, pikirlah orang lain. Bila berjangkit menyusahkan mak ayah budak tu satu hal, kesian kee budak yang terpaksa sakit sebab anak kau. Aku takleh tengok anak aku selsema, bila part sedut hingus tu… MASYAALLAH sedihnya muka dia. Merah-merah tahan marah.

And tolong juga respect kiteorang yang young parent yang nak cuba stay away dari orang lain. Kalau kau tak kisah anak kau melalak-lalak depan orang dengan hingus, sorry aku kisah! Kalau kau tak kisah bangun malam jaga anak sakit, sorry aku kisah! Kalau kau jenis tak protective, sorry I am really protective!- demi kepentingan semua pihak, tolonglah faham.

Cakap lah ibu muda memang poyo, first child syndrome memang macam ni. – i don’t care. Yang aku tau anak aku amanah Allah, kenapa aku nak bagi dia tak selesa, biar dia sakit? I’m supposed to take care it as much as I can. –dear others, please respect!

Thank you for reading =)

– IBU BARU

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit