Jaga Aurat, Allah jaga kamu (Kisah Ramadhan)

Assalamualaikum. Salam ke-4 Ramadhan.

Alhamdulillah degan izin Allah kita dapat merasai bulan Ramadhan pada tahun ini. Apa yang saya nak kongsikan adalah pengalaman waktu Ramadhan.

Ini cerita benar tiada imaginasi. Kisah ini terjadi pada saya bulan Ramadhan juga pada tahun 2013 yang lepas.

Baiklah, saya mulakan. Kejadian ini berlaku ketika saya masih pelajar diploma. Waktu itu saya ingin pulang ke kampung halaman di Johor. Jadi saya pulang dengan menaiki bas di Terminal Bandar Tasik Selatan. Apa yang terjadi?

Setibanya di Terminal Bandar Tasik (TBS), saya terus beli tiket untuk pulang ke kampung halaman dan ketika itu saya sempat berbuka puasa di sana. Sementara menunggu bas dari Johor tiba, saya menunggu di ruang tingkat atas.

Setengah jam dari waktu yang ditetapkan perlu berada di platform. Jadi saya pun turun dengan menggunakan eskulator. Sedang saya berdiri di eskulator untuk turun ke platform, entah kenapa tiba-tiba rasa kain macam nak terlondeh. Ya saya ketika itu memakai baju blouse parat bawah lutut, memakai kain labuh boleh dikatakan cecah eskulator, tudung labuh menutup dada dan memakai seluar legging di dalam kain supaya mudah untuk berjalan, berlari tanpa terselak nampak kulit kaki.

Apa jadi? Saya tengok bawah "MasyaAllah Ya Allah!" Saya hampir nak menangis dan panik masa tu sebab kain saya makin menurun/jatuh disedut eskulator. Saya pun toleh kiri kanan suruh sesiapa saja yang sudi tolong untuk hentikan eskulator tersebut sebab kain saya makin turun.

Syukur Alhamdulillah, Allah Maha Pelindung, Allah jaga saya bila seorang polis lelaki TBS padamkan suis eskulator dan seorang pekerja perempuan TBS juga bantu saya untuk keluarkan kain yang tersekat di celah eskulator namun gagal dan akhirnya terpaksa digunting separuh. Syukur juga ketika itu tak ramai sangat di TBS jadi dapatlah kurangkan malu-malu kucing saya masa itu.

Bersyukur sangat bila bukan kaki yang Allah cederakan cuma kain sahaja yang tersekat. SubhanaAllah. Bersyukur juga bila Allah JAGA AURAT SAYA. Kain melondeh separuh sahaja jadi tak nampak bentuk kaki saya dengan lengging sebab saya memakai blouse parat bawah lutut. Allahu masa tu baru terfikir "Mungkin sebab aku jaga aurat, jaga apa yang Allah suka jadi Allah juga menjaga auratku." Maha Suci Allah yang mengizinkan sesuatu dan melindungi sesuatu atas kehendaknya. Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah.

Jadi para wanita di luar sana, hati-hati juga bila pakai kain labuh, dress labuh supaya tidak tersekat di eskulator. DiWAJIBkan memakai pakaian tutup aurat tetapi berhati-hati bila guna eskulator. Jangan risau, kalau jadi pun Allah akan jaga aurat kamu. Again, JAGA AURAT, ALLAH MENJAGA KAMU dan yang penting tajdid niat ikhlas menutup aurat kerana Allah bukan kerana mahukan pujian manusia.

Sebaik-baik pakaian adalah pakaian TAQWA. Semoga bulan Ramadhan kita pada tahun ini mampu merubah diri kita jadi lebih baik dari sebelum ini dan istiqamah hingga akhir hayat. Moga khusnul khatimah di akhirnya. :') Allahumma Aamiin.

– An-Nisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Awak pakai skirt warna kuning eh? Sbb saya ingt masa sy kat TBS ritu ada sorg girl ni kain dia masuk dlm escalator.kesian saya tengok… Start pada tu saya beringat2 bila pakai kain kene 2 lapis. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *