Jaga Diri Dan Maruah Seorang Perempuan

Assalamualaikum semua, terima kasih admin jika confession ini disiarkan,

Aku Seroja berumur 28 tahun sudah berkahwin. Aku tak tahu nak meluahkan perkara ni dekat siapa, makanya aku disini muncul sebagai “anon”.

Selama ni aku rajin baca confession dekat sini, macam-macam cerita kisah hidup orang ada yang sedih ada yang gembira. Macam2 ragam manusia.

Jadi disini aku nak cerita kisah aku, kepada pasangan yang masih belum berkahwin disini aku nak nasihatkan tolong lah jaga maruah diri, lagi2 yang dah berpasangan “couple2” ni semua. Sebab aku menyesal, aku pun manusia, seorang pendosa.

Aku mengakui sebelum berkahwin aku tidak menjaga batas dengan boyfriend yang kini adalah suami. Umpama bercium, pegang2, mer*ba2 tu macam perkara biasa dalam hubungan kami yang pada itu masih belum halal.

Salah aku la sebagai perempuan tidak mengatakan tidak atas dasar “sayang” haha. Rasa bodoh sangat sekarang ni.

Aku pernah baca satu confession ni dulu, yang suami tak sentuh, yang even dah kahwin tapi masih dara, pada saat ketika itu aku yakin dan terlalu yakin kalau aku dah berkahwin aku tak akan mengalami nasib seperti itu.

Rupanya aku silap, mungkin ni balasan untuk aku atas dosa2 aku buat selama ni. Lepas kahwin suami aku tak macam seperti sebelum kahwin. Betul lah orang kata sebelum dapat beria, bila dah dapat tak diendahkannya kita ni.

Aku dah kahwin almost 1 year, tapi aku masih dara, aku rasa awkward sangat bila orang dah mula bertanya bila nak ada baby, takde ikhtiar ke untuk dapat baby.

Aku nak jawab apa? Takkan lah aku nak jawab yang suami aku tak sentuh aku pun dekat orang?

Hahaha, btw aku kadang2 tak kisah sangat pun. As long as suami aku baik, dia rajin tolong aku buat kerja rumah, bagi duit nafkah, makan pakai aku cukup je sepanjang perkahwinan ni.

Nanti mesti korang akan cakap kenapa tak communicate dengan suami hal dalam kelambu ni, aku dah cuba macam2 pakai seksi2, cantik2, makeup dekat rumah.

But nothing aku bukan takde usaha nak pikat dia, macam2 dah aku buat. Tapi masih sama, dia tak nak “bersama”, action dia lebih kurang sebelum kahwin. Even aku dah ready untuk the next step tapi no action dari dia.

Aku tak tahu apa masalah dia, kalau tiba2 aku ajak dia jumpa doktor lagi lah dia tak nak.

Apa yang patut aku buat lagi?

Cuma sekarang ni aku cuba bersangka baik, mungkin ni silap aku sebab pada dulunya aku yakin sangat perkara2 macam ni tak terjadi dalam hidup aku, rupanya ni kifarah atas dosa aku dan aku mengalaminya. 

Jadi nasihat aku disini tak kisah lah korang memang dah confirm akan berkahwin sekalipun.

Tolong sangat2 jaga batas antara laki dan perempuan. Sebab kita tak tahu apa jadi in the future. Kita tak tahu apa nasib kita, anggap lah kisah orang di sini sebagai pengajaran buat kita.

Dan jangan terlalu yakin yang kita takkan lalui perkara tersebut.

Cukup lah sampai disini sahaja luahan hati aku, tak mintak banyak cuma tolong doakan aku supaya tabah mengharungi masa2 yang akan datang dengan pertanyaan tentang anak ni.

Anak takkan wujud kalau aku sorang je tanpa usaha dari suami.

Sekian…

– Seroja (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *