Jahat kan aku? – 7:10 PM

Jahat kan aku? – https://iiumc.com/forumv2/

Harap admin sudi approve, thanks

Citer yg aku nk share ni agak mcm drama sikit tapi ni bukan rekaan dan betul2 jadi pada aku. Aku lelaki ye dan aku nk citer pasal kisah aku 4 tahun lepas. Aku ada kenal dengan sorang minah ni, nama dia Maisarah. Bagi aku dia taklah cantik mana tapi entahlah aku rasa mcm ada magnet antara aku dgn dia senyuman dia manis sngat bagi aku. Aku kenal dia masa aku tgh praktikal pasang aircond kat butik yg dia kerja.

Lepas jumpa dia aku jadi tak tentu arah. Selalu teringat kat dia. Aku saja datang kedai dia konon nak beli tudung la baju aku ckp nak belikan untuk mak aku haha (tapi aku mmg bagi betul2 k kat mak aku) Pernah sekali tu aku patah balik sbb konon2 nak tukar baju yg dah beli saje buat alasan. Aku pun beranikan diri untuk mintak number telepon dia aku direct je cakap aku suka dia. Mula2 dia mcm taknak bagi tapi akak2 kt sana pujuk dia pun bagi jugak..

Sehari, seminggu, sebulan, setahun kitorg bercinta.. aku ingat lagi masa cukup annivesary kitorg yg pertama aku bawak dia makan kat restoren kt Shah Alam. Yup, aku bagi cincin aku melamar Nur Maisarah sbb aku yakin kerja aku pun da stabil dah ada kewangan sikit. Aku lamar dia mcm tu jela takdelah adegan melutut bagai siap suprise mengarut2 tu takdelah tak mampu hahah.

Tapi.. aku ingat dia suka.. bila aku ajak dia kahwin, tetiba muka dia berubah. Masatu aku taktau lagi kenapa reaction dia jadi macam tu. Dia tak bagi jawapan. Aku pun taknak lah paksa si Maisarah ni. Dia cuma cakap bagi masa. Aku okay aku pun taknak la fikir bukan2. Lepas kejadian tu, Maisarah mcm jauhkan diri dari aku. Call tak jawab ws tak reply. Tak lama lepastu dia ajak aku jumpa ada benda nk cakap katanya. Hati aku masa tu sumpah rasa tak sedap. Tak tidur aku malam tu.

Lepas aku jumpa dia, barulah aku faham kenapa dan apa dia jadi mcm tu. Terduduk jugak bila aku dengar. Rupanya selama ni Maisarah ada masalah jantung. Maisarah guna jantung plastik dan penyakit dia agak kronik. Perasaan aku jngan cakap lah, sedih rasa mcm tak percaya.. tapi yg paling aku sedih, bila aku bgtau kt mak aku pasal penyakit Maisara, mak aku terus tak setuju aku nak kahwin dengan dia. Aku pun dah start berbelah bahagi sbb aku rasa aku tak mampu nak jaga dia.. jahat kan aku? Mak aku tak jahat, dia nak yg terbaik untuk aku. Peratus untuk dia lahirkan anak2 aku nanti pun aku tak pasti. Aku tak sanggup nak buat drama lagi dalam bilik bersalin tu bila doktor suruh pilih baby atau isteri aku nauzubillah.. aku pun yakin aku tak mampu tanggung rawatan si Maisarah ni.. jahat kan aku? korang takkan faham perasaan ni selagi korang tak hadap benda ni. Cakap senang la hidup la dengan dia habiskan sisa akhir dengan dia. Bila seluruh keluarga menentang keputusan kau.. Tak.. bukan semudah tu..

Maisarah perasan yg aku mula diamkan diri. Dia pulak yg call aku tapi aku tak angkat sms dia aku biar je.. jahat kan aku? Tak lama lepastu, aku dapat surat dia kirim pada kawan kerja dia untuk aku. Sumpah menitik airmata jantan aku bila baca.

Nur Maisarah, nama seindah dan sepadan orangnya. Apa yg dia tulis dalam surat tu, dia cakap dia minta maaf sangat2 sebab tak jujur dengan aku. Dia nk bgtau awal2, tapi takut akan aku pergi kalau aku dapat tau penyakit dia.. dia tulis lagi, dia takpernah rasa bahagia mcm ni bila bersama dengan aku.. "apa yg buat saya kuat selama ni ialah awak. Sejak ada awak, saya jadi kuat untuk lawan penyakit saya dan sejak ada awak, saya dah tekad yg saya takkan mengalah. Tapi saya sedar,tuhan dah temukan saya dengan yg lebih baik dan saya redha. Terima kasih kerana telah beri harapan baru untuk saya walaupun sekejap, saya hargai sangat. Kebahagian awak kebahagian saya jugak, apa saja yg buat awak bahagia saya jugak sebaliknya." Tu antara isi yg dia tulis yg paling buat aku rasa nk meraung.

Lepastu dia cakap cukup sampai sini je perkenalan kita. Dia nak putuskan hubungan. Maisarah jugak taknak aku cari dia lagi. Aku try call dia tapi off. Ws fb dia dah block. Aku cuba cari kat rumah dia tapi mak ayah dia tak bagi aku jumpa Maisarah.

Sebulan dua jugak lah aku sedih.. lepas mak ayah pujuk kawan2 pun banyak support aku pelan2 bangkit.. aku banyakkan kerja sampai malam pun buat part time jual tolong member jual kasut. Lepas dua tahun kejadian, aku dapat mesej dari mak Maisarah, Maisarah tengah tenat! Hospital nye jauh dari kawasan aku. Terkejar2 aku untuk sempatkan masa jumpa dia. Tapi takdir Allah lagi Esa, Maisarah dah pun menghembuskan nafas yg terakhir kt ICU. Aku pulak sampai waktu jenazah Maisarah sedang dikebumikan. Aku tak mampu nak cakap apa2 kaki rasa lenguh sangat nak melangkah.. Maisarah.. Tenanglah disana Maisarah, kau dah banyak menderita kau dah penat sangat, rehatlah.. doa aku sentiasa mengiringi kau.. Maisarah ada bagi satu balang bintang kertas, dia suruh aku bukak kalau rindu dia.. banyak tengok citer korea betul Maisarah ni.. banyak la kata2 cinta yg Maisarah tulis, banjir lagi airmata aku..

Nasihat aku kat kawan2 kat luar sana, hargai lah setiap insan yg hadir dalam hidup kita.. terutama lelaki, bertanggungjawab lah dengan apa yg janji masa tengah manis dulu.. Andai bahagia hanya sesaat tika kita saling memiliki, biarkan aku terus derita dengan mencintai mu.. (ayat google)

– Insan kejam

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *