Assalamualaikum and hi to al the readers. Saya Jannah. Dah lama jadi silent reader kat page ni. Harini rasa tergerak hati nak menulis, semoga ada sinar yang baik-baik untuk Jannah ya.
Sedikit perkenalan tentang diri, Jannah berumur 24 tahun, single lagi belum kahwin, kerja biasa2 je sebab kelulusan pun diploma je, ada 2 orang adik, yang lelaki Jannah kenalkan sebagai Jack dan yang perempuan Joana.
Joana dah kawin dengan Sabri kekasih lama dia masa zaman sekolah. Jadinya Joana dah tak serumah dengan family, dia dah ikut Sabri duduk rumah sendiri, tapi masih dalam negeri yang sama dengan kami.
Jannah rasa Jannah ni lahir dalam keluarga yang biasa2 saja. Papa, kerja pensyarah kat uni awam, dan mommy, ada boutique cafe yang mommy uruskan sendiri.
Papa Jannah melayu tulen dari penang, dan mommy pulak mualaf bermata biru dari UK dan dah duduk malaysia 30 tahun dah. Papa kenal mommy masa dorang belajar.
Keluarga kami nampak just like a normal family. Happy2, spent time sama2, makan2. Jannah rasa selama ni memang everything was normal je.
Hinggalah pada awal January, papa meninggal mengejut kena heart attack. Kami tak pernah tau pun papa ada sakit jantung, doc declare yang papa terkena serangan pertama dan serangan pertama tu yang dh ragut nyawa papa. Kami semua sedih macam nak gila. Tambah2 lagi mommy.
Mommy dengan papa memang sangat rapat, selalu watch the sunset together, pergi dinner date sama2, tengok movie sama2. They always be together.
Jannah pun rasa shock gila sebab tiba2 papa tak ada kat rumah. Macam rasa papa sihat je lagi. Masa papa meninggal, Jannah sedih tengok raut wajah arwah papa, kusam, sebam.
Jannah tanya pada doctor, doctor cakap orang kena heart attack memang macamtu sebam sikit. Rasa sayu pulak kenangkan balik.
Entah macamana, lepas 2-3 hari pemergian papa, Jannah tiba-tiba tersentak hati. Rasa runsing rimas bila fikir. Papa dengan mommy tak pernah solat. Anak2 pun tak pernah diajar solat.
Sampaikan masa Jannah kat uni dulu, Jannah berdiri sujud rukuk je pura2 solat sebab tak tahu nak baca apa dalam solat. Jannah malu, tapi rasa malu tu habis kt situ je, sebab Jannah tak pernah rasa benda tu a big deal.
Kawan2 Jannah pun sama macam Jannah, kami solat masa orientasi je. Telekung pun dapat hadiah masa atuk nenek baru balik mekah dulu. Tak pernah nak ada yang cantik2.
Puasa pun Jannah selalu culas2. Jack lagilah tak pernah nak puasa. Joana dulu zaman bujang dia sama je macam Jannah. Ni bila dia dah kawin Jannah taktau la pulak.
Puasa kadang2 separuh hari je. Bila dah tak tahan sangat, tengah hari kami pergi makan kat mcd. Petang lepak minum kat starbuck. Kadang2 pergi boutique cafe mommy selamber je makan minum depan orang ramai..
Mommy pun biasanya bulan puasa dia makan minum je depan orang ramai, macam not a big deal pun benda tu. Papa dulu pun selamber je merokok dengan Jack sambil tunggu kami shopping raya.
Raya kami masih sakan walaupun kami puasa dan buat amal ibadat yang nan hado.
Tak ada pun sesiapa yang pandang pelik, mungkin sebab raut wajah kami, dan pemakaian kami yang tk ada pun melambangkan ciri2 orang muslim. Ya Allah, ingat balik semua ni buat Jannah sakit kepala.
Lepas arwah papa meninggal, baru Jannah tau, rupanya Joana sangat terror mengaji. Jannah nampak dia baca yassin kat kubur papa.
Jannah tanya Joana kat mana dia belajar mengaji. Dia cerita kat sekolah dulu memang dia selalu ikut usrah dan kelas mengaji. Joana cerita, abis je sekolah Joana dah tk mengaji lagi. Tapi skill membaca al-Quran Joana masih ada.
Jannah tiba2 rasa terdetik nak berubah. Start February, Jannah mula pasang tekad tak mau pakai sexy dah. Jannah letak dalam plastik sampah hitam semua baju seluar yang tak berapa nak senonoh. Letak dalam stor.
Jannah mula pakai tudung awal Mac. Gigih beli tudung banyak2 kat lazada. Perasaan happy tu, tak tergambar. Rasa selamat. Rasa satu perasaan mcm bangga bila tutup aurat.
Rupanya macamni rasa dia pakai tudung. Selama ni Jannah pakai tudung masa pergi kubur dan kelas agama waktu sekolah dulu je.
Tapi semua orang perlekehkan Jannah. Orang cakap Jannah tak comel pakai tudung. Nampak selekeh. Nampak tua. Lagi sedih bila mommy sendiri yang perkecilkan Jannah. Mommy cakap kenapa yang tiba2 Jannah nak bertudung? Nanti rambut Jannah kepam, rosak bila pakai serkup tudung.
Tapi mommy cakap elok2 lah. Tapi tetap jugak ayat mommy tu buat Jannah sedih. Ada juga kawan mommy cakap Jannah dah mcm umur2 mommy dah sebab pakai tudung. Mommy bangga la, sebab orang cakap dia macam dah sebaya anak dia.
Jannah cuba positive. Mungkin Jannah tak pandai pakai tudung kemas2 lagi. Sebab tu nampak macam selekeh. Jannah gigih hari2 tengok youtube belajar. Nak tanya kawan2 pun, kawan2 Jannah, banyak yang kekurangan dari segi agama.
Betullah, kita bergaul dengan orang sekeliling, kita pun macamtulah jugak. Bukanlah Jannah nak aibkan kawan2 Jannah, tapi Jannah rasa Jannah berada di circle yang salah. Jannah rasa sangat susah.
Sebenarnya Jannah ada daftar kelas mengaji untuk dapat environment yang lebih positive. Mungkin dapat kawan baru ke kat sana. Tapi sebab pkp, kelas ni dijalankan secara online je.
Sekarang bulan puasa, Jannah rasa sangatlah teruji. Hari2 Jannah bangun sahur sorang-sorang. Kadang2 nangis sambil makan sahur. Buka puasa pun masak untuk Jannah je, pun makan sorang2.
Kadang2 rasa tak berbaloi nak masak bila dah letih balik kerja. Tapau kt apps je. Kawan2 yang dapat rezeki bangun sahur, buka puasa dengan keluarga, korang beruntung sangat2. Benda tu Jannah idam idamkan sangat.
Minggu lepas keluarga adik papa datang melawat kami sekeluarga lepas pkpb dilaksanakan ni. Kan dah boleh rentas daerah. Makteh ni antara adik papa yang rapat dgn papa dulu. Anak2 makteh pun baik dengan family Jannah. Makteh datang berempat dengan anak anak dan menantu dia.
Masa makteh datang tidur rumah kitorang 3 malam, Jannah happy sangat. Tak tergambar dengan kata2. Jannah ada teman bangun bersahur, berbuka puasa ramai2. Semangat rasa nak masak, nak makan.
Joana dan Sabri pun datang jugak memeriahkan rumah kami 3 malam. Jack pun acah2 macam berpuasa jugak makan berbuka beramai2 sama2 padahal tengaharinya Jannah dah nampak Jack goreng fries dan bancuh milo.
Selama 3 malam Jannah dapat berterawikh buat pertama kali dalam hidup Jannah. Meleleh air mata Jannah ni. Makteh ajar Jannah mengaji quran sama2 ikut live ustaz di kelas online yang makteh attend.
Makteh betulkan bacaan Jannah yang memang dah sedia tunggang langgang. Jannah menangis. Menangis sebab happy sangat sangat. Tak tergambar dengan kata.
Buat pertama kalinya, Jannah rasa berbunga2,dapat duduk dalam kalangan orang yang support Jannah, ajak Jannah berjemaah sama2, mengaji sama2. Dalam masa sama Jannah rasa cemburu.
Makteh sangat menitik beratkan hal2 keagamaan anak menantu dia. Tapi Jannah tak boleh jugak nak bandingkan dan samakan makteh dengan mommy, mommy mualaf. Mommy tak biasa diajar semua ni. Tiba2 hati dikunjung sayu teringatkan arwah papa.
Jannah beli buku2 keagamaan, Jannah ajak mommy baca sama2. Mommy asik menghadap phone dan cakap, nantilah mommy try. Jannah tak mampu cuba lebih dalam, takpalah pelahan2. Mungkin nanti mommy terbuka hati.
Joana pun ada Jannah hadiahkan dia quran, tudung, telekung dan sejadah sempena harijadi dia baru2 ni. Tapi Joana marah cakap Jannah macam dah nak mati pulak bagi benda2 macamtu. Jack lagilah, Jannah tktau cara nak approach dia macamana. Dia sibuk dengan dunia jamming dia.
Jannah mengaku, Jannah pun bukanlah baik sangat, sepanjang ramadhan ni dah 2 hari Jannah tak puasa tanpa sebab. Sebab kat office, semua officemate Jannah tak puasa. Dorang order makanan kat apps dan layur layurkan pada Jannah.
Jannah tak kuat, Jannah makan jugak. Lepas tu Jannah korek mulut dan muntahkan balik, Jannah nangis dalam toilet. rasa mcm hina sangat tak dapat tahan nafsu makan.
Belum lagi officemate yang asik mocking Jannah sebab Jannah tetiba pakai tudung. Jannah ada juga terdetik rasa macam nak buka tudung sebab tak tahan kena ejek. Tapi Jannah tahan, Jannah anggap je nanti lama2 dorang diam lah.
Lepas tu boss pun asik marah Jannah, you kenapa lambat2, sibuk nak solat lah apa, dulu you tak solat pun? Memanglah lambat sikit dari biasa. Nak solat, nak pakai tudung lagi.
Jannah sedih, susah nak dapat environment yang positive buat diri Jannah ni. Rasa macam nak resign. Tapi nak cari kerja baru, susah dalam suasana pkp ni.
Semoga anda semua dapat doakan Jannah supaya istiqomah ya, dan semoga roh arwah papa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Mungkin pemergian arwah papa menjadi detik perubahan bagi Jannah walaupun jalannya berliku dan penuh onak duri.
– Jannah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit