Janda vs Anak Dara – 12:59 AM

Janda vs Anak Dara

Salam kak min… terima kasih sebab sudi baca dan kalau di share adalah lebih baik sebab boleh tanya banyak pendapat. Hihi…

Straight to the point. Sekarang ramai yang kata "alah… anak dara pon dah tak dara hantaran saja nak mahal. Baik aku kahwin dengan janda hantaran murah"

Jujur, sebagai anak dara yang menjaga maruah sentap juga rasanya. Tertanya2 adakah semua anak dara dipandang serong begini? Bagaimana dengan aku dan gadis2 lain yang menjaga maruah dan batas diri. Ya, jujur aku tidaklah sewarak mana. Pakaian juga tidaklah berpurdah berjubah berhandsock. Aku belajar dalam bidang kejuruteraan jadinya ramai kawan lelaki namun aku tidak berpegang2 tepuk tampar malah dengan bekas kekasih juga aku tidak pernah pegang tangan. Jadi di sini, aku mahu bertanya adakah terlalu penting nilai "dara" itu pada lelaki? Bagaimana nasib aku dan gadis2 yang menjaga kehormatan diri jika mereka meragui kesucian kami? Bagaimana pandangan mereka dengan wanita yg tidak suci? Bagaimana pula pandangan mereka kepada mangsa rogol? Aku mempunyai kawan yg pernah dirogol ketika sekolah rendah, jadi bagaimana dengan nasib dia? Baru2 ini dia baru sahaja ditinggalkan selepas berterus terang dengan teman lelaki yang 3 tahun berkawan. So ada sesiapa boleh menjawab kesemua persoalan2 aku ini?

Lelaki selalu bandingkan anak dara dan janda. Janda itu bagus, pandai memasak, urus rumahtangga, jaga anak. Oh kalau benar mereka bagus, bagaimana boleh jadi janda?(Tidak semua.Ada juga suami yang gila melepaskan isteri yang baik)

Kakak ipar aku dulu juga begitu, anak bongsu manja. Serba serbi kekok buat kerja. Tapi abang aku tidak terus marah dan buang. Katanya semua ini perlu masa. Now, dia mahir cekap kerja didapur, urus anak, kemas rumah.

By the way, kaum lelaki jangan anggap isteri yang bakal kamu nikahi itu orang gaji. Bila isteri tidak tahu, didik nasihat bukan dicemuh ✌

– Chenta

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *