Jangan ambil ringan kes buli

Salam.. Saya harap admin approve post saya.. Saya tahu ramai students yang pernah menderita mcm saya..
Sepanjang saya bersekolah menengah, saya merupakan seorang mangsa buli. Bukan secara fizikal, but mental.
But u know, mental pain last for a long time.

(maafkan penggunaan aku dalam mod cerita)

Sekolah aku all girls. Masa aku form 1, aku ni selekeh, muka jerawat, hodoh, badan berbau. Yes aku tahu, banyak efforts aku nak ubah diri tapi puberty tak bagi chance. Manusia pun. Especially perempuan la. Dalam kelas aku kena maki, buku aku kena conteng. Kena pulau sampai takda orang kawan dengan aku. Alasannya, aku hodoh dan busuk. Senang ja kau judge aku time tu. Tapi even macam tu, aku sangat baik dengan cikgu. Memang orang cakap aku ramah, cikgu2 suka aku.
Tapi geng2 perempuan ni, tak senang tengok cikgu suka aku, then masa sorang cikgu salah faham kat aku, instead of explain benda sebenar, diorang menambah api lagi. Sampai cikgu tu memang benci aku. Cikgu tu pun duk maki aku walaupun aku ni teresak explain dekat dia. Alhamdulillah satu hari tu, cikgu tu dapat tahh benda sebenar and mula baik dengan aku, tapi tak pernah minta maaf dekat aku. Aku tahu dia cikgu tapi apa perasaan kau kena maki depan student lain, tambah2 bila kau tak salah and kau minta maaf banyak kali? Geng2 yang batu api tu, lagi la berlagak innocent..
Makin lama makin teruk. Macam2 diorang maki aku. Aku ingat lagi ada 2 orang ja kawan dengan aku, tapisetiap kali waktu rehat, diorang tak bagi kawan2 aku makan dengan aku. Alasannya, diorang tak suka aku, so kawan2 aku tak boleh kawan dgn aku. Korang baca benda ni macam kecil, tapi aku time tu mental breakdown, sebab hari2 macam ni. Belum aku duk asrama, kalau duk asrama, memang lagi teruk la. Disebabkan 1 insiden antara classmate aku & senior, aku dituduh jadi spy. Ceritanya, classmate aku mengumpat senior ni, and senior ni dengar sndiri. Senior ni pun satu, dia cakap aku cerita walhal aku tak kenal pun senior tu (seriously melainkan cikgu kelas and classmates aku tak kenal orang lain dalam sekolah aku) tapi nama aku naik. Dah aku kena maki hamun, then aku jadi famous kalangan students sama aku sebagai pengkhianat. So, aku daripada seorang yang tabah even kena buli pun , aku nangis on the spot, aku jerit kuat2 "kenapa aku?"

Setiap kali balik rumah, aku bagitahu parents aku pasal aku kena buli, tapi parents aku cakap, "biasala sekolah, diorang gurau ja tu", "biasala kawan2".. Aku tahu biasa macam mana, ni bukan biasa.
Buku2 aku diorang koyak, conteng, meja aku kena tores, conteng, kerusi kena buang. Waktu rehat ja bila balik kelas ada ja yang rosak, beg putus la, buku hilang la. Macam ada singa buat sepah dekat meja aku.
Even aku balik tunjuk parents aku semua bukti tu, still parents aku cakap aku buat teruk benda kecil. What?
Cikgu? Mestila aku inform cikgu, tapi sebab semua tu mental bullying, and aku takda lebam apa, so cikgu tak boleh buat apa2. Kaunseling? Cikgu kaunseling aku cakap aku yang mengada and kena berubah. Tak pernah cikgu cuba nak jumpa budak2 yang buli aku and tanya kenapa diorang buat aku macam ni.

Banyak kali aku confront diorang yang buli aku, aku minta maaf, aku tanya apa salah aku. Diorang just cakap "kau ni kenapa, pergi jauh la", "kau nak kena lagi teruk ke", "eh kitorang tak buat apa pun, kau yang lebih2". Aku memang da putus asa nak stop benda ni macam mana, so aku survive ja sampai aku tamat sekolah.

In the end, aku tamat sekolah, and before masuk u, aku berubah jadi seorang yang bising sebab aku taknak kena buli. Bila aku masuk u, aku kena buli lagi. Sama juga method dia, mental bullying. Cuma kali ni reasonnya sebab aku bising and friendly dengan orang. Orang yang buli aku state sndiri.

Aku da fed up dengan drama perempuan ni, aku mula hidup tanpa kawan perempuan, aku tak masuk cmpur hal orang. Bila diorg buli aku, aku tampar muka diorang. Yes aku tampar betul2.

Korang maybe kata aku kejam, tapi tahu tak apa anxiety and panic disorder boleh buat kat korang?. And from semua bullying tu aku dapat depression, panic attack,anxiety and macam2 masalah lain. Pendek kata, aku jadi gila. Even lepas jumpa doktor semua, takda sorg cikgu, parents, yang sudi nak cuba dengar aku. Instead diorang kata, aku melebih.

Aku tak cerita semua yang diorang buat kat aku, sebab banyak sangat. Walaupun benda ni dah lama berlalu, tapi aku still suffered ok. Benda ni affect aku teruk. And takda sapa minta maaf kat aku, seolah-olah aku layak dilayan macam tu.

Dalam setiap benda aku kena, aku yang kena berubah, aku yang kena minta maaf, tapi still aku kena buli, aku kena maki. Kenapa aku? Kenapa takda pihak nak cuba cakap dengang orang yang buli aku. Honestly takda orang dengar aku cerita smpai habis pun (kaunseling, parents, cikgu). Aku start ja "saya kena buli" terus diorang potong "ala, biasala budak2".

Ini tak biasa. Mentally or physically, kesannya tetap buruk berbanding baik. Saya minta kepada cikgu2, parents, kawan2 yang baca ni, kalau ada org datang cakap dia kena buli, at least dengar dia sampai habis. Siasat cerita dia. Jangan biar dia menderita. Orang yang tak rasa takkan faham.

Kepada orang yang membuli, jangan kau judge and buli orang senang hati, kau tu bukan Tuhan nak judge orang, and kau tak suci dari dosa pun. Kifarah Allah tu ada. Hari ni kau buli orang, esok lusa sapa tahu. I wish u the best.

– Miss

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

113 Comments

  1. Part tampar tu salute. My mum pun pernah pesan kat kami adik beradik, kalau org buli lebih2 tampar je. Cuma tu la.. masing2 xsggup. Confessor someone yg strong. Look forward and be successful. That way, klu2 tjumpa org yg pernah buli tu, you can subtlely rub it in their face. Tapi biasa time sekolah ni masing2 xmatang lg, so bila dh besar maybe diorg sndiri mnyesal. If so, try to be nice to them.

  2. Anak lelaki aku penah kena buli sampai xnak pi skolah…darjah 2 jer pun masa tu..report kat cikgu..cikgu wat bodoh…ha tu satu lagi masalah sekolah..xde tindakkan…last sekali aku cakap..budak tu kacau..tumbuk je..biar pecah bibir..biar aku jawab kat balai xpe…

    Mmg anak aku tumbuk hehehe.. and parents budak tu ngaku anak dia mmg degil…guru besor sekolah tu pun seminggi pastu kena tukar sekolah..sebab aku report kat PPD…

  3. My brother pnah cte. His coworker’s son yg darjah 2 asyik kne buli smpai kne paksa minum air kencing. And his mom ckp kt ank die ‘Tu laa ko. Lembut sgt smpai org buli’. Im like whaaattt?? If i were his mom, i would have done a police report.

  4. Same goes to me. Saya dulu dihina dekat sekolah kerana memiliki kulit yg gelap. Mmg diejek,ditertawakan dlm klgn lelaki di hadapan kawan2 dorg. “Blackout, justin bieber hitam(sbb masa tu saya minat justin bieber) n so on” . tak ramai kawan, n tak disukai ramai. banyak lagi kisah2 yg menyedihkan tp malas nak cerita n kenang balik .

    Memang sedih, hilang keyakinan diri n kadang2 tidak diberi peluang utk menjadi ahli jawatankuasa utk satu society memandangkan semua dinilai berdasarkan rupa luaran semata2 bukan kerana kebolehan n kemampuan seseorg. Ya, yang cantik disanjung, yang tak cantik.. hm .

    Jadi sepanjang tempoh tu, saya pedulikan mereka, belajar, be top student, score well in study, n now kat universiti. And then, selepas saja tamat persekolahan, saya ambik inisiatif utk ubah diri saya. Saya taknak selamanya ia jd mimpi ngeri, n tiba masa semuanya berakhir.

    N now, saya mula dipandang. seharusnya mentaliti masyarakat harus diubah. Bukan menilai seseorang berdasarkan rupa,luaran, n menerima setiap kekurangan masing2. Tapi hakikatnya itu yg dinilai masyarakat sekarang.

  5. Ak pernah kena buli dr segi mental masa sekolah rendah. Tp xde la seteruk sampai dorang jahanamkan harta benda ak. Atas alasan ak gemuk, bdn berbau, jeles etc. Tambah lg dgn sorang ustazah ni yg bermusuh dgn kami satu famili yg ak sdiri x fhm atas sbb apa. Tp ak x simpan dlm hati sgt. Cuma luka tu kekal sampai lps habis je sekolah rendah, sebahagian drpd memori ak hilang. Ak cuma ingat beberapa kisah je dan mostly adlh yg pahit. Yg bahagia2, happy2 tu lenyap terus mcm x pernah terjadi. Mgkin sbb pressure dr minda ak sndiri yg blame diri sndiri for whatever happened. Ak x de la sampai kena depression yg teruk. Early depression maybe. Sbb kisah buli tu hanyalah part of the main story yg pernah buat ak rasa nk bunuh diri. But worry not. Skrg ak dah ok. Trauma yg lama tu dh makin hilang. Alhamdulillah.

    Jd, utk confessor pun, you can do it! Wish you luck! :)

  6. Sedap bila ko tampar. Puas hati aku baca. Bitches mmg kena ajar dgn penampar berdas das.
    Dulu aku teringin gila nak sekolah all girls sbb pikir bebas seronok semua perempuan. Tp aku x terpikir plak the bad side dia

  7. Hurm.. dah besar ni letak penandaaras dalam diri.. kalau orang luar lebih2, tegur je secara berhemah jgn pendam sbb kita ada hak kann.. jgn takut menegur, tak salah buat teguran.. janji buat dgn berhemah…

    Tak pernah rasa dibuli sbb diri ni keras kepala dan kwn2 semua baik2..

  8. Saya pernah lalui..tapi sy cuba kuat sbb xnak tunjuk sy lemah pda org yg buli sy..de waktu down..bohong xpnah rsa down..abah mak cuma ckp sabarlah..dan saya cuba bersabar..dari f1 smpai f5 sy dibuli secara mental…sy xpe..tapi xsangka..lepas saya habis bljr..sy dpt tahu adek2 sy turut dibuli..ksian kat adek2 sy pun alami…balik nangis2..xnak g sekolah..kawan baik sendiri tikam belakang..smpai pindah sekolah..dekat skolah baru pun de juga yang membuli dia..akhirnya dia dpt msuk skolah asrama..org2 yg membuli ni bila ditanya..alasan yang sgt remeh..dan bagi org yg xalami akan nampak remeh..buli mental lebih sakit kerananya kesannya lama..yang prnah mntak maaf sorg dua je..lain buat mcm xpernah buat salah..n for friends yg sntiasa de ketika susah senang..terima kasih..for cikgu please la jgn pandang remeh mslh mcm ni..buli mental bukan isu remeh..jadi perkra seronok org2 mcm ni buli org..

  9. Mmg org buruk gemuk ni sng jd target pembuli ea? Ap dosa kami? Kena pulau, kna maki.. cikgu pun 2×5. Smpai skrg aq ingt ustazah tu. Btapa pilih kasihnya dia!!
    Sbb tu jgn kecam klau ad budak2 yg xnk pegi sekolah. Sekolah rendah x pnh ade dlm memori aq. Aq ingt pun xnk. Aq doa pembuli tu bhgia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *