Jangan Benci
Assalammualaikum..
Thank you kak min kalau sudi baca dan post kan cerita aku. Hehe.
Dulu masa kat matriks, aku benci kat sorang classmate aku sebab dia ni bising sgt sampai aku rasa dia ni kengkadang mengganggu proses pembelajaran aku. Dan akhirnya, kami jadi kawan baik, teman ke masjid di akhir2 sem.
Masa aku tengah buat master, ada satu budak ni aku x suka, pun dia jenis sangat bising di luar mahupun dalam bas. Masa tu aku rasa dia poyo. Hehe. Dan akhirnya, dia jadi one of my favorite student.
Masa aku tengah study, aku ada x suka budak ni sebab dia suka alih2 kain jemuran aku. Kalau terserempak, aku mengetatkan muka sbb nak beritahu x suka. Dan akhirnya, kami jadi jiran yang baik, siap saling bertukar2 juadah kalau kami memasak.
Dan aku akhirnya diberi ujian, satu hari tetiba ada wanita msg marah2 dan membenci aku, kata aku mengacau suaminya. Kerana pengajaran dari pengalaman di atas, aku cuba layan dia sebaiknya, dan mengakis anggapan benci dan buruknya. Akhirnya, aku jadi tempat dia pinjam telinga secara percuma.
Moralnya di sini. Janganlah kita berlebihan dalam suatu perkara, especially dalam membenci dan bermusuh sesama kita tanpa kita kenal betul2 siapa dia. Penat tau nak benci manusia ni, perlukan usaha dan banyak bazirkan masa untuk sifat prasangka yg x sudah2. No haters, hati tenang, dunia pun indah. ^__^
– gulagula getah