Jangan berharap selagi belum halal – 11:16 PM

Jangan berharap selagi belum halal

Aku terdiam. Aku rasa tak percaya dengan apa yang aku dengar lalu terus meneruskan kerja seperti biasa.Hatiku rasa tak sedap, aku bertanya pada kak Mas, kawan sekerja aku.

"Kak, betul ke Afif akan berkahwin bulan 7 ni?

Kak Mas menggangguk. Aku terkejut tapi aku cuba sembunyikan perasaan kecewa. Lelaki yang aku ingin merisik rupanya sudah dimiliki.

"Akak pernah tengok rupa perempuan tu?"

"Pernah, perempuan tu cantik dan tinggi. Memang sesuailah dengan dia". Aku tersentak. Perasaan cemburu mula menguasai diri tapi aku tak nafikan gadis itu sesuai dengan Afif yang tinggi, berkulit putih kemerahan dan baik.

Wajahku berubah menjadi pucat sehingga ditegur oleh ibuku sendiri selepas kerja. Mujurlah aku tengah demam, aku tidak mahu ibuku mengetahui perasaanku ketika ini…

Selepas puas menangis dalam doa,aku whatsapp sahabatku dengan harapan sahabatku akan memberi nasihat.

"Awak ingat tak pasal lelaki yang Nis minat tu? Dua minggu sebelum ni Nis buat istikharah dan tiga hari sebelum ni dah dapat jawapan,tapi Nis tak yakin sampailah hari ni. Nis kecewa bila dapat tau dia nak kahwin".

"Macam kes ana beberapa tahun yang lalu, lepas je tau si dia dah bertunang, kawan-kawan yang lain cuba tenangkan diri ni, mereka cakap ramai lagi lelaki yang lebih baik dari dia. Kak Wafi pesan, jangan sedih sangat. Allah nak tunjuk sesuatu pada ana. Ana solat istikharah tapi tak dapat jawapan. Ana rasa tenang bila dapat tau mereka akan berkahwin. Jadi Nis kena doakan kebahagiaan mereka. Teruskan berdoa"

"Bila Nis jumpa dia di tempat kerja, Nis rasa tak tenang. Mungkinkah tu petunjuk istikharah yang Allah bagi?"

"Nis, pertemuan tu tak semestinya menyatukan. Nis tau tak? Ramai yang terlepas pandang, ada yang solat istikharah tetapi tak betul-betul kosongkan hati dan ramai yang bawak perasaan tu dalam solat. Contoh, teringat nama si dia. Sebab tu kita kena solat sampai betul-betul dapat jawapan. Bukan solat sekali dua".

Aku akui kebenaran kata-kata sahabatku. Benarlah, luka bukan tercipta oleh hati yang ditinggalkan. Tapi oleh rasa yang enggan melepaskan (Kak H,Telegram)
.
.
Aku scroll facebook " Lelaki yang kita sangkakan baik untuk kita tak semestinya baik untuk kita dunia dan akhirat. Adakah kita 'yakin' dan 'jamin' dia dapat membahagiakan kita?"

Aku tersentak lalu aku mesej kenalan fb-ku.

"Assalamualaikum akak, saya cuma nak cakap terima kasih sebab tulis post yang menyedarkan saya. Tulisan akak benar-benar menyentuh hati saya. Baru semalam saya dapat tahu lelaki yang ingin saya merisik sudah berpunya dan akan melangsungkan perkahwinan bulan 7 ni. Kata-kata akak mengurangkan kesedihan dan membuatkan saya redha”

“Waalaikumussalam dik, Allah yg nak pujuk tu :) tulisan akak biasa je. Allah selalu menyusun yg terbaik untuk adik. Berdoalah banyak-banyak tika diuji hebat. Minta pada Allah supaya Allah kurniakan lelaki yang lebih baik. Akak memahami perasaan kecewa kerana akak juga pernah kecewa dengan harapan manusia, tapi bila suatu saat kita berharap pada Allah, subhanallah nikmatnya Allah bagi berganda-ganda dari yang kecewa tadi.”

“Allah dah buktikan pada akak, dan Allah pasti akan buktikan pada adik. Akan datang kelak seseorang yg benar-benar menghargai dan menyayangi kita kerana Allah yg kirimkan dia ‘special’ utk kita, trust HIM”
.
.
Hari ini, aku berterima kasih pada Allah kerana memberi ujian sedemikian rupa. Hatiku menjadi tenang tidak seperti dulu. Aku berpegang teguh pada kata-kata sahabatku, “Selagi awak belum bernikah, jangan sesekali meletakkan harapan yang tinggi untuk memiliki seseorang kerna hati manusia berubah-ubah. Carilah Allah kerana DIA yang memberikan ketenangan itu”

Cerita di atas diispirasi daripada kisah benar yang berlaku dalam hidup aku dan diolah semula dalam bentuk dialog. Aku berharap kisah ini menjadi pengajaran buat wanita diluar sana supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada bakal imam anda. Moga-moga kisah ini juga mampu meredakan perasaan sedih andaikata lelaki yang anda ingin kahwini tidak dapat anda miliki.

– Hamba Allah

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *