Assalamualaikum Admin, Sis nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada admin untuk approve post akak. Sis pun seorang pembaca IIUM confession ni, dalam banyak-banyak post, sis tertarik dengan post adik Ironside ni. Boleh baca confession nya di (https://iiumc.com/pentingnya-syukur-dalam-taaruf-mencari-jodoh/).
Dari segi penulisannya, saya boleh lihat ikhlasnya hati adik Ironside ni. Dari perspektif sis, syukur yang dimaksudkan itu bukan sahaja merujuk boyfriend dia, tetapi merujuk kepada diri dia. Dan konsep memahami “terima seadanya” adik ini memang advance akak cakap. Selalunya orang beri peringatan kerohanian (cliche), tapi sis bagi peringatan secara humanistik.
Saya merasakan adik ini mencari jawapan secara terbuka, dan saya puji tindakan dia untuk tidak memalukan mana-mana pihak. Pertimbangannya sangat baik, sis merasakan adik ini tidak mendapat jawapan dan motivasi sebenar dari orang yang totally strangers.
Dari segi nama firasat sis menyatakan adik ini barangkali seorang individu yang sis kenali cuma menggunakan versi yang berlainan tetapi maksud yang sama. Benda pertama adik yang kena buat, perlu merasakan syukur sedalam-dalamnya. Ini kerana, Allah sudahpun tunjuk sikap dia awal-awal buat diri adik. Jangan sekali-kali merasakan diri adik rendah dek kata-kata yang adik terima sama ada diluar media atau didalam media sosial.
Pada pandangan sis, sesiapa yang akan miliki adik semestinya satu rahmat besar kerana rasionaliti yang ada pada adik, penerimaan adik, pengetahuan adik. Ironside ni bukan calang-calang gadis yang dilahirkan ke dunia, fikiran luas, otaknya cerdas, mudah menerima ilmu, dan mampu mendidik, sis doakan kelak adik melahirkan zuriat, zuriat adik ini hebat-hebat orangnya. Apa yang adik akan hadapi?
Ya, adik akan dipersalahkan apabila memutuskan hubungan. Tapi adik jangan risau realiti mengatasi perspektif, perspektif negatif pasti akan pudar apabila adik membuktikan kesemua apa yang adik ada. Cuma masa, sahaja adik perlukan. Tambahan pula, adik mempunyai hubungan baik dengan ahli keluarga dia. Lagi mudah.
Adik memilih ayat taaruf kerana adik sangat tinggi untuk memahaminya. Ramai orang ingatkan taaruf ni setakat tau nama dan umur. Hakikatnya, fasa ini boleh digunakan juga semasa bercinta. Jangan risau, bercinta tu it’s okay la jadi perkara try and error. Cinta monyet ke tak monyet, kalau Allah izinkan yang cinta monyet tu ramai je yang kekal. Kunfayakun.
Seterusnya, percaya kepada masa. Adik kena percaya yang masa untuk adik sentiasa ada, sebabnya dik, masa tak akan cepat dan tak akan lambat. 1 minit tetap 60 saat, 60 minit tetap satu jam, Semua perkara kat dunia ni ada timingnya. Jadi jangan cuba untuk takut try and error. Kalau adik gagal, itu lah yang akan menjadi pengajaran untuk adik. Allah sayangkan adik tu, nasib cepat nampak perangai buruk bf adik tu. Kalau dah jadi wife, lagi haru, mau adik ni salah satu yang akan confess cerita KRT tu.
Cemuhan dari orang lain. Pelbagai dugaan yang akan adik tempuhi, terutamanya cemuhan, dan inilah adik akan hadapi. Sebab pandangan dan pemikiran adik yang luas. Semestinya adik ni selalu di “Boo” oleh orang lain dek pandagan yang diberi. Sis pasti adik ni active learner orangnya.
Yang siap cakap adik bodoh tu buat tak tahu jelah, sebab apa, sis bagi contoh, bagi budak soalan calculus kat orang yang memang tak nak belajar, mesti dia akan kata soalan tu bodoh kerana kombinasi huruf dan angka didalam tu sedangkan itu soalan matematik kenapa punyai huruf didalamnya. Hakikatnya dia perlu memahami prosedur calculus, baru boleh memahami. (hehe gurau ye dik). Mulut kita pun tak boleh nak tutup, apa lagi mulut orang? Just ignore them.
Ada yang akan benar-benar memahami adik. Untuk adik, adik sangat istimewa. Kalau orang yang pandang dari hati itu, pastinya adik wanita sangat sempurna. Lawa ni dik bukan nak kena berat 45kg, pinggang lagi kecil dari seluar size 2 Brands Outlet tu baru lawa. Ada je yang berkenan dengan gadis bertubuh besar dengan memandang dengan hati mereka sendiri.
Kalau orang dok bahan-bahan adik especially lelaki, cuba tanya dia, antara kapcai dan superbike, mana lebih suka? Pastinya superbike kan?(commonly, jangan terasa wahai lelaki) walaupun besar dan berat tetap ada kelebihan. Kapcai ni awal-awal masa broke je pakai, dah berkepuk duit, superbike smpai 1200cc juga yang dicari. Mafhumnya, gadis yang istimewa adalah milik lelaki istimewa. hahaha
Adik ini mempunyai nilai yang tinggi, sesuatu nilai yang tinggi, pasti memilikinya bukan calang-calang orangnya. Just proceed your humbleness, seperti padi kian berisi kian merunduk. Kejarlah cita-cita adik, adik ni sangat istimewa orangnya. Kerjaya dan cita-cita itu sangat penting pada umur macam adik ni, ini demi masa depan adik dan keluarga.
Semoga kerja keras adik kesemuanya untuk selama akan dibayar dengan lelaki yang benar-benar memahami “menerima dia dengan seadanya” setaraf dengan level pemikiran adik. Jika adik masih belajar, bersungguh-sungguhlah dalam menghabiskan pengajian. You deserve to graduated with flying colours. Berbalik pada superbike 1200cc, buyers untuk jenis ni ada ramai tak? tak ramai dik.
Itu sahaja dari Sis Listener. semoga nukilan sis ni menjadi panduan buat Adik Ironside dan orang-orang di luar sana. Ironside ni menulis secara plot twist, jadi kene baca guna nurani, baru faham. Apa yang disampaikan pun bukan tujuan suka-suka macam page lain. Sekian terima kasih. Semoga adik tabah dalam menjalani hidup adik yang mendatang.
– Sis Listener
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit