Aku nak ulas pasal doktor pakar bedah itu daripada pengakuan mangsa mangsa dia yang berbeza itu.
https://iiumc.com/aku-pun-terpedaya/
https://iiumc.com/mangsa-doktor-kaki-perempuan/
Yang kenal dan tahu kisah pun ramai, cuma masing masing pembaca senyap saja. Malas masuk campur.
Yang rajin nak tulis ini mungkin mangsa mangsa dia yang berkongsi jalan cerita yang lebih kurang sama.
Entah entah berpakat kot nak dedahkan isu ini memandangkan makin ramai dah buka cerita sejak ada media sosial dan confession. Diorang tidak dedahkan identiti pun. Semua dalam tekaan. Ada yang betul ada yang salah.
Kenapa sampai ramai terpedaya? Kenapa sampai dia boleh main main nikah cerai berbelas kali dan buat perempuan sekadar tempat lepaskan nafsu saja?
Ni ulasan aku:
1. Lelaki yang bersikap kaki perempuan ini mula berkenalan hai hai dan perempuan melayan kerana terpikat dengan status dan pangkat dia.
Bila Google tengok dia seorang dikenali, ada banyak video dia tentang nasihat perubatan jadi perempuan pun cair. Masuk perangkap dia.
2. Dia cakap lemah lembut, soft spoken dan kata kata manis jadi perempuan mudah terpikat dengan cara dia.
Yang tahu dan kenal dia, tahu dia memang macam tu. Dia acah acah alim waraq (katanya lebam di dahi) jadi dia nampak baik. Perempuan masuk perangkap lagi.
3. Dia dating dengan perempuan naik kereta mewah dia, jadi seperti biasalah perempuan cair terduduk dengan kereta mewah. Berangan nak jadi bini orang kaya. Berangan nak ada suami kaya dan ada nama. Dia menang lagi.
4. Dia boleh berjanji nak jadikan isteri walau sekejap perkenalan jadi perempuan termakan pujuk percaya dia sedangkan mungkin itu helah nak bawa perempuan tidur dengan dia.
Perempuan masuk perangkap. Apa dia nak kisah dengarnya nikah cerai belas kali. Cerai pada tangan dia.
5. Dia beli perempuan dengan duit dan kemewahan. Belanja makan tempat mewah dan belikan barang barang berjenama. Kerap bagi hadiah dan duit. Dia sangat mahir dengan kelemahan perempuan.
Kalau ramai perempuan bijak kenapa masih ramai jadi mangsa dia? Mereka semua tak bijak ke? Mangsa dia bukan calang calang juga. Ramai bertaraf professional dan jutawan pun ada katanya.
6. Bila dia minta putus, dia gunakan alasan tawar hati sedangkan dia dah boring atau ada perempuan lain. Dia guna alasan dia tak paksa perempuan ke hotel dengan dia.
Memang betul tiada paksaan kerana perempuan tu semua mabuk cinta dengan sikap kasanova dia. Jadi tindakan apa nak ambil? Report polis suka sama suka? Memalukan diri sendiri adalah. Dia menang lagi.
7. Bila mengadu kepada majikan dia, majikan tak nak masuk campur hal peribadi. Majikan beri sokongan kepada staf konon dia hebat, waraq, baik tak seperti aduan.
Memanglah itu sikap dia depan majikan. Takkan nak jadi buaya darat pulak dekat majikan dia. Jadi selamatlah dia.
Perempuan tu semua cuma nampak perempuan bodoh yang tergila gilakan dia sedangkan masing masing suarakan hak terpedaya. Campur sedikit perasaan geram dan dendam.
8. Sesama perempuan pun saling menyalahkan kononnya tak fikirlah, tak berhati hati, padan mukalah, gila hartalah.
Tahu ke semua mangsa ni tak nak pun jadi lauk dipermainkan hati perasaan dan maruah. Kecewa dia sampai makan diri. Mangsa ni semua harapkan sokongan kaum sejenis tapi komen2 banyak yang menyalahkan mangsa.
Perkara ni dah jadi, nak salahkan tu terima saja cuma tambah tekanan sahaja. Aku baca mangsa dia ada yang harap tak ada lagi mangsa selepas ini.
Bukan minta kena kecam siap salahkan lagi. Ada yang menghina pun. Ramai lagi jadi mangsa lelaki buaya darat selain dari doktor ini.
9. Sesama perempuan pun berebut nak jadi pemilik dia sampai saling burukkan sesama sendiri.
Konon siapa jadi isteri dia, orang tu la pemenang. Dia dah ramai jandakan perempuan pun. Ada yang beranak ramai pun. Apalagi dia pun tambah lemak, menang lagi boleh buat lagi.
10. Jadi untuk isu ni aku rasa kita semua beringatlah bukan dengan dia saja pun. Dengan sesiapa. Sesuatu perkara yang dah jadi perlukan sokongan moral semua untuk diatasi.
Bukan untuk saling menyalahkan dan ungkit balik kesalahan masing masing. Salahkan doktor kasanova itu pun dia tak jejas apa. Masih ada perempuan lain saja dengan dia sekarang.
11. Untuk doktor tu pun, aku tak rasa mangsa mangsa dia nak cari balik, balas dendam dan hancurkan kerjaya dia.
Cuma sekadar luahan pernah dipermainkan hati perasaan dan maruah mereka. Biasalah bila dikhinati memang ada rungutan dan ungkit balik tak puas hati.
12. Janda janda dan anak anak dia ramai saja. Ada yang dah dewasa. Mungkin ada yang tahu kisah ini.
Masing masing senyap tak mahu keruhkan keadaan dan mungkin dah move on dari sakitnya dipermainkan masa depan mereka. Mereka pernah sebantal lebih tahu perangai doktor ini.
13. Kalau doktor tu baca confession ini (katanya dah tutup FB)atau kenalannya, harap dapat beri nasihat dan bimbingan untuk dia berubah ke arah lebih baik. Sikap buat tak tahu kadang kadang buat dia makin naik lemak dan rasa tak bersalah apa pun.
Kasihan perempuan yang lurus, mudah percaya dan termakan janji janji dia. Tak semua perempuan bijak dalam tindakan. Apatah lagi jika ditipu.
14. Harap majikan pun ambil serius hal ini kerana pekerjaan dia melibatkan ramai perempuan. Takut ada lagi pesakit dijadikan mangsa dan menjejaskan nama baik tempat kerja dia.
15. Dengarnya ramai lagi kasanova yang berjawatan tinggi di luar sana. Ayuh kita semua beringat dan berhati hati.
– Ira Amirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> http://iiumc. com/submit