Assalamualaikum semua. Selalu sangat sekarang ini saya jumpa, baca atau dengar di mana-mana media sosial orang menggunakan ayat-ayat berikut:
1) Jangan menghukum.
2) Kau ingat kau malaikat ke.
3) Kau ingat kau Tuhan ke boleh tahu dosa pahala orang.
4) Jangan buat kerja tuhan.
5) Kau jangan sibuk entah nanti pengakhiran dia lagi baik dari engkau.
6) Kau tu sibuk-sibuk nak tegur orang ni kau tu dah tentu masuk syurga ke.
Siapa lah yang mulakan ‘trend’ ayat ni? Dan ramai lah orang kita yang diperbodohkan dengan ayat ni.
Dalam konteks yang lebih besar, ianya membuka ruang kepada ramai orang terutamanya anak-anak muda kita untuk tidak takut berbuat dosa/ membuat benda yang salah.
Sebab mereka ini sudah termakan dengan dakyah “Kau siapa nak nak cakap apa yang aku buat ni salah. Kau tuhan ke boleh tentukan dosa pahala aku”.
Yang sedihnya ramai pulak yang sokong ‘trend’ ini dan sudah membarah dalam masyarakat kita sampaikan ada situasi seperti di bawah:
“Biarlah dia nak bunuh orang pun. Kau jangan nak buat kerja tuhan, mana kau tahu dia berdosa. Kita tak tahu apa yang dia hadap selama ni.
Entah ke pengakhiran dia nanti lebih baik dari kita”
“Biarlah dia nak bunuh orang pun. Saya takut nak cakap lebih-lebih. Saya pun ada anak ada adik, lebih baik saya jaga keluarga saya sendiri.
Entah ke pengakhiran dia nanti lebih baik dari kita nanti”
Saya tak boleh nak hadam, tak boleh nak ‘brain’ contoh2 ayat tu. Kita cuma menyatakan sesuatu benda itu salah, itu sahaja. Bukannya menjatuhkan hukuman ataupun buat kerja tuhan.
Kalau jenis yang menegur sekali dengan cacian, makan, hinaan tu saya pun tak sokong.
Yang itu memang salah.
Tapi janganlah disebabkan ‘trend’ ini membuatkan orang Malaysia sekarang ni ramai yang buta/ bisu/ takut untuk menegur/ menyatakan benda yang salah.
Sepatutnya perbuatan yang salah, tetap lah salah. Perbuatan yang berdosa tetap lah berdosa. Tak perlu nak tunggu pengakhiran nanti baru nak buat baik.
Sebagai contoh:
Tidak menutup aurat itu merupakan perbuatan yang berdosa. Hukumnya jelas dan telah dinyatakan di dalam Al-Quran.
Jadi ianya tidak menjadi satu kesalahan untuk kita menegur atau menyatakan perbuatan itu salah dan berdosa.
Suka untuk saya tegaskan sekali lagi di sini, kita cuma “menegur” atau “menyatakan” bukan menghina, mencaci maki.
Kepada golongan-golongan yang suka menggunakan 6 contoh ayat di atas tadi, di dalam contoh kes tidak menutup aurat ini.
Cuba fikir siapa sebenarnya yang cuba buat kerja tuhan? Tuhan sudah nyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran sesuatu perbuatan itu salah dan berdosa.
Anda pula pandai-pandai menjadi tuhan dengan menyatakan sesuatu benda itu tidak salah dan tidak berdosa.
Anda pula mengambil alih kerja tuhan untuk mengampunkan orang, melawan hukum yang telah ditetapkan.
“Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya,
Dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman”. (Hadis riwayat Muslim)
Ini sahaja sedikit pendapat dan luahan dari saya. Sebab bagi saya budaya bodoh ini sudah membarah dengan teruk dalam masyarakat kita.
Terima kasih.
Assalamualaikum.
*nota kaki
Saya tidak menyokong orang yang menegur dengan cara makian, hinaan, cacian.
– Anon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit