Jangan Cemarkan Profesion Seorang Guru

Jangan Cemarkan Profesion Seorang Guru

Assalamualaikum..

Lama dah saya taip ni. Tapi saya tak tahu macamana nak sampaikan tanpa orang tahu siapa saya. Cukuplah sekadar ‘anonymous’..

Kalau kena kecam pun, tak de lah terasa sangat. Hihihi..

Ada perkara yang saya rasakan bagi saya serius untuk saya berpesan pada para guru (mungkin saya tidak sporting @ kolot).

Ia berkenaan sambutan Hari Guru. Saya rasakan banyak sangat acara sambutan hari guru yang sangat tidak sesuai melibatkan anak-anak.

Benda paling simple, cikgu-cikgu ‘terkinja-kinja’ di atas pentas (mohon maaf saya gunakan bahasa kasar), sedangkan anak-anak terkebil-kebil duduk di bawah pentas melihat persembahan cikgu terjoget-terjoget tidak kira lelaki mahupun perempuan. Lebih-lebih lagi anak-anak di sekolah rendah. Allahu..

Malah lebih teruk lagi, banyak yang dibuat rakaman ‘langsung’ di media sosial, khususnya Facebook. Merasa bangga memberitahu pada dunia, kononnya menjadi guru-guru yang sangat sporting, walhal hakikatnya turut memegang status sebagai isteri dan ibu.

Ya, saya mungkin kolot. Juga tidak sporting. Saya cukup sedih bila guru-guru yang sepatutnya memberikan contoh yang baik, menunjukkan perbuatan yang tidak baik.

Kita marah bila anak-anak pelajar kita ber ‘tiktok’, ‘smule’ dan sewaktu dengannya, tetapi, kita sendiri dengan bangga menyanyi, berjoget, bertepuk tampar di atas pentas sambil disaksikan olah anak-anak pelajar.

Lalu, apa yang salahnya jika pelajar-pelajar buat. Cikgu pun buat jugak.

Saya tahu, dosa hak masing-masing. Tapi saya teringin sangat untuk menegur bukan sekadar mahu lepaskan tanggungjawab menegur perkara kemungkaran, tetapi saya risaukan anak-anak bangsa saya.

Ya, ibu bapa memainkan peranan utama mendidik anak-anak. Namun, perlu ingat, insan seterusnya adalah GURU di sekolah. Percaya atau tidak, kita tahu yang anak-anak lebih percayakan dan idolakan cikgu-cikgu daripada ibu bapa.

Jika pengaruh yang tidak baik ditunjukkan, anak-anak senang mengikut.

“Apa yang salah? Cikgu buat jugak…”

Hmmmmmm..

Banyak cara untuk menunjukkan kita sporting untuk sambutan yang melibatkan pelajar. Tak perlu menjadi terkinja-kinja.

*Maaf saya menggunakan bahasa kasar. Saya tegur ikhlas demi anak bangsa. Mungkin nampak kecil di mata orang, tapi bagi saya, ia cukup besar. Islam itu indah. Islam membenarkan hiburan selagi tidak melampaui batas dan syariat.

Cukuplah banyak kelompok masyarakat yang menunjukkan contoh tidak baik buat anak-anak, janganlah ditambah bilangan kelompok itu oleh para guru.

Jom kita sama-sama kembalikan martabat perguruan.

Wallahuallam.

Ibu & pendidik.

– Anisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit