Assalamualaikum.
Tujuan aku menaip disini adalah untuk kita semua bersama-sama muhasabah diri dan kembali kepada ajaran agama dan marilah mencontohi akhlak Rasulullah.
Aku seorang perempuan, dan ye. Aku jugak seorang yg sedang dan masih berhijrah. Berhijrah meninggalkan kesan dan tapak lama itu bukan mudah, ianya lebih sukar daripada tinggalnya kesan jerawat di pipi kita.
Aku bukan dilahirkan dalam keluarga yg dididik sepenuhnya dengan agama, yg dilahirkan oleh ibu bapa yg tinggi ilmunya, tidak jugak dilahirkan dari kalangan org-org yg telah Allah beri rahmat didalam keluarganya. Suasana keliling aku jugak tidak membawakan akidah islam itu dengan sebaiknya.
Tetapi aku syukur, walaupun sejauh mana aku telah pergi dengan dosa2 yg setinggi awan disana, Allah masih mahu aku balik, Allah masih mahu aku kembali, kembali pada jalan yg sepatutnya aku tuju.
Hebatnya Allah, hebatnya Allah disaat aku melakukan dosa-dosa besar, disaat aku bermaksiat kepadaNya, disaat aku culas akan tggungjawab aku, dia masih menyembunyikan aib aku. Ye, kawan-kawan ingatlah, hebatnya kita dimata manusia adalah kerana hebatnya Allah menutup aib kita.
Korang tahu apa aku rasa? Aku rasa malu, sedih, terasa nk hentak kt dada aku setiap kali sujud dan berdoa, dengan mengendong dosa yang banyak, Allah masih buka peluang utk aku solat dan berdoa, Allah juga makbulkan permintaan aku. Hinanya aku, baiknya Allah.
Tahu berapa kali dah aku tewas? Setiap langkah aku kedepan, setiap kali itu jugak aku jatuh semula, jatuh yg membawa aku kearah dosa-dosa aku semula. Sakit, ye sakit utk seorang yg sedang berhijrah utk melawan semula dosa-dosa yg pernah dilakukan. Hanya yg benar2 merasakan shj mampu mengutarakan bagaimana perit, sakit dan payahnya sebuah perjalanan utk berhijrah.
Tapi, dalam banyak-banyak kekecewaan yg Allah bagi, aku paling kecewa dengan sikap segelintir manusia yg sering mempertikaikan, mengejek, apatah lagi menghina. Digelakkan itu seperti sudah biasa dah utk aku, aku dah lali. Sesungguhnya kekuatan ini adalah dtg ya dr Allah jua.
Kawan-kawan, aku mohon, bantulah kawan-kawan yg sedang berhijrah. Sesungguhnya org yg berhijrah ini jiwanya rapuh, langkahnya lemah. Jika kamu tidak mampu membantu, jangan pula kamu sakitinya dengan kata-kata sinismu, kata-kata perlimu. Sesungguhnya ia amat mendukacitakan, dan merosakkan hati. Jika tak mampu beri bahagia, jangan pula memberi duka kepadanya.
Bantulah, sokonglah dan doalah pada mereka yg sedang berhijrah dan masih berhijrah. Beruntung bagi mereka yg berhijrah kerana merasakan dua fasa didalam dunia ini, fasa yg setiap nya mempunyai daya yang berbeza. Kerana tidak semua diberikan rasa ini.
Buat yg sedang dan masih berhijrah. Teruskan langkahmu, kerana Allah sentiasa menilai walaupun ianya seberat zarah, jangan pernah menyerah andai terjatuh, bangunlah tiap kali rebah, biar rebahmu itu rebah disujud antara dahi dan sejadah. Teruskan dan kuatlah untuk menghadapi segala tohmahan, jeleka, sesungguhnya tidaklah Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Yang pasti setiap ujian itu adalah untuk menguatkan.
Bagi yang membaca, terima kasih. Doakan saya berjaya capai syurga Allah. Doakan sy tabah dan kuat utk mengharungi hidup yang mendatang.
Hasbunallah wani'mal wakill.
– Pari-pari
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Rsanya apa yg trbuku dlm hti ni,pari2 da smpikan,terima kasih