jangan jadikan trend

sekarang nie berlambak aku tgk dekat mana2 page confession pasal perempuan tudung labuh tapi perangai macam setan, perempuan berpurdah tapi couple sana sini, lelaki berkopiah tapi layan porno dan banyak lagi lah. nie nak bagi tau, aku baru je start pakai tudung labuh. xde la labuh sangat…bidang 50 je. Aku start berubah masa form 4, aku start slow2. Mula belajar pakai stokin…lepas dah konsisten aku belajar pakai handsock pulak masa form 5. Masuk je universiti kat terengganu, aku tengok ramai yang bertudung labuh. perasaan bila pandang dorang memang menyamankan. bak kata pepatah, sejuk perut ibu mengandung. kebetulan pula, Allah permudahkan urusan hijrah aku. Jiran-jiran bilik aku semuanya jenis yang pakai tudung labuh. Classmate aku pun ramai yang pakai tudung labuh. Masa tu rasa kerdil sangat kat depan dorg. Aku kenal dorg semuanya baik2. setiap kali solat kat surau dan dorg ade kat sebelah aku…tetiba aku menangis sebab aku rasa kerdil sangat depan Allah. Aku dapat rasakan sudah tentu Allah pandang dorg lebih lagi dari aku yang pakai tudung biasa2 ni. Masuk sem 2, aku dah semakin rapat dengan dorg. Aku dapat hadiah tudung bidang 50 dari roommate aku. First time aku pakai, aku tengok cermin. Timbul perasaan tenang dan aman. x tau la macam mana nak describe perasaan tu tapi timbul juga perasaan takut sebab aku bawa imej ala-ala bidadari syurga. Ini bukan aku yang kata tapi orang2 kat luar yang kata. nampak je tudung labuh, berpurdah, seperti bidadari syurga. lepas je aku dah berubah, aku nampak classmate aku yg bertudung labuh rupa-rupanya perangai x seperti yang aku sangka. Mujur jiran2 aku yang bertudung labuh xde yang perangai macam classmate aku. Macam yang korg kata la, tudung je labuh tapi mulut blabalabla. Malas nak cerita detail pasal nie sebab aku pun tudung labuh tapi akhlak aku xde la perfect sangat. Semakin aku kuat untuk berubah semakin aku nampak semua keburukan demi keburukan. Kecewa jugalah hati aku ni. Malam2, selalu termenung…muhasabah diri. Sampailah aku terdengar satu kuliah ustaz ni kat tv. "kadang2 ada yang hafal 30 juz al-Quran tapi x pandai akademik, ada yang kat pejabat orang tengok pijak semut pun x mati tapi kat rumah perangai macam singa, ada yang baik dengan mak ayah tapi jahat dengan cikgu…sebab apa, sebab manusia x sempurna. kita sentiasa berusaha ke arah kebaikan. manusia bukan malaikat." lebih kurang macam tulah kata2 ustaz tu. Aku pun x ingat sangat. Time aku dgr kuliah kat tv tu aku balik masa study week. Expectation korg yang terlampau tinggi pada golongan2 ini menyebabkan korg sendiri kecewa dan patah hati. Aku pun kecewa dan patah hati sebab expectation tinggi sangat. Bila dah bertudung labuh, barulah korg tahu macam mana ujian dan dugaan yang korg bakal hadapi. Kesimpulannya kat sini, manusia bukan malaikat tapi itu bukan alasan untuk korg buat jahat. Pakaian sunnah itu sebagai benteng dari maksiat. Setiap kali nak buat jahat, tgk cermin dan kata pada diri "aku sedang bawa imej bidadari syurga so aku kena behave"
ingatan untuk diri sendiri juga. Muhasabah diri

– bakal novelis

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *