Assalamualaikum.
Terima kasih kepada admin sekiranya confess aku diappove.. aku cuma nak share sedikit pengalaman aku sebagai anak..
Sebelum aku masuk IPT, aku ada buat keje sikit, untuk tampung kos yuran dan makan aku sepanjang duk di IPT nanti, sebab mak abah aku takde duit nak hulur kat aku, jdi aku ambik keputusan untuk keje..lgipun cuti aku banyak, lebih kurang 11 bulan sbelum aku sambung belajar.
Aku keje sebagai penjaga nenek, dgn upah 400 sebulan, tiap bulan aku akan hulur kat mak aku 100, sebagai anak aku rasa bertanggungjawab nak bagi walaupun tak banyak..
Hampir tujuh bulan jugak aku keje tu, ulang alik dari rumah aku, taklah jauh sgt,keje aku pun mudah je..hehe
Start aku masuk IPT, semua aku yang kena tanggung dari yuran pendaftaran, makan, alat-alat keperluan semasa kat sana, tpi ajaibnya..duit aku sentiasa mencukupi, tak pernah la terpaksa makan Maggi sbb tak cukup duit, lgipun aku memng tak makan Maggi..hehe..
Aku pun hairan jugak, sepanjang aku keje, duit aku simpan taklah banyak sangat, tapi aku rasa Allah gandakan rezeki tu, lagipun selain bagi kat mak, aku adalah sedekah sikit2..
Citer aku ni pendek ja, takde idea nak karang panjang-panjang tapi harap korang dapat ambik manfaat la, disini aku ada tulis beberapa pengajaran yg aku nk sampaikan..
1- Jangan behenti berdoa moga Allah tambahkan dan berkati rezeki yang kita dapat, sebab rezeki yang tak berkat ni cepat ja habis.
2- Jangan kedekut dengan ibu bapa kita, apalah sangat untuk hulur sikit duit gaji kita tu, takkan miskin pun, malah kita akan happy je bila dapat hulur walaupun sikit, Allah pun akan tambahkan rezeki tu, Insha-Allah
3- Bila keje kita kena ikhlas, bukan semata-mata sebab gaji, tapi sebab tanggungjawab yang diamanahkan untuk kita, diorang dah bagi kepercayaan pada kita,jdi kita kena buat yang terbaik, Insha-Allah rezeki yg kita dapat pun makin berkat.
4- Bila dapat gaji atau upah sebaiknya simpanlah. Lebih-lebih lagi untuk adik-adik yang akan sambung belajar ni, jika nak beli sesuatu, belilah sekadar untuk keperluan, sebab belajar ni guna banyak duit, jangan sesekali bebankan ibu bapa jika kita tahu diorang tak mampu nak beri lebih.
Tu saje yang dapat aku karang, terima kasih kerana sudi membaca :-)
-cikana