Terima kasih, encik/cik admin sudi approve.
Saya tak lah islamis tak juga liberal, kadang pakai tudung labuh kadang pakai shawl kek nis
Orang yang aktif, suka aktiviti lasak tapi biasa orang tak percaya sbb penampilan
Saya suka buat kerja tapi clumsy, kacau satu dunia,
time tu orang kiri kanan tak tengok dah.
mungkin sebab saya ada penyakit kritikal yg menyebabkan saya selalu jatuh sakit, kawan semua ambil berat kat saya. tapi, saya tak suka. saya terasa useless bila orang terlalu ambil berat. mungkin sbb ni bila orang lain pandang, dorang akan ckp saya ni manja. wekk
k!
saya tahun tiga. sem depan masuk tahu baru. termasuk kali ni dah enam orang nak kenal dengan saya. yg pelik, saya tak tau mana dorang ni kenal saya. dengan keadaan saya yg kritikal, memang tak la saya nak susahkan hidup orang lain. jadi, saya tak pernah terlintas nak ada ‘life partner’. benda ni jadi serius masa saya tahun kedua saya ambil ungs 3.
masa masuk tajuk kahwin tu saya geli geli dengar kawan kelas debat pasal keperluan kahwin dan saya tak berapa berkenan, acah tak sihat duduk luar tandas. masa tu saya ingat sbb saya tak matang lagi. tapi, baru ni ramai share pasal gamophobia dan saya rasa faktor kesihatan dan kesibukan buat saya rasa saya ada symptom ni.
Hah, pasal ada orang nak kenal saya tu saya takde la tolak mentah. saya masak alasan suruh orang lain bagitau. muka orang tu pun saya taknak tau. sori tpi saya geli la benda benda ni. maaf sangat kalu terasa. main bagi ayat ayat. saya tak selesa walau islami macmna pun. nak pegang surat pun takut, suruh kawan baca dan balas pihak saya. tak kisah yg jenis faham saya mcmna. tapi susahnya yg kurang faham.
saya taktau mana salah kurangnya tapi setiap lima orang tu saya minta kawan saya cakap saya taknak dan jangan ada harapan. tapi ada juga antara lima ni masih tunggu saya. harap yg keenam ni mudah urusan saya la dgn faham saya. aish, nak taip pun rasa geli. maaf lagi. tapi penat saya fikir cara baik nak tolak tapi tak faham juga. tak bebas tau saya nak buat kerja nak aktif semua sbb terasa diperhati je.
saya ni tak la femes pun. tapi aktif atas suka sendiri. rasa comot je. tapi bila jadi mcmni saya jadi gelaba nak sorok diri lah, nak pakai purdah la nak tukar uni la. saya takut. saya stop sekejap semua aktiviti bila dapat tahu ada orang yg sama masih tunggu saya. guna perkataan ‘sanggup’ pula tu. rasa saya jadi fitnah pula padahal saya tak tau saya buat apa jadi mcmni. saya tak cantik pun. muka gelap cengkung sebab sakit. tapi.. huhu saya takut tau orang buat mcm ni.
masa saya tak lama pun nak enjoy uni life aktif persatuan (sebab nak final la..) tapi benda ni jadi saya trauma. salah saya ke? saya keluar bilik macam keluar nak ke tempat haram je sbb takut tahap apa tah. muka ni dah mcam nak sembah cium jalan tar sbb takut nak pandang orang keliling. Jangan la kacau saya.
– kelumsi
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Mm.. Memula konfius jugak apa yg nak disampaikan. Tp, saya ada sebijik kwn mcm awak. Tp part yg nak sorok diri tu mungkin tak.. Dia sendiri mmg charming, attractive dan ceria tp takde niat nak tarik minat sapa2. Perempuan pun suka. Tutup aurat sempurna dan kdg berjubah. Ada je laki yg nak kenal dan kacau dia. Ujian dia begitu. Dia pun stress sbb rasa diri mcm fitnah dan penat dgn situasi mcm tu. Ada jugak org tunggu dia bertahun2..
Kita mmg akan ada satu masa ni rasa *geli* dengan situasi atau benda yg berkaitan dgn ni. Itu satu fasa. Fasa kita akan berubah seiring dengan pemikiran dan kematangan kita. Allah bagi sifat kasih kpd semua org. Mungkin adik belum jumpa lagi orang yg terbaik itu. Lgpun boleh fokus nak habiskan belajar :)
Tapi, life goes on.. Buat tak tahu, elak, tak peduli, jaga adab dpn lelaki (sembunyikan your charming character tu), letakkan jarak dan pakai cincin. Lol. So, orang akan kurang kacau. Kwn saya hadap benda tu sgt selalu dan alhamdulillah dgn professional. So org yg tunggu dia pn ramai da move on dan da kawen.
Eh dh mcm post. Haha. Apa yg nak disampaikan ni, begitulah. doa jugak awak dilindungi dan dijaga untuk yg selayaknya, dan diberikan yang terbaik dlm kehidupan insyaAllah :D