Jangan lihat & sentuh aku. Kau bukan suami aku.

Aku harap admin kongsikan luahan aku ni. Terima kasih tak terhingga jika luahan ini dikongsikan.

Aku sekadar ingin luahkan. Aku tau, aku ada Allah untuk aku mengadu. Aku luahkan pada page ni sekadar untuk anda tahu apa yang aku rasa. Mungkin ada wanita lain mengalami perasaan yang sama seperti aku. Apa yang aku luahkan ni pun tak dapat membantu aku. Allah saja yang boleh bantu aku.

Setiap hari aku baca kes² cabul, rogol yang diluahkan di page ni. Semakin hari aku semakin takut dengan lelaki. Aku hanya mampu doa pada Allah supaya Allah pelihara aurat aku walaupun dalam keadaan darurat.

Itu soal cabul & rogol. Setiap hari keluar luahan macam ni, sampai aku takut aku bersalin nanti, aku takut doktor lelaki yang sambut kelahiran anak aku. Aku takut lelaki selain suami aku yang sentuh aku semata² untuk sambut bayi aku.

'Dia lakukan tugas dia sebagai seorang doktor.'

Kau cakap senang. Betul, dia lakukan tugas dia. Dia pun tak ada masa nak fikir bukan² dengan keadaan darah dan sebagainya. Tapi perasaan aku? Aku pernah dijahit oleh seorang doktor lelaki. Suami aku di luar labour room. Dia disuruh keluar ketika proses jahitan. Kau tau apa jadi lepas tu? Doktor wanita tu suruh doktor lelaki yang jahitkan luka bersalin aku tanpa minta izin suami aku. Aku tak larat masa tu. Aku malu. Sampai hari ni aku trauma. Bila teringat, aku menangis. Aku sebolehnya tak nak mengandung lagi. Kali ni Allah tetap bagi aku mengandung.

Kumpul duit pergi hospital swasta? Aku dah kumpul. Kita hanya merancang tapi Allah yang tentukan. Anak kedua, aku doa sungguh2 supaya aurat aku dipelihara. Setiap waktu aku doa, doa dan terus doa. Setiap tahajud, aku minta benda yang sama. Alhamdulillah, Allah jaga aku untuk kandungan kedua.

Kali ni aku mengandung lagi & kesan daripada bersalin anak pertama masih di ingatan. Aku takut. Aku menangis. Cukuplah suami aku saja yang sentuh aku. Aku tak boleh terima lelaki lain yang sentuh aku.

Kau tau kenapa ramai yang berani ambil risiko bersalin di rumah? Salah satu sebab kerana hal ni. Ada yang tak mampu ke hospital swasta. Cakap memang senang suruh kumpul duit. Bukan duit yang boleh jaga diri aku. Aku lagi rela nyawa diambil daripada biarkan perkara lama berulang. Aku tak boleh lelaki lain sentuh aku selain suami aku.

Allah saja yang boleh bantu aku. Aku harap kisah itu tidak berulang. Doakan supaya aurat kami sentiasa dilindungi walaupun dalam keadaan darurat.

Ya Allah, Kau saja tahu bagaimana kami usaha untuk jaga diri kami. Bantulah kami walau dalam apa sahaja keadaan supaya diri kami terpelihara daripada pandangan lelaki selain suami kami. Kami cuba sebaik mungkin untuk pelihara maruah, aurat & diri kami daripada diganggu lelaki lain. Bantulah kami ya Allah. Kau sahaja yang dapat bantu hamba²Mu.

Andai kata ada yang tidak setuju dengan apa yang aku luahkan, minta maaf. Sebab kau tak rasa apa yang aku rasa.

Kesannya sampai hari ni. Bila aku baca kes cabul & rogol, lagi aku takut & tertekan berhadapan dengan lelaki. Suami aku tak henti bagi kata² semangat untuk tenangkan aku. Serik untuk mengandung tapi Allah beri aku lalui lagi ujian ni. Mungkin aku mampu hadapi tapi traumanya masih aku rasa.

– Isteri

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

25 Comments

  1. sorry but sy tak setuju alasan taknak doc lelaki terlibat masa bersalin tu sebagai alasan utk homebirth. rela nyawa diambil? means, amek risiko bersalin sendiri sbb taknak doc lelaki ada? dari segi feqh kn ulama dah bg hukum ttg ni.. kenapa la nak dedahkan diri kt bahaya.. isnt only about you but your baby too. sy tau aurat kita, kita taknak org lain tengok lagi2 part tu. tp dont be selfish tak kena tempat sis..

    sy pun bakal bersalin, and sebolehnya nak doc perempuan muslim yg sambut. tp kalau dah Allah tak izinkan, sy percaya apa yg Dia aturkan itu yg terbaik.. kita sama2 doa supaya ramai doc perempuan kt malaysia ni kt bhgian O&G gov hosp.. sy ada baca luahan doc yg ckp bhgian bersalin2 bidan2 ni mmg doc perempuan kurang sbb sangat busy and perlukan pengorbanan yg besar berbanding bhgian lain. kita tak boleh nak salahkan sesiapa dalam hal ni.. dan paling pntg tak perlu salahkan diri sendiri sis, (tak mampu pegi private, boleh pilih doc,etc) sbb semua tu ketentuan Dia. kalau direzekikan doc perempuan, alhamdulillah.. kalau sebaliknya, redha lah.. kita dah usaha dgn kumpul duit, doa, tp kalau akhirnya ke gov jugak, husnuzzhan, yg pntg sis and baby selamat.

    dont ever take silly decision when it comes to deliver your baby. macam2 boleh jadi within a second. Allah pun larang kita sengaja dedahkan diri kt bahaya.

    pandangan sy seorang bakal ibu. ☺️

  2. Pengorbanan 1 hal
    X tahan asyik selalu kene saman pon 1 hal.
    Kje siang mlm bersengkang mata nk tolong selamatkan orang tau2 kne saman.
    Lebih daripada separuh pampasan yg KKM bayar adalah dri bidang O & G.

    Ye mmg betul aurat.
    Tapi mereka perlu pendedahan awal atau lebih tepat pengalaman untuk conduct delivery.

    Sebab ape?
    Bila dah jadi doktor senior dan di tempatkan dikawasan pendalaman, kawasan yg jauh dr fasiliti kesihatan yg lebih lengkap, kecemasan dan pada masa yang sama hanya doktor lelaki yg tanpa pengalaman utk kendalikan kes2 bersalin.
    Tentu2 kne saman sebab doktor x kompeten menjalankan tugas.
    Kan rakyat Malaysia suka saman menyaman. Duit segera.

    Sehebat hebat2 ilmu teori seseorang perawat tidak mampu ditandingi dengan ilmu pengalaman.
    Sebab dalam buku dan atas kertas 2 benda yg berbeza. Macam2 boleh berlaku.

  3. Bagusla jaga aurat. Tapi part doktor nk selamatkan nyawa ko pun boleh ko fikir bukan2 psl doktor, melebih2 sangat. Kesian aku dengan cikgu and doktor. Karier paling banyak pahala mmg banyak dugaan kot.

  4. Mudah2an Allah jaga aurat akak baik2. Tapi jangan la menyesal nak lahirkan lagi. Saya yakin anak2 akak, mesti sume jadi pembela wanita insya Allah. Saya pun ada terfikir nak je belajar ilmu bersalin ni, harap dapat urus bakal isteri baik2

  5. Kalau bersalin pakai tudung berlitup doktor pun fahamlah…
    Takdenye dia nak buat kerja bukan dalm skop tugasnya. Buang masa dan tenaganya. Alhamdulillah setakat ni..4kali dah bersalin. Banyakkan berdoa. Jangan risau tak ketahuan. Allah ada untuk jaga kita. Kalau mampu bolehlah terus ke hosp swasta pilih doktor. Tp tak semua orang mampu. Kos sangat mahal, esp kes yang berisiko.

  6. Lepas aku terasa hati nk tgok vid org beranak…mmg lah..malu yakmat lah kalau ade lelaki2 duk tgok. Sbb aku ingat bebi kluar ikot perot..rupe2nye kot tuttt. Aduhaiii maluuu nya

  7. Seriously sebab tak nak orang lain tgok aurat? Faham tak apa itu aurat dan batasnya? Kalau doktor perempuan sambut baby pon, tetap dia tengok aurat kamu . Faham kan? Kalau sebab reason laki lain tak leh tengok tuh boleh diterima lah. Kalau takut sgt selepas bca kisah2 di page nih. Saya sarankan behenti membaca . Cuba ikthiar cari cara lain seperti maybe kamu ada kawan2 yang kerja doktor ke apa ke.

  8. Minta suami buat surat sis, misi pesan sentiasa kepilkan dekat buku pink sbb kdg2 mreka x perasan..request doc wanita shj yg uruskan bsalin nti..bgantung pd keadaan, klau kbetulan ramai doc prmpuan waktu tu insyaAllah dpermudahkan…klau darurat, tpaksa la juga..tp boleh try dulu cara ni kan.. sy fhm sis trauma..

  9. Mak bidan zaman dulu kala..ada ke lelaki? Rasa perempuan dan ramai golongan lelaki/ suami akan memilih bidan perempuan kalau diberi pilihan antara bidan lelaki ke perempuan di kg2..sihat je tgk baby yg lahir.entah la.

  10. Betul…bukan semua orang perlu jadi ustaz dan ustazah….setiap dari kita ada bahagiannya dan sumbangan pada islam..kerana itu pentingnya ilmu….

    Pesanan untuk doktor2 yg masih belajar…nanti sambung la untuk ambik khusus dan mahir bab ni..kesian wanita…dengarnya ramai bakal doktor terutama wanita tak berminat nak jadi doktor bersalin…

    Hukum bersalin di sambut doktor lelaki sebenarnya haram…tapi hukum membolehkannya kerana darurat (kurangnya doktor bersalin wanita)…untuk bersalin kat rumah tu..perlu lihat mudaratnya..kalau mudaratnya lebih besar maka kena p jumpa doktor jugak walaupun lelaki…kena pilih mudarat yang paling sikit

    Dan bukan tak wujud kes doktor buat hal lain bukan sambut bayi je…jadi yang mana husband tu…p la berusaha mintak izin masuk sekali dalam tu jaga bini (kalau dah terpaksa)…jangan nak pikir takuttt tu je sampai isteri jadi magsa..

    Bukan semua benda boleh pakai logik akal sis…kadang feqah ni pelik dari akal kita keran ulama dah pikir jauh..kite je pikir singkat sangat…kerana itu pentingnya ilmu bukan hanya logik

    Wallahualam

    • Stu lagi…cube sis bincang elok perkara ni dgn suami…rse nya confession ni dan masalah trauma sis ni..laki sis pun tak tau…kalau die tau mesti die akan usha untuk masuk dalam bilik bersalin temankan sis…

      Normally, lelaki ni pikir jauh sikit berbanding wanita (jgn kecam)

  11. Islam tu mudah. jgn disusah susahkan. ada rukhsah ada darurat. bersalin tu darurat. antara hidup dan mati. tak berdosa pun. jgn guna agama untuk justify keengganan anda disentuh lelaki lain. sbb agama kita tak larang pun.

  12. Alahai,

    Akak ni bukan confess pasal boleh tak boleh haram ke halal pasal doktor lelaki yang sambut baby.

    Yang dia fokuskan sekarang, perasaan malu dia. Doa jelah yang terbaik untuk dia. Tak perlu keluarkan perkataan perkataan yg menyakitkan.

    Moga Allah permudahkan urusan akak ❤

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *