Jangan maki/hina seseorang, berdoalah kepada Allah supaya dia kembali ke pangkal jalan…

Terima kasih admin approve post saya.

Ni post related to ada satu post sebelum ni “jangan senang-senang panggil anak orang kurang ajar!”

Ye betul tu, saya setuju dgn awak. Sebab apa? Sebab saya ada seorang adik mcm ni. Adik saya ni, jenis yg keras hati dan melawan cakap parents. Saya rasa adik saya rebel dgn ayah saya sbb ayah saya ni jenis ego tinggi melangit so dia mmg garang dan suka membebel panjang lebar (mengalahkan emak) kalau anak2 buat salah . nak dijadikan cerita, adik saya ye biasalah remaja bila tersalah pilih kawan, perangai pelik2 lah. ayah saya ni tak suka la mcm tu, dia marah gila sampaikan pernah halau adik saya dari rumah. saya pun masa tu geram dgn adik saya tp saya rasa tindakan ayah saya tak betul tapi saya diam jela sbb malas nak masuk campur. saya pun pernah rasa adik ni tak boleh nak diubah lagi.

saya sebenarnya sedih dgn keadaan keluarga yg agak berantakan. emak selalu mengadu dgn perangai adik dan ayah saya. tup2, bulan ramadhan lepas, terdetik di hati saya untuk berdoa, meminta dan mengadu pada Allah supaya Allah lembutkan hati adik saya ni. saya dengan penuh keyakinan berserah kepada Allah. saya cuba sedaya upaya bangun qiam, sungguh2 saya berdoa waktu qiam, lepas solat2 fardhu, time tarawih, time bukak puasa; supaya Allah beri petunjuk, hidayah dan lembutkan hati adik saya. sbb saya yakin Allah memakbulkan doa2 hambaNya yg berdoa bersungguh2 terutamanya di bulan Ramadhan.

sebulan kemudian, saya balik untuk raya. ayah takda sbb outstation smpai la hari raya keempat baru balik. doa saya, doa saya dimakbulkan oleh Allah sebab ada nampak perubahan dalam diri adik saya walaupun sedikit…. saya terharu, adik tak kasar sangat dengan emak dan adik lebih banyak bercakap dgn saya dan emak sepanjang hari raya… (sbb sebelum ni mmg adik jarang bercakap dgn saya dan emak sbb entah la kenapa.) saya bersyukur sangat2, Allah makbulkan doa saya.

tapi, tiba hari raya keempat, ayah pulang ke rumah. adik serta merta berubah………… saya sedih sangat. ayah seperti biasa dgn perangai dia asyik nak condemn adik.  saya yg jauh dirumah kembali dengar emak mengadu tentang ayah dan adik. jadi, saya nekad lagi dan berkata dlm hati “Allah nak uji lagi ni… tak boleh stop, teruskan berdoa dan mengadu pada Nya..” saya tegur ayah supaya redha dgn perangai adik… dan saya harap itu bukanlah satu dosa sbb ayah tak suka saya tegur tp saya terpaksa sbb saya rasa adik saya tu dia nakkan kasih sayang dan org lembut dgn dia.. dan saya pun berharap adik akan mendapat petunjuk dan hidayah drpd Allah yg maha penyayang dan mengasihani…

jadi kat sini, nak sampaikan…

1) kalau ada masalah, kembalilah kepada Allah. mengadu kepada Nya.. hanya Allah tempat kita memohon pertolongan sepertimana dlm surah al-Fatihah ayat 5 “hanya kepada engkau kami bersujud, dan hanya kepada engkau kami memohon pertolongan..” bangun qiam dan mengadu, sbb waktu tu lebih senang untuk kita khusyuk dan layan perasaan sambil menangis sbb takda gangguan duniawi time tu.

2) kalau jiwa dan hati rasa tak tenang, solat lah. selain dari solat, baca quran. ambil sedikit masa untuk baca quran dan fahami maksudnya. kalau kita faham maksud, akan lebih terkesan di hati kita.

3) berharap dan tunggulah seseorang untuk berubah dan kembali ke jalan yg diredhai Allah… jangan maki, jangan hina, jangan cerca.. kita tak tau apa yg dia lalui, even dia pelacur ke, penagih ke, kurang ajar ke, apa ke.. berdoa lah kepada Allah supaya dia kembali ke pangkal jalan… berharap seseorang untuk berubah adalah sunnah, saya ada dengar ceramah dari mufti menk berkenaan ini. sbb Nabi Muhammad pun sentiasa berdoa dan berharap supaya Abu Jahal dan Omar kembali ke pangkal jalan.. Nabi layan mereka baik2 dan berdakwah secara berhikmah, takda maki2 mcm sesetengah org kita..

akhir kata, kita hidup di dunia ini berserah dan berharap la kepada Allah semata-mata. jgn berharap kpd manusia atau harta benda… itu semua tak kekal. alhamdulillah, terima kasih ramadhan kerana ini adalah salah satu tarbiah yg saya dapat dari bulan ramadhan yg lepas… dari hati saya tak tenang, gelisah memikirkan soal adik dan ayah kepada lebih tenang selepas saya mengadu dan berharap kepada Allah. semoga saya dan anda semua istiqamah dlm mencapai redha Allah.

—seorang kakak yg mengharapkan perubahan adik dan ayahnya.