Jangan Malas Dengan Diri Sendiri

Hai. Saya Rozana. Berumur 40 tahun.

Saya sudah berkahwin, ada 3 orang anak, menjawat jawatan yang baik dalam sektor kerajaan selepas tamat ijazah.

Saya melihat sekeliling saya di pejabat yang terdiri dari ramai kaum wanita. Bekerja dengan jawatan dan gred seperti saya.

Kalau umur macam saya dan telah berkhidmat selama lebih kurang 14 tahun, gaji sudahpun mencecah RM7k+ sebulan (gaji pokok & elaun).

Dengan gaji sebanyak ini, sudah cukup untuk menyayangi diri sendiri.

Jika duit belanja menghias diri tidak diberi oleh suami sekalipun, gunalah duit sendiri setelah si suami beri izin untuk bekerja.

Berjimat bukan bererti jadi kedekut. Belilah satu tas tangan yang sesuai. Tidak berjenama terkenal pun tak apa. Tapi janganlah yang dah koyak menggelupas pun masih dipakai.

Baju dan tudung kalaupun bukan dari jenama yang mahal, yang masih elok, sesuai dan selesa dipakai muat dibadan pun sudah memadai.

Kadang-kadang tudung lama yang sudah berbulu macam dicakar kucing pun masih nak dipakai.

Dengan alasan ‘saya tak pandai bergaya, tudung lama masih elok dipakai’. Kalau dah bekerja di peringkat profesional, ‘grooming’ mesti ada.

Bila pakai baju kurung gelebeh corak bunga-bunga besar, ‘match’ kan lah dengan tudung plain.

Ni baju dah berbunga, pakai pula tudung bunga-bunga. Dah macam pokok bergerak. Tengok bekas gabebor negara Zeti Aziz pakai baju kurung macam mana. ‘Simple’ je kan.

Yang bertudung, sesekali pakailah selendang. Atau yang lebih mudah, pakai bawal. Sekarang banyak saiz besar yang dijual boleh tutup dada dengan sempurana.

Kalau nak pakai tudung sarung juga, pastikan yang elok sesuai dengan umur, tak ada lah nampak macam baru balik dari pasar beli ayam dan ikan. Sekarang pun dah banyak tudung sarung yang cantik.

Muka yang pucat tu, pakailah sedikit bedak kompak. Beli yang murah pun tak apa, ada dijual di watson dan guardian pun ada. Lipstik oleskan sikit warna merah muda pun tak apa.

Bukan nak suruh ‘makeup’ pakai bulu mata macam unta. ‘Skincare set’ yang dah beli tu jangan disimpan je. Pakai. Jangan bagi alasan tak sempat.

Berat badan jaga. Kalau umur dah menghampiri 40, kalau boleh taknak terlalu kurus dan taknak juga terlampau gemuk. Kawal makan. Cari masa seminggu 3 kali bersenam. Bila BMI kita normal, percayalah, kita akan rasa selesa.

Jaga kebersihan diri. Mandi 2-3 kali sehari. Kalau perlu ke spa sebulan sekali, pergi spa, pergi buat ‘facial’, bersihkan kulit mati di muka dan badan.

Jaga juga kebersihan rumah & ruang kerja di pejabat. Minda yang sihat bermula dengan persekitaran yang bersih.

Apa pun bagi saya, kita jangan kedekut dengan diri sendiri. Tujuan kita nak sihat dan cantik adalah untuk diri sendiri.

Janganlah sampai suami segan nak bawa kita kemana mana kerana bibik lagi cantik dan kemas daripada isterinya sendiri.

Perempuan fitrahnya memang sukakan kecantikan dan seorang suami memang fitrahnya suka melihat isterinya cantik.

Ingat. Kita kaum wanita nak sihat & cantik sampai akhir hayat. Ok. Dah boleh pergi sorting baju, tudung, kasut dan beg lama tu. Yang dah perlu dibuang, buang. Yang boleh disedekah, sedekah. Bye semua.

– Rozana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *