Jangan manja sangat

Tq admin sbb post. Banyak aku baca cerita pasal student tak cukup duit. Aku tak rasa orang yang tak cukup duit ni orang yang tak dapat ptptn. Weh ptptn rm2k kan sekali dpt. Mahalnya buku sampai rm1k habis. Baucer buku kan dah dapat. Rm250 boleh lah beli buku study sikit kan. Seriously aku susah jugak tau. Tapi aku dulu tak suka meminta. Aku try banyak benda. Aku buat bisnes online. Modal ambil dari ptptn punya duit. Tak banyak. Dlm rm200 je buat modal. Ada henset kan tangkap gambar upload jual. Guna strategi sikit untuk upkan produk kau. Dulu benda tu tak cukup tau setakat buat bisnes online. Aku survive cari kerja part time sabtu ahad. Aku cari kerja rm80 sehari. Tu aku ikhtiar. Mmg penat kerja jauh. Tapi aku try untuk suap mulut aku. Aku sayang diri aku sbb tu aku nak bagi perut aku terisi. Rm80 sehari. Kerja every weekend. Dapat dlm rm640. Tu dah kira bersyukur. Takpayah bagi alasan weh. Satu je problem kenapa orang susah jadi susah. Sebab kau taknak usaha. Kau malas. Belambak doh kerja part time. Bersepah. Cuma malas. Aku share sebab aku susah jugak. Sekarang bisnes online dah okay. Tp still aku nak cari kerja part time. Aku tengok iklan kat iium online pasal tutor tu. Tu dah kira ok kot. Asal kau tak nak join? Aku tau budak uia semua baik. Nak mintak duit petik jari je beribu nak bagi. Nak duit confess ke kat iium confession. Pap dapat! Serious orang macam ni PEMALAS. Rezeki masing masing. Yes. Memang. Tapi Allah pun taknak bagi rezeki kat kau if kau takde usaha weh. Please lah. Jangan manja sangat. Aku pernah dengar yang orang yang meminta meminta ni Allah tak suka ( kalau salah betulkan ). Kau usaha, Allah bagi. Semoga kau dimurahkan rezeki. Amin

– Pemerhati

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *